Thursday, 26 December 2013

Aku Tak Sensitif Tapi Keadaan Buat Aku Sensitif

Assalamualaikum

Haiiii... sabar lah hati... Sabar.... Sabar itu sebahagian dari iman....
Husnozon sikit... Jangan syak wasangka yang buruk dekat org...

Masa aku type ni..org yang aku nak husnozon ni betul2 depan aku...
Haritu ustaz ni tanya aku dah kahwin belum. Depan aku Mr.R.
Dia sambung borak dgn Mr.R.

Harini (semalam) Dia datang lagi. Aku ada masa dia datang tu. Tetiba dia tanya aku, dah 3 kahwin belum ada anak kan.. Aku agak sebab dia dah borak dgn Mr.R semalam. Aku senyum je dgn niat dia tak tanya aku terus.

Tapi taaakkk... Dia tanya aku "Apa perasaan aku takda anak?" Aku terkejut juga dia tanya macamtu. Tapi aku senyum juga lah. Tapi,dia sambuuuung lagi.. "Tak sedih ke?"
Kau apahal ustaz tanya2 macamni kat aku.Dalam hati aku je lah..
Aku jawab nak sedih kenapa? Ustaz tak sedih ke sekarang kedai ustaz sekarang tuan tu nak ambil semula? (Ustaz tu tengah cari kedai baru untuk buka kedai dia)
Lepastu dia kata susah hati juga
Aku kata kat dia, "jadi,baik ustaz fikir nak cari kedai mana. Bukan tanya pasal saya"
Tapi aku cakap dengan nada yang baiklah..
Dia tak stop situ.. Dia sambung lagi "ada kawan dia kawin 7 tahun tak dapat anak,jadi kawan dia yang lelaki tu tinggalkan perempuan tu"
Dalam hati aku memang dahh eeeee...
Aku kata "mesti kawan ustaz tak cukup percaya lagi ni semua ketentuan Allah kan.."
Baru dia berhenti bercakap dan... aku pergi dari situ. Start dari haritu bila dia datang kedai PakMail,aku rasa macam bengggaaannng jee...

Aku pun taktahu nak sensitif atau husnozon je apa yang dia cakap tu.. Husnuzon apa pun aku tahu.. mungkin dia cuba ambil berat tentang aku..? hhhhmmpp...kalau dia tu rapat dengan aku oklah.. ni takk.. dia tak kenal rapat pun aku..

Tapi itulah manusia kan.. selalu ingat apa yang dia cakap tu terbaik.. tapi tak sedar yang dicakapnya tu cukup menyakitkan hati orang lain.. Sebenarnya aku pun belajar juga dari benda2 ni semua.. Bercakap bila perlu.. Sebelum cakap fikir dulu betul2.. Sebab aku tahu kenkadang kita nak pendapat kita percakapan kita diterima semua orang. Kenkadang kita tak sedar yang kita ni dah buat kesilapan..

Aku bukan sensitif,tapi bila keadaan macamtu boleh ke aku tak sensitif atau ambil hati?


Monday, 4 November 2013

Mimpi. Mainan Tidur atau Petunjuk?

Assalamualaikum

Betul ke kenkadang mimpi ni boleh bagi petunjuk kat kita? Unless kita buat istikharah lah. Itu memang petunjuk dari Allah lah kan.. 
Aku tak pastilah... Sepanjang aku hidup (taklah sepanjang hidup sangat),aku selalu dapat petunjuk sebelum sesuatu benda buruk nak berlaku. (wallahualam lah kalau itu kebetulan).

Tapi benda buruk saja. Masa mula2 aku tak percaya. Lepas terjaga dari mimpi,aku anggap cuma mimpi saja lah. Lepastu mesti kebetulan ada benda buruk jadi kat aku. Aku tak percaya lagi masatu. Lepas kahwin,berjangkit kat suami aku lak. kalau ada benda buruk berlaku kat suami aku,mesti kebetulan aku mimpi buruk 2,3 hari sebelum tu. Tapi......aku takkan cerita kat org lepas aku mimpi tu. Bila dah terjadi benda buruk tu baru aku bagitau suami aku. Aku tahu,takguna jugalah aku mimpi tu kalau still tak boleh nak lindung suami dan diri aku kan.. Tapi dalam hati aku ni,belum cukup kuat nak mempercayai mimpi tu. Sekarang makin kuat pula mimpi tu. Tu yang aku mula macam terfikir sesuatu jer.. macam sesuatu jer... (hahah)

Antara yang aku ingat:
1) Dulu sebelum kahwin,aku mimpi ular nak masuk bilik aku tidur. Aku halang ular dari masuk,aku tolak pintu tu. Tapi ular tu still juga nak masuk. Bila dapat tutup pintu tu,ular tu patuk pintu tu tapi seolah2 dapat patuk aku. 2,3 hari lepas tu laptop aku hilang. Adik aku letak kat kusyen,taktau macam mana boleh ada org selup dari tingkap.



2) Dah kahwin. Aku mimpi aku kena tsunami. (masa aku mimpi ni,aku terbayang2 lagi mimpi tu) Aku kat mana aku taktahu. Ada bus yang boleh jalan atas laut. Air tu gelap sangat dan berombak besar. Org lain semua dah naik bus tu. Aku nak naik tak boleh. Sebab dah penuh. Tetiba aku lari naik atas bumbung bangunan. bangunan tu tinggi gila. aku naik guna tangga. Bila jenguk ke bawah aku nampak air yang tsunami tu makin lama makin naik nak sama paras bangunan aku berdiri tu. Jadi aku takut gila. Sebelum air tu naik,aku terjun ke bawah tapi dari bahagian tepi. 2,3 hari lepastu,suami aku hilang duit rm500.

3) Sebelum kahwin,aku mimpi naik kapal dgn adik2 aku. Sekali kapal tu karam. Air laut tu hitam gila dan dalam. Yang pasti masatu kat manila. Jadi aku nekad selamatkan adik2 aku. Sorang sebelah kanan sorang sebelah kiri. Aku berenang sampai tepi laut. 2,3 hari lepas tu ada benda buruk jadi kat adik aku. Tapi yang ni aku tak ingat apa dia.

4) Baru2 ni,aku mimpi aku kat tengah laut. Aku tungguuuu je ombak besar datang nak meluncur. ombak tu besar tapi air dia jernih. Bila ombak sampai dia tolak aku sampai ke tepi laut ada suami aku. Malam tadi wallet suami aku hilang. Tapi sebelum keluar rumah,suami aku keluar kan semua duit dia letak dalam dashboard. Dalam wallet letak 20ringgit je. Sekeping note 100 selit kat hp. Tak sedar bila wallet hilang. Tapi syukur duit yang hilang tak berapa ralat sgt. Tapi yang malas nak buat ic dan lesen.

Ada lagi mimpi yang berkait2 tapi aku tak ingat dah.

Aku cari makna2 mimpi. Terjumpa lah. Ustaz tu kata,kalau kita mimpi ular patuk,air yang hitam dan berombak,tu tandanya ada petanda buruk. Tapi kena tengok dulu adab2 kita tidur. Samada mengikut sunnah atau tak. Aku pun taktau kebetulan atau tak. Tiap kali nak dapat mimpi tu mesti sebelum tido tu aku ada wuduk. Tido dalam keadaan baik. Padahal selalu pun aku mamai terus tertidur. Tak nyempat dah nak wuduk ke apa..

Cuma bila dapat mimpi tu,aku tak cerita kat suami aku. Aku takut aku jadi bangga diri. Poyo tak?? Sebab nya dalam artikel tu,ustaz tu kata "bukan senang nak dapat petunjuk melalui mimpi. Melainkan org tersebut betul2 warak dan tawaduk dalam amalan dia". Aku memang totally tak termasuk dalam golongan tu. (Aku tau tahap amalan aku rendah mana). Itu yang anggap mimpi aku tu mainan syaitan dan kebetulan.

Cuma bila tiap kali mimpi macamtu aku taklah abaikan terus tapi tak bercerita kat org. Cuma harini aku terasa nak berkongsi pula. Cuma nya aku tak dapat nak elak benda2 buruk berlaku tapi aku akan lebih berhati2... Apa aku harap semoga mimpi aku tu dapat bantu aku lebih berhati2.

Aku pernah mimpi arwah nenek aku. Dia datang kat aku pakai telekung putih. Arwah senyum je kat aku. Tak kata apa2. 

Esok tu aku dengar kat WHI. Ustaz tu cakap,kalau kita mimpi arwah ibu atau sesapa saja datang dalam keadaan tak berpakaian atau pakaian compang camping dan tengah makan,makanannya pula adalah ayat2 suci,maka eloklah org yang mimpi tu bacakan banyak ayat2 suci alquran utk disedekahkan kepada arwah. Masa aku dgr tu,aku bersyukur arwah nenek aku datang dalam keadaan baik. Tapi masa awal2 mimpi tu,aku ingatkan arwah nenek nak kata dah sampai masa aku ke aku dah lupa kat dia ker... takut juga.. Bekalan tak cukup lagi.. (Huuuwaaa) Jadi aku baca lah surah yassin. Heheh


Tapi apapun...yang berlaku... Percaya pada Allah.. Yang baik datang dari Allah,yang buruk dari kita sendiri.

Wallahuallam...

Sekian

Wednesday, 9 October 2013

Selamat Ulang Tahun Yang ke-3

Assalamualaikum

Yeeeeerrr..... 3 Tahun dah...
Selamat ulang tahun perkahwinan Mr.R....
Doa yang kita pohon biar jadi rahsia antara kita dgn Tuhan saja yer...


Nikah 9/10/2012.. Bersanding kat rumah aku 10/10/2010.. Ikutkan tarikh 101010 tu Mr.R yang pilih tapi tak sesuai pula nak nikah hari ahad.. Jadi kena nikah hari sabtu 9/10/10..

Hahah (tetiba gelakkan) Kami kenal dekat kedai makan PakMail.. Masatu aku tolong2 kat situlah.. Company Mr.R selalulah makan kat kedai aku.. Aku perasan juga Mr.R ni.. Tapi tak mesralah.. Sebabnya dia pemalu ya rabbbbiii.... Lepastu asyik dengan PDA dia je.. Dalam hati aku berlagak gila.. Tapi dengan officemate dia yang lain kitorang mesra juga.. Adalah bertegur sapa.. Hehehe Yang Mr.R ni pagi pun makan kat kedai aku. Sabtu pun breakfast kat kedai aku. Aku perasan tapi takdala fikir apa2..

Sampailah satu haritu aku cuti tak datang kedai sebab hantar arwah nenek ke hospital. Isnin depan tu dorang start kirim2 salam kenen2kan aku. Ada sorang pekerja ayah aku ni beria2 nak nak kenalkan aku dgn Mr.R.. Tapi aku dah sound awal2.. jangan pandai2 bagi no hp aku.. Aku tak halalkan.. hahahah Sampai gitulah kononya.. Yang Mr.R ni bila org mengusik dia,dia buat muka macam tak suka. dalam hati aku "jangan ingat aku lak yang nak kat dia" Alih2 ada satu pagi tu,dia nak bayar.. Lepas dia bayar dia patah balik cakap nak kenal dengan lebih rapat lagi dgn aku. Menggigil gak aku! Hahah Aku dgn sendirinya bagi no hp aku. Kitorang bermesej tanpa jumpa selama sebulan. Lepas tu dia terus jumpa PakMail cakap nak hantar rombongan meminang. Masatu aku terkejut gila. Aku kata aku taknak lagi kahwin2 ni.. Yang paling penting PakMail dah suka kat dia. Sebabnya inilah org pertama yang berani jumpa PakMail berterus terang. Yelah kat sini PakMail memang semua org tahu GARANG.. PakMail kata kalau taknak terima,jangan kawan langsung dgn dia. 

Selang seminggu macamtu Mr.R macam tunggu kata putus akulah. Tetiba dia suruh buat keputusan juga sebab dia kena ke Labuan. Masatu aku terus buat keputusan terima dia. Hahah Tak Malu gila! Aku siap bagitahu family aku,kalau wakil Mr.R datang jangan tolak pula. Kalau tolak aku lari ikut gi Labuan. hahahah

Jadi takdan nak dating dia dah kena gi Labuan. Bila dia balik dua bulan sekali macamtu lah baru jumpa. Tak sempat nak bercinta cintun terus tunang kahwin.. Lepas kahwin aku ikut terus gi Labuan sebabnya Mr.R kata aku ni peramah sangat.. Jadi dia takut org ngorat aku.. (Hahahah Padahal dia sorang je yang suka aku)

Mr.R ni ada sejarah apa pun aku taktahu lah.. Kawan2 dia bagitahu dia ni taknak kahwin dan takut perempuan.. Tapi bila jumpa aku terus nak kahwin cepat2.. Aku kata aku dah mandrem dia masa dia makan kedai aku.. Hahah Then,dah kahwin baru dia cerita selama ni dia dah lama suka aku tapi takut aku dah berpunya. Patutlah dia datang kedai aku setiap hari pagi tengahari dan petang. sebabnya nak tengok aku. Sabtu kalau tak kerja pun dia datang juga. hahah Penangan cinta lah katakan.. 

Ni dah 3 tahun semoga apa yang diimpikan menjadi kenyataan dan mendapat berkat dalam jalan yang kita pilih ini...

Saja je pilih gambar yang ni.. Sebabnya tetiba rasa macam sedap gila lak lauk pengantin ni.. Masa kenduri tu aku tak lalu langsung nak makan... Hahah aura pengantin lah katakan...

 Sekian,Terima kasih.

Wednesday, 14 August 2013

Raya Tahun Ke 3.

Assalamualaikum

Acaner raya korang? Hahah masa aku tengah tulis ni mil dengan sil aku tengah bersilat kat dapur. Jap lagi ada buat makan2 sikit. Eee...teruknya aku kan.. Tak tolong dorang.. Hahah Tak wey...aku memang ambil tender menyiang bahan sepanjang hayat je wey kalau kat umah mentua ni. Kalau aku masuk je dapur mil dgn sil aku suruh aku duk depan. Dorang senang kot kalau aku tak tolong. Hahah

Malam raya pertama hari kat rumah mentua. Tapi sebelum pukul 7 tu aku dah pastikan semua kelengkapan kat rumah mak aku siap. Dari rendang sampai kuih raya semua siap. Sambal goreng pun dah siap masak sambal semua. Pagi taya Kakjah tinggal gaul jer. Kuah lodeh pun dah siap siang semua. Pagi raya tinggal tumis. Sebab tak boleh buat awal. nanti basi lak. Tapi rendang ketupat kari daging sup tulang semua siap sebelum pukul 7. KakJah pun siap beronda2 pusing KL malam tu. Aku lak sambung tolong masak kat rumah mentua lak.

Pagi raya kat rumah mentua. Takda sessi2 bersalam2. Aku bersalam dengan Mr.R je. Cuma sebelum gi rumah mak aku,barulah bersalam. Aku dengan Mr.R pun takda tema2 semua ni. Aku baju warna cream husband aku warna hitam. Boleh lah. Sedondon juga lah tu. Tema Cream-hitam. Hahah

Hahah sempoi ke tak sempoi raya aku?? Raya kedua barulah bermula episod raya aku sampai pengsan. Hahah

Okay.. nanti aku bebel lagi.

Sekian.

Friday, 12 July 2013

Cerita Puasa,sahur dan berbuka..

Assalamualaikum

Hahahah
Korang berbuka apa wey petang ni? Aku taktahu nak berbuka apa.. Tapi yang pasti aku ni senang je. Macam semalam aku makan cucur udang jer. Homemade lah.. Bukan made by bazar ramadhan.. Makan sikit je dah full terus..

Kalau sebelum ni..aku kalau berbuka suka ambil nasi terus.. Nasi kerabu ke..nasi lemak ker.. Tak pun nasi putih kalau masak lah.. Tahun ni taktahu apasal makan kuih sikit dah tak boleh masuk benda lain dah.. Makan nasi masa sahur nanti.. Masa sahur tu memang aku boleh tibai dua kali tambah.. Kalau orang lain tak lalu makan nasi pagi2 tu..aku dengan family aku memang berselera makan waktu sahur tu.. Dah terbiasa dari dulu..kalau sahur memang pekena nasi baru puas.. Time berbuka memang makan sikit.. Kalau tak makan nasi sahur tu rasa macam pelik lak.. Lain orang lain perutnya kan..

Aku kenkadang buka kat umah PakMail.. Kenkadang sahur kat umah PakRamli.. Huuuu... Bila lah aku nak pindah rumah sendiri ni.. Aku pun taktahulah.. Harap2 lepas raya ni dipermudahkanlah urusan kami nak pindah.. =)

Raya tahun ni dah nekad dengan KakJah nak buat kuih sendiri.. Huhuhu Entah berjaya entah taktahu lagi.. kakJah cakap kalau nak buat kuih buat awal2.. Kalau tak sedap sempat lagi nak beli kuih tunjuk! Pandang rendah looowww...

Tapi itulah... Sembang je lebih..last2 tak buat juga... Bukan malas.. Tapi nak memulakan tu jer... Adooiiii aaiiihhh... Kalau kat Labuan dulu habis terawikh belum pukul 9 dah sampai umah.. Itu yang sanggup bersengkang mata juga.. Kat sini terawikh pun habis kat pukul 10.. Balik mata aku dah tak boleh buka dah... Haaiiisshhh... Tak baik betul aku... Respect betul aku kat sesiapa yang memang jual kuih..

Tup tup sekarang pun dah puasa ketiga kan.. Cuba kira minggu.. Lagi cepat je rasa.. Alih2 je raya.. Alih2 je dah tahun baru.. alih2 je dah bersalin.. Erh... Tetiba lak.. Takpelah kot2 mulut masin.. Mana tahu kan.. Bulan2 baik ni.elok cakap yang baik2 je kan.. Heheh Itulah sekarang masa tak rasa langsung.. Berlalu macam tu jer.. Harap2 Ramadhan tahun ni lebih banyaklah amal aku..

So,ok lah.. Selamat Berbuka yer...
Sekian.


Wednesday, 10 July 2013

Temuduga dan Selamat Berpuasa

Assalamualaikum

Waaahhh... Hidup segan mati tak mahu dah blog ni.. Kesiannya blog ni dapat tuan tanah macam aku..
Takdan dah nak cerita apa2.. Serius tak busy sangat pun tapi buat2 busy je aku nie..

So semalam selesai sudah 6 temuduga yang aku dapat.. Satu bulan 6 temuduga.. Semua kerja kerajaan.. Semuanya aku pergi dengan usaha yang tinggi menggunung lah boleh kata.. Inilah aku.. walaupun asalnya aku macam taknak.. Tapi kalau dah buat satu benda,aku buat sungguh2.. Macam interview ni,aku ready sungguh2 macam nak ambil periksa besar.. waa..waa..waa..

Sebenarnya aku dah tak ingat dah bila aku hantar permohonan ni.. Sebab dah lama sangat.. Aku pun tak ingat aku ada mohon kat jabatan tu ke tak.. Sekarang tunggu je lah.. Kalau memang ada rezeki aku kat situ..Insyaallah...dorang panggillah aku kerja.. Tapi kalau takda rezeki..hmmppp... Aiiikkkk...macam dah bertukar fikiran je nak kerja ni.. :p

Tahun ni nampaknya aku berpuasa di KL lah.. Tahun lepas kami berdua je sahur dan berbuka di Labuan.. Sekarang taklah.. Kalau tak di rumah aku,rumah family Mr.R lah... Tahun ni pun tahun ketiga puasa berdua lagi.. Belum bertambah lagi.. Tapi Insyaallah..Dengan izin Allah..tahun depan bertigalah kami.. Amiinnn...

Aku dengan KakJah dah plan nak buat kuih raya tahun ni.. Selama ni tak pernah buat ok.. Sebab KakJah order saja.. Tapi tahun ni aku dah pujuk beria2 buat kuih raya.. Konon dah ada pengalaman sikit masa kat Labuan buat kuih sendiri kan.. Aku dok kata senang ma..senang.. Mak aku kata nak buat,buat awal2.. Sebabnya.. Kalau tak sedap..sempat lagi nak gi cari kuih yang sedap.. Ceehhttt... Lagipun apa guna ada bakal chef kat rumah ni kan.. Masa nilah nak tunjuk hasil belajar 3 tahun..

Dah.. Itu je aku nak cerita.. Apa2pun.. Selamat menjalani ibadah puasa dengan sebaik mungkin.. Semoga ibadah kita tahun ni lebih baik dari tahun2 sebelum ini.. Bulan2 puasa ni,mulut kena kurangkan bercakap supaya taklah kurang pahala puasa..(peringatan untuk aku)

Sekian...

Wednesday, 22 May 2013

Bersyukurlah..

Assalamualaikum


Pagi..
Harini Mr.R pergi Labuan.. Seminggu.. Kejap jer tu.. Alih2 dia call suruh ambil dah.. Semoga semua urusan berjalan baik erh..

Macam biasa pagi2 ambil kelapa.. Kelapa pun sebelah saja.. Memang dia pembekal kelapa.. Tapi kena ambil pagi2 sebab pukul 7 kelapa sampai.. Pukul 7.30 kelapa habis dah.. Bukan sikit kelapa tu.. Banyak.. Beribu2.. Aku pun pelik macam mana boleh cepat betul habis..

Aku,PakMail dengan Yanto yang tolong.. Aku tolong kira.. Thanks abah..

Kelapa ni akan datang satu lori. Dalam lori tu beribu-ribu biji kelapa.. Jadi semua yang datang pagi tu akan pilih2 dulu. Orang yang bekal kelapa ni akan bagi keutamaan kepada pelanggan tetap dia. Aku salah seoranglah.. Sambil2 tu dia akan asingkan lebih kurang 1500 biji untuk pelanggan tetap dia kat Batu Caves. Selebihnya kalau ada orang nak beli baru dia bagi.. Aku taklah sampai 1500 biji. Kaya aku kalau sehari 1500 biji. Jual sebiji RM5.. Sehari berapa dah.. Huuu kaya kaya.. Tapi tu bukan kitorang lah.. Kitorang tak sampai 100 biji pun sehari. Hahah bezakan.. Aku pun pelik macam mana diorang boleh habiskan kelapa tu.. Tapi apa nak hairan.. Kat situ kawasan pelancong keluar masuk.. Sesetengah negara memang susah nak jumpa kelapa ni..

Bila habis baki dalam lori tu,kelapa yang dia dah asingkan untuk Batu Caves tu dia takkan jual untuk orang lain dah.. Tetiba datang seorang lelaki ni naik motor nak beli kelapa.. Dia minta dalam 20 biji saja.. Pembekal kelapa tu marah2 sebab datang lewat. Dalam marah2 tu dia bagi juga orang tu beli. Tapi kesian lelaki tu sampai kena marah2 macamtu.. Aku dari jauh sayu je tengok.. Dia senyum je bila kena marah..mungkin tahu salah dia sebab lambat..

Dah lah naik  motor nak bawa 20 biji kelapa. Tengah dia masuk2 kan kelapa2 dia dalam guni ada sebiji yang terakhir tu dah pecah rasa.. Kesian aku tengok.. Aku bagitahu PakMail kesiannya orang tu.. Dahlah kena marah.. Satu biji rosak pula.. Dia buka time tu nak tengok busuk ke tak.. Mungkin elok lagi jadi dia masuk kan juga dalam guni tapi air kelapanya dah takda..

Tu PakMail cakap.. Tengok orang tu bersusahpayah cari duit.. Nak tanggung anak bini makan.. Belum tentu baki kelapa tadi elok semua.. Kena takda isi ker.. PakMail suruh aku bersyukur banyak2 sangat sebab tak sesusah dia.. Kalau dah senang jangan pandang rendah orang tu.. Aku tengok je orang tadi..sayu gila..

Mungkin itu bahagian dia sekarang.. Esok lusa anak dia dah besar mungkin sebaliknya.. Kenkadang aku rasa aku dah banyak dugaan dapat.. Rupanya orang lain lagi susah dari aku.. Walaupun anak dia ramai.. Tapi bahagian lain pula dia susah.. Walaupun aku belum ada rezeki anak lagi,bahagian lain pula aku dapat..

Pagi tadi aku dapat dah surat interview tu.. tapi aku berat sangat tak pergi rasa.. Cuma takut lak nyesal nanti...

Sekian

Thursday, 16 May 2013

Interview

Assalamualaikum

Hmmpp.. Selamat pagi semua.. Tetiba plak aku nih..
Baru semalam tulis pasal surirumah.. Hari ini baru dapat call untuk interview kerja kerajaan..
Minggu depan..

Jawatan aku mohon tu ikut spm.. Aku tak mohon ikut degree.. sebabnya dulu asyik minta ikut degree tak dapat2.. Last2 aku mohon ikut spm la..

Sekarang aku dah berbelah bahagi pula.. Samada nak pergi atau tak..

Aku tanya Mr.R.. Dia agak tak bagi pergi...

Sebenarnya jawatan aku mohon ni sebelum aku berniaga.. Jadi masatu aku agak terdesak nak kerja sebab taknak kerja kat ofis PakMail.. Hahah Tu yang PakMail create kan idea jual kelapa kat pelancong ni.. Start aku meniaga aku memang takda mohon kerja pape dah.. Sebab aku dah seronok berniaga.. Bak kata PakMail kita bukan nak cari kerja tapi kita nak cari pendapatan. 

Kalau aku pergi interview ni..dan dapat.. Jauh juga rumah PakMail aku nak ulang alik ni.. Melainkan kitorang pindah masuk rumah kat Puncak Alam lah.. Kalau tidak...Banyak benda aku kena "tambah tolak darab bahagi = Gaji Bulanan"

Aku cerita ni bukan ada niat apa.. Cuma sekadar meluahkan saja.. Kalau aku dah nekad taknak kerja lain..lebih baik aku takyah pergi interview tu.. Lebih baik bagi pada orang yang memerlukan.. Cuma berniaga semua orang tahu ada turun naik.. Selagi company pelancongan ni masih sewa tempat PakMail selagi tu lah aku boleh dapat pendapatan.. Andaikata tetiba dorang pindah atau dah jumpa tempat lagi bagus.. Then aku kena back to normal lah.. Kerja dengan PakMail. Atau duduk rumah qada tidur balik.. Tapi so far..tengok pelaburan yang dorang dah buat kat sini tak mungkin dorang akan cari tempat lain.. Dorang pun sebenarnya suruh PakMail buat perjanjian.. Tapi PakMail taknak sebab taknak terikat.. Dorang pula pernah ada pengalaman kena tutup tempat perniagaan sebab tuan tanah nak balik tapak kat Genting..

Dan lagi satu..andaikata Mr.R kena pergi Labuan untuk 2nd phase.. Aku mestilah nak ikut.... Kalau aku berniaga taklah terikat.. Waaahhh nampak sangat aku berat pada berniaga kan..

Kalau aku tak ambil peluang interview ni... Aku takut masa akan datang aku nyesal pula.. Sekarang pun umur dah berapa.. Dorang kata kalau nak mohon kerja pun limit 28 kan.. Ke aku salah..? Dan yang paling penting KakJah nak sangat aku kerja kerajaan.. Katanya lebih terjamin.. Tapi aku lebih suka pemikiran PakMail.. "Kita bukan nak cari kerja tapi kita nak cari pendapatan".

Betul ke apa aku tulis ni.. Atau bila korang baca korang rasa aku ada nak menunjuk? Jangan salah faham ye...


Wednesday, 15 May 2013

Surirumah ker?

Assalamualaikum

Lamanya aku tak merepek kat sini.. Aku suka menulis padahal... Tapi sejak dah berniaga ni memang tak sempat langsung aku nak tengok blog..
Kalau aku tengok pun tengok dari phone.. Nak tulis2 kat phone takda feel langsung... Tak syok..
Kesian blog ni dapat tuan macam aku.. Hahaha Hidup segan mati takmahu..

Haitu kan pilihan raya.. SPR susun saluran ikut tahun kita lahirkan.. So sesapa umur lebih kurang aku mesti kat saluran 5 kan.. (Ni kat DUN gombak setia) Makanya ramailah kawan2 sekolah aku yang dah lama tak jumpa...jumpa kat saluran 5 tu.. Majoriti semuanya 1st time mengundi..

Bila dah jumpa... biasalah mesti semua sibuk tanya itu ini.. Aku memang bukan jenis suka bertanya.. Hahahah Taktahu apasal.. Aku taksuka.. Biasanya mesti orang tu yang bercerita dulu barulah aku tahu.. Nak tanya lebih2 memang bukan style aku lah..

Soalan top (cewaaahhh top... Lempang kang) haritu bukan pasal anak.. Tapi "kerja kat mana sekarang?"

Aku taktahu langsung nak jawab apa.. Aku geleng kepala jer.. Sebab memang aku tak kerja.. Hahah Aku rasa ramai kawan2 aku yang tahu aku tak pernah kerja dari habis belajar dulu.. Cuma ada sorang ni dia nak berbasa basi dengan aku..dia tanyalah aku kerja kat mana sekarang.jadi semua kat saluran 5 tu dengar lah.. Hahah

Memang dari aku sekolah rendah aku takda cita-cita.. Yang aku tahu..aku nak belajar tinggi2 lepastu nak qada tidur aku yang aku lepaskan sepanjang belajar.. Tu sebab memang Tuhan takdirkan aku tak kerja kot.. Yelah.. nak sangat qada' tidur.. Takyahlah kerja.. Heheheh

Aku masa sekolah bukan budak pandai.. Jadi aku sangat struggle, bersungguh2 masa belajar. Serius...bukan poyo.. Aku dah struggle untuk PMR dari form 1. Gila ke tak gila aku kan.. Aku stay up malam2.. Bangun pagi2 untuk study.. Semata2 nak masuk kelas A. Bila dah dapat masuk minta kat cikgu nak kelas C sebab nak sama dengan aku. Bodoh gila. Memang tak kuasa cikgu aku nak layan.

Kawan2 aku suka panggil aku minah library masa kat matrik dulu.. Bila aku join dorang outing,mesti si Amir kawan aku tanya yang lain macam mana dorang boleh kidnap aku dari library.. Bengong! Kalau dorang nak cari aku,carilah kat library mesti jumpa aku.. Ada cakap bagi jelah nama buku komfem aku dapat cari.

Aku selalu cakap kat kawan2 aku.. Aku nak belajar tinggi2.. Tapi aku taknak kerja.. Aku nak jadi surirumah yang educated (hahaha educated lah sangat kan).

Nak menguatkan lagi cerita aku.. Aku ditakdirkan berjodoh dengan lelaki yang taknak isteri dia kerja.. Itulah dia Mr.R.. Hahah Tapi andaikata aku kerja tetiba..tu tandanya aku dah cukup qada' tidur akulah tu.. Heheh bohonglah.. Aku ada juga minta kerja..tapi takda rezeki.. So kalau tetiba aku kerja..rezeki akulah tu..

Okay.. Itu jelah aku nak cerita.. Tetiba rindu kat matrik aku...

Sekian..

Sunday, 5 May 2013

Selamat Mengundi

Assalamualaikum

Selamat mengundi semua.
Aku mengundi di DUN Gombak Setia
Pertama kali ni aku mengundi
Sebab dulu aku tak sempat daftar dah pilihanraya.
Semangat tuuuhhh..
Serius aku cakap.. aku semangat nak mengundi
Hahah

Tak kisahlah org kata poyo ke apa
Dri yang kata tu pungpang tapi daftar pun tak.. Lebih baik aku semangat terlebih tapi dah kelur mengundi.. Hahah

Lagi satu hal yang cakap dia tak ngundi sebab dia tak rasa pape sebabnya orang yang keluar mengundi ni orang yang dapat habuan je kalau parti tu menang.
O on je aku dengar.

Hahah
Aku pun tak dapat pape pun kalau parti aku pangkah ni menang tapi.......
Undilah wey... Tanggungjawab tu... Rugi bila sorang dah layak mengundi tapi tak undi.

Malam ni macam malam 5tahun lepas lah..
PakMail KakJah tunggu depan tv nak tahu keputusan.
Dulu keputusan sedih2 sikit tapi harap kali ni keputusan gembira sebab....
Sebab... Kata aku dah daftar kan.... Hahah

Bak kata "satu undian boleh merubah segalanya"
Hahah akulah tu yang satu undian tu...

Heehh

Ok
Sekian aku yang tengah berpeluh2 beratur tunggu giliran.

Wednesday, 1 May 2013

Selamat Hari Buruh

Assalamualaikum

Selamat bercuti!

Tapi harini aku tak cuti sebab pelancong tak pernah cuti.
Kesian lakiku tak dapat berjalan sebab kena teman org rumah dia berniaga.
Heheh

Monday, 29 April 2013

Alkisah Si Yanto Pembantu PakMail

Assalamualaikum

Aku memang nak tergelak gila. Hahah lempang kang!
PakMail ada sorang pembantu. Kiranya dia ni tinggal sekali dengan kitorang. Tapi tak satu rumah lah. Kitorang panggil dia yanto. Umur dia pun muda lagi. Dalam 20 21 tahun macamtu. Dulu ayah dia kerja dengan pakMail. Lepas ayah dia meninggal,Yanto ni lah yang ganti. Arwah ayah dia pun meninggal kat umah Pakmail.

Yanto ni memang tau. Dia suka mereka2 benda. Entah pape je lah yang dia buat. Budak 20tahun kan.

Tapi pagi tadi memang betullah dia ni. Kitorang semua kat dalam rumah. PakMail tengah mandi. KakJah siap2. Aku pun bermalas2an lagi. Tetiba dengar kedeboom. Macam bunyi benda jatuh ada, benda tumbang ada. Tapi takdalah terus keluar. Dalam 5minit macamtu baru keluar. Tengok clear jer. Takda benda pun.

Alih2 Yanto datang kat PakMail "bos,tadi saya langgar pagar"
Kitorang pandang pagar takda pape pun. ko langgar pakai apa kan. Takkan jalan tak nampak sampai langgar pagar. Bila tanya, korang tau dia jawab apa.
"tadi saya bawa kereta bos,terlanggar pagar" Dan2 tu pagar tu roboh depan kitorang. Memang aku nak ketawa gila

tapi tahan dalam hati lah. Mahu tak mengamuk. Dia tak pernah bawa keta,alih2 pandai2 bawa keta langgar pagar rumah. Memang saja cari penyakitlah namanya.

Tapi PakMail marah betul 3minit je. Lepastu salam balik dengan yanto. Keta tu memang kunci tinggal dalam keta sebab keta tu guna untuk angkat barang ke buat kerja luar ker. Yanto tu niat dia nak tolong alihkan keta tapi terlupa diri tak pernah bawa keta.

Lepastu 3 hari Si Yanto tak keluar masuk kawasan rumah.. Selalu pagi2 ke tengahari ke mesti dia datang ngendeng kat PakMail. Ni dah buat salah..terus tak keluar. Tapi lepastu takdalah kitorang ungkit2 dah.. PakMail offer dia belajar kereta.. Laju terus "Nak Bosss!!"

Sekian

Tuesday, 9 April 2013

Sukhumvit Restaurant

Assalamualaikum

Memula aku nak sebut nama restauran ni macam terbelit lidah aku. Yelah... Sharip bagitahu aku macam dah pergi 10x.. Padahal baru 1st time pergi tu yang nak sebut nama restauran macam terang tak terang je.

Jalan dia senang gila.. Cuma lepas masuk simpang tu dia macam ke dalam sikit.. Tapi sebab sharip yang tunjuk jalan kan.. Dari dekat terus jadi jauh.. Hahah
Aku bayangkan macam kedai tomyam biasa jer. Bila dah sampai tu waaahh.. Best lah.

Cuma gambar aku ambil hilang pula. Yang ada gambar makanan jer.



Kalau ada yang nak gi tu (aku rasa semua org tahu dah kot), senang dari petronas kg.baru tu simpang ketiga ke kedua belok kiri..lepastu terus jer. nanti nampak sebelah kiri restoran tu.

Bagi aku rasa dia okay lah. Suasana dia pun macam santai2 jer. Nak ajak Mr.R dating kat sini tak sempat lagi. KakJah pun sekarang asik masak jer. Tak sempat nak ajak makan luar.

Sekian





Monday, 8 April 2013

Hujung Minggu

Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik dah masuk 8hb.
Kejap nya!!! Dulu2 waktu sekolah rendah rasa nak cukup kan seminggu tu aiihhh...lamaaa sangat.. Sekarang ni alih2 je dah hari Jumaat. Mr.R pergi Labuan pun aku tak terasa sangat. Sebabnya alih2 je dia call dah nak balik dah..

Hujung minggu haritu aku tak buat apapun. Memang dah plan dengan KakJah and cikna aku nak gi MIHAS. Jadi pukul 9.30 pagi tu dah siap2 nak gi KLCC. Cikna aku bawa anak umur 11tahun.

Sampai kat situ baru tahu yang MIHAS cuma untuk 18tahun ke atas saja. Sebelum ni aku pergi dengan Sharip tak pernah perasan pula pasal 18tahun ke atas ni. Atau memang baru tahun ni hanya untuk 18tahun. Tengok iklan pun aku takdalah baca betul2. Sebab pergi dulu,rasanya sesiapa pun boleh masuk. Jadi...lainkali baca betul2 iklan yer. Padahal boleh je kalau KakJah nak mauk dengan cikna aku. Tapi dah dedua malas masuk... Tu yang terus pegi makan kat Nandos. KakJah belanja!


                                                       Budak Yang Tak Cukup Umur

Jalan2 jap..balik sebab KakJah kerja petang tu. Kepala aku pun dah teringat kelapa aku jer.. Minta tolong adk aku jaga jap. Tu lah bila dah ada benda yang seronok dibuat,sampai malam pun termimpi2... Hahah

Malam tu aku gi kenduri kahwin rumah bos Mr.R.. Kat bukit Jelutong. Kenduri tu malam. No camera2.. Hahah aku gi kenduri segan sikit nak ambil2 gambar ni. Kena pula rumah bos.. Mr.R pun dah cakap taknak ambil2 gambar makanan ke apa yer.. Hahah Jadi bergambar dalam keta saja lah. (nak tempek gambar kat blog Mr.R tak bagi lak) Lauk sedap.. Tapi sebab segan nak ambil banyak.. Ambil sikit je lah. Lagipun aku pakai baju yang kena tarik nafas dalam2 baru tak nampak perut.. :)

Sekian

Friday, 5 April 2013

Borak Kosong Tentang Diet

Assalamualaikum

Aku start diet awal bulan 2. Kiranya dah dua bulan lah aku jaga makan. Last aku timbang guna penimbang aku yang tak berapa nak betul sangat tu 55-56 kg.

Masatu sebenarnya aku dah tak sabar nak laki aku gi labuan. Bila takda dia,dapatlah aku diet sikit. Start je 1 Feb tu aku jaga makan.. Setiap pagi aku jogging dalam 3km. Ala..jogging kat Taman layang2.. Boleh kata bulan feb tu aku takda tinggal sehari pun jogging. See...betapa sawan aku datang.. Pulun habis aku. Aku puasa isnin khamis. Sambil diet tambah pahala boleh juga kan.. Aku tak makan nasi. Tapi makan benda lain. Gilanya punya diet kan.

Hasilnya 3 hari lepas 50kg. Patutlah semua seluar aku muat. Seluar yang skinny2 semua boleh muat. Aku ni jenis pinggang kecik,tapi bawah dari pinggang besar. Kalau nak cari seluar susah betul nak dapat size. Itu yang kena diet sikit baru senang nak cari size.

TAPI.... Itu 3 hari lepas. 3 hari lepas tu.. Laki ku balik jer.. mulalah rutin harian aku.. Malam mesti makan... Makan nasi pula tu.. Kalau gi rumah mentua,aku dah tentu kena tambah nasi.. Jaga hati wey... Eceh.. Padahal aku ni memang jenis perut tong. Perut tak gheti kenyang. Dahlah makan pukul 9 malam. Pukul 12 aku dah nguap2 nak tidur.

Hasilnya semalam timbang lagi naik 53kg. Mak aaiiihhh.. biar betul. Takkanlah makan sehari naik sekilo... Wwwaaa... Ku dah tak larat nak diet...

Petang ni aku kena juga ajak lakiku yang syg perut tuh jogging.. Dia takpelah setiap hari kerja mengeluarkan peluh. Aku duk kat umah peluh mana nak keluar.

Itu saja.
Sekian.

Alkisah Pembantu KakJah

Assalamualaikum

Pembantu KakJah merajuk. Boleh tak? Tak faham kan.. Hahah Nasiblah..
PakMail ambil pembantu bukan untuk apapun. Sebab kitorang tengahari semua ada komitmen masing2.. Jadi kalau basuh baju tu,adalah yang tolong sidai dan amgkat. Kot ku sangka panas rupanya hujan di tenghari.. Takdalah basah baju tu.. Pembantu ni siap iron kan teruslah baju tu.

Dorang datang pagi pukul 8, Pukul 4 petang baliklah.. Sambil2 tu seminggu 3x kemas rumah. Itu je.. Kenkadang kalau ada pinggan tolong basuhkan sekali. Itupun jarang sangatlah ada pinggan. Kata lepas makan basuh terus kan.. Buang sampah bersihkan halaman.

Yang acik ni kerja memula tu sampai kristal2 KakJah pun dilap sampai kilat.. Cukup seminggu dua tu bawah kerusi pun tak disapunya.. Memanglah kitorang boleh buat.. Memang boleh buat. Semua orang boleh buat.. Tapi kalau PakMail dah bayar gaji,kita mestilah nak memaximumkan.. Tapi taklah sampai menyusahkan. Adatlah tu aku rasa.

Tetiba pembantu lama KakJah yang dah keluar dulu datang. Dia kata PakMail panggil dia balik. Padahal takda makna pun.. Teruslah si acik ni merajuk berhenti kerja. Dia suruh cari orang yang lagi bagus dari dia. Bunyi mesej tu nak suruh Kakjah pujuk lah teewww. Memang takkan lah kakjah pujuk.

Tapi patah tumbuh hilang berganti. Ada orang ganti tempat dia dah. Cuma yang ni muda sikit. Bila muda ni banyak yang dia tak reti sangat. Jadi,Kakjah pun malas dah nak cakap2. Dia dapat angkat baju lipat iron pun dah ok.

Sekian

Wednesday, 3 April 2013

Malaysia International Shoe Festival (MISF 2013)

Assalamualaikum

Hooo... Ahad lepas aku gi MISF ni.. Aku dah lama dengar festival ni.. Tapi takdalah tergerak hati pun nak pergi. Sampai lah kawan aku Si Sharip mesej aku petang tu.. Dia ajak pergi. Sebab kat rumah pun takda buat apa.. Jadi aku pun on je lah..

Mesej2..janji pukul 6 jumpa kat PWTC.. Hmmpp... Minah ni pukul 6.42 baru aku nampak batang hidung dia.. Bolehlah aku terima dia naik komuter.. Komuter lambat sikit.. AKu naik keta.. Rupanya petang tu.. Aku keluar rumah pukul 5.15.. Pukul 5.30 aku dah sampai depan PWTC.. Cepat juga.. Jalan tak jam..

Kitorang parking kat Terminal putra tu.. RM3 je.. Memula nak parking tepi jalan betul2 depan kereta PakMail.. Tapi sebab takut tak tenang tengok kasut nanti,tu yang alih parking kat putra.. Selamat dari kena saman..

Rupanya kat PWTC pun ada pameran pengantin. Tu yang PakMail pergi juga tu. Tapi pergi dengan KakJah lah. So,aku suruhlah Si Sharip berlakon2 nak kahwin hujung tahun ni.. Barulah dorang layan sikit.. Takpe.. Aku doakan tahun ni erh Sharip.. :p

Lepastu gi Dewan Tun Razak (ye ke?) sebab festival kasut tu kat situ.. Lalu kat jambatan tu,semua yang lalu atleast bawa satu plastik bag.. Excited gak lah. Masuk je terus nampak brand yang aku taktahu langsung. Memula senyap je lah. Kot depan tu ada brand2 cikai yang selalu aku pakai.. Rupanya takda.. Dalam hati aku ni mesti aku sorang je yang taktahu brand ni.. Tengok Sharip macam tahu je semua brand tu.. Dahlah harga boleh tahan juga. Mahal jugalah bagi aku. Bila tanya Sharip rupanya dia pun taktahu semua brand2 ni.. Hahah

Dia ada gak brand biasa tapi boleh kata koleksi yang dipamerkan tu tak menarik perhatian kami langsung.. Bukanlah tak cantik...Mungkin kitorang punya test bawah sikit kot.. So kitorang je lah yang jalan kat jambatan tu tak bawa pape plastik bag pun.. Heheheh

Sembahyang siap kat PWTC.. Terus gi Kampung Baru makan... Tu yang paling nikmat. Heheh

So bergambar je lah sebab kasut dah tak beli.

Sekian.







Tuesday, 26 March 2013

Bagaimana Nak Dapatkan Semula Slip PMR/SPM/Ijazah

Assalamualaikum



Rabu haritu pergi UPM. Ooowwhh...rindu gila ingat zaman belajar dulu.
Terbayang-bayang zaman gedik2 dulu.
Kena marah dengan pak guard.. Lari kelam kabut sebab terlambat.. Lari berebut-rebut naik bus..
Tayar kereta kena clamp sebab parking kat tempat pensyarah.
Buat2 tak dengar wisel pak guard panggil..

Okay.. Itu kisah dulu.. Tak larat nak ingat sebenarnya.. Sebab tahu..seronok macam mana pun tak boleh pusing dah masa..

Aku gi UPM sebab sijil aku hilang. Aku pun tak sure aku tak ingat mana aku letak atau masa aku apply kerja dulu,aku terhantar yang ori punya..

Jadi kalau korang hilang sijil (aku rasa aku sorang je kot) korang pergi terus ke U tempat korang belajar.. Minta di bahagian akademik. Aku dah call dulu seminggu sebelum tu.. Jadi dia suruh datang Rabu tu. Tapi korang takkan dapatlah sijil macam dulu. Cuma dapat pengesahan yang kita ni bekas student situ dan boleh diguna pakai untuk urusan rasmi.

Slip SPM dan PMR aku pun hilang sekali. Kalau PMR dan SPM sila pergi ke Lembaga Peperiksaan Malaysia di Putrajaya. Kompleks E,blok E11. Masuk je blok E11 tu kat bawah tu je pergi kaunter cakap nak minta salinan PMR/SPM. Satu salinan RM10. Yang UPM tadi free saja. Dia kata 1jam suruh tunggu. Tapi tak sampai 15 minit 20 minit macamtu dapat dah salinan semua. Kat borang kena isi tu ada tanya no giliran. Sebaik juga aku simpan setiap sijil dalam pendrive. So kira aku ada soft copy lah.

UPSR kalau hilang susah nak dapat balik. Kena mohon kat sekolah rendah masing2..

Mula2 aku ingat kena minta kat Majlis Peperiksaan Malaysia kat Selayang tu. Rupanya kat situ kalau korang hilang salinan MUET macamtu.

Sekian.

Monday, 25 March 2013

Mentaliti Orang Sekarang

Assalamualaikum

Hai mentaliti orang ni...kenkadang aku tak faham.
Mesti sedaya upaya nak menutup kelemahan sendiri. Apalah salahnya sekali sekala merendah diri.. Mengaku kelemahan sendiri.

Sabtu lepas ada orang datang rumah pakMail. Dorang tidur rumah.
KakJah shift petang Jumaat tu. Jadi aku lah kena layan tetamu. Oklah.
Dah kata tetamu kan. Memang adatlah aku layan. Takda masalah.
Sebab aku sorang,jadi nampak aku sibuk sikitlah. Bila tetamu nak tolong mestilah aku kata takpayah. Lagipun cuma hidang saja. Lauk PakMail order kedai.

Settle..

Sabtu pagi KakJah shift pagi. Jadi aku kenalah layan lagi. Aku willing gila nak layan.. Kalau ada KakJah dah tentu KakJah buat semua. Aku mesti tolong belakang tadbir saja.

Aku sibuklah angkat pinggan lauk semua.
Alih2 ada yang tegur kata untung laki aku dapat aku sebab aku rajin. Mestilah aku jawab... Elleh...untung apanya bukan masak pun..semua beli.
Takda angin takda ribut tetiba mak dia cakap "dia takda anak bolehlah. Nanti dah ada anak baru tahu. Takdalah boleh buat2 rajin dah."

Aku dah apahal pula dah ni.. Aku senyum je.. Sebab malas nak bercakap sangat sebab ketiak semua dah basah peluh kan.

Hujung2 tu aku dengar dia boleh cakap lagi "dia takda anak kan..bolehlah.."

Puuiiii!!
Itu mak dia yang cakap..Bukan anak dia.. Aku pun tak faham dia bela anak dia atau dia meluat tengok aku kalut sangat menghidang..

Lepastu aku dengar "benda ni ada anak ke takda anak ker kalau dah rajin...semua boleh buat. Tapi kalau dah malas,takda anak pun satu kerja tak siap. Takda anak pun malas,ada anak lagilah malas."

Aku senyap jelah. Tahu siapa cakap tu??
Siapa lagi kalau bukan PakMail.

Angkat pinggan lauk je wey.. Takkan korang dah ada anak korang tak boleh buat? Habistu mak korang dah ada anak..Boleh je masak untuk 10 orang makan.. Bolehlah pula gendong anak sambil masak..

Hmmppp... Aku tak faham... Tapi aku takdalah kecil hati ke apa.. Cuma pelik dan terasa nak bercerita...
Itu je.. Masa depa nak balik aku salam elok je..

Entahlah.. Aku dulu tak pernah lagi nak cakap2 macamtu kat orang yang ttc ni..

Tak faham aku..

Sekian.

Monday, 18 March 2013

Lai Lai Kelapa

Assalamualaikum



Aku jual air kelapa biji sekarang.
Baru start hari sabtu lepas.
Tapi jual kat pelancong saja.
Sebab kalau orang tempatan beli haruslah aku kena marah.
Sebab kat pelancong boleh jual mahal sikit. Normal lah tu kan..
Dah survey kat tempat2 lain bila pelancong dorang jual mesti mahal sikitlah.

Yang kelakar sebab aku tak pandai cakap cina. Dorang pula tak pandai speaking.
Jadi aku dengan pelancong berinteraksi dah macam ayam dan itik bercakap.
Owwhh...pelancong yang datang ni pelancong dari China.
Memang kat sini dah jadi salah satu tempat perhentian dorang kalau dorang datang Malaysia.
Tapi kalau korang tanya apa yang menarik kat sini...susah sikitlah nak cerita.
Sebabnya yang handle sebenarnya satu company ni Tiandi namanya.
Dorang cuma sewa tempat PakMail.

Pelancong ni pun company ni yang contact. Jadi aku kira tumpang bisnes dorang je lah.
Company ni buat bisnes bantal dan tilam Latex.

Sebaiklah juga PakMail tahu cakap cina.
Jadi PakMail lah jadi translator aku.
Kalau aku faham seronok lah sikit.
Dua hari bolehlah jual dalam 60biji.
Tapi itu kalau kena group yang jenis suka membelilah.
Kalau yang memang taksuka beli,kau letak apapun dia taknak beli.

Tapi okaylah sementara tunggu Mr.R kena transfer semula.

Sekian.


Bersabarlah, Bersyukurlah

Assalamualaikum



Sumber dari SINI

Beberapa kali dah sebenarnya baca benda ni..
Tapi bila tengah down.. Terus lupa semua..
Terus rasa nak menyalahkan.. Tapi taktahu nak salahkan siapa kan..
Heheh

Peace!!

Sekian.

Saturday, 16 March 2013

Urban Transformation Centre (UTC)

Assalamualaikum




Yiaaarrhh.. KakJah minta tukar kat sinilah.
Katanya saja tukar angin.
Aku pun taktau pasal UTC ni kalau KakJah tak minta tukar.

UTC ni semu jabatan kerajaan dihimpunkan kat sini.
KakJah cakap semua mini jabatan kerajaan ni akan dibuka dari pukul 8 pagi sampai 10 malam.
Jadi kalau tetiba korang nak jalan jauh,baru perasan yang roadtax mati ke,lesen dah nak mati ker..korang bolehlah pergi di UTC Sentul ni.

Erh tapi bukan kat Sentul je ada. Sentul ni baru dirasmikan 16hb3.
UTC Pudu dah beroperasi dah pun.
Nanti dengarnya kat Keramat pun nak buka kan.. Kat pasar Gombak pun dengar nak buat UTC.

Kira kat UTC ni semua adalah.
Pejabat pos,JPJ,JPN,Kementerian Kesihatan..lagi apa erh.. Tak ingat dah..
Cumanya KakJah kata pergi kerja macam tak pergi kerja.. Sebabnya kat bawah tu ada pasar pagi semua..
Depan office KakJah padang futsal. Riuhlah juga kalau kena kerja malam.
Ada orang jual tudung, foodcourt dah tentu laku lah..

So kalau korang tak sempat nak pergi waktu kerja,takyah dah lah nak ambil half day ke apa.. sebab dorang buka sampai malam.
Takyah dah lah nak pergi JPJ WangsaMaju yang ramai orang tu..
Tapi kat sini yang simple2 je lah.. Kalau yang hal complicated kena gak pergi WangsaMaju tak silap aku.

1st time tengok UTC Sentul ni macam pekan Rabu kat Alor Setar pula.




Friday, 15 March 2013

Nailis

Assalamualaikum

Selagi aku duk rumah PakMail,memang setiap pagi aku akan hantar KakJah pergi kerja.
Dulu kat WangsaMaju seronok sikit jalannya.. Sebab highway kan..
Bila KakJah dah minta tukar kat Sentul, faham2 saja lah jalan Sentul macam mana.
Cuma dekat sikitlah dengan rumah PakMail.

Aku pun biasanya tengahari tak makan..
Sebab memang tahu malam mesti KakJah masak atau makan kat luar.

Bila dah lalu Sentul memanjang.. Mesti nak menyinggah Nailis..
Aku tak tahu lah orang lain. Nailis kalau siang aku macam tak boleh masuk jer..
Tapi siang dia buka ker?

Kalau malam tak nampak apa kan..
Jadi berselera je lah makan.
Lagi tengah laparkan.. Kau tercekik batu pun kau taktahu.
Lampu dia kan macam malap2 romantik gitu..



Semalam gi makan kat Nailis lagi.
Aku dengan KakJah ambil nasi putih.
Lauk tomyam,sayur campur dan fried Sanaga.
Ala,ikan sweetsour. Ikan dia bapak besar. Tapi bila dah kongsi2 takda isi pun.
Si Aidid ambil blackpepper chickenchop.
Bolehlah. Sedap juga lah.

Okaylah. Sekian


Wednesday, 13 March 2013

Lawak Ke Der 2

Assalamualaikum


                                

Heheh
Siapa dah tengok Lawak Ke der 2 kat wayang?
Ke korang semua tengok kat IB?
Tak berkesempatan lah nak pergi IB
Jadi Sabtu lepas aku KakJah and adik aku pergi lah tengok kat Wangsawalk

Bagi aku kelakar gila. Ye ker kelakar gila.
Kelakar lah dari husin,mon tu.

Memula cam bosan sikit group Boboy tu.
Bila Jozan masuk baru aku tergelak lah.
Masuk pula Harith Iskandar aku rasa macam nak ketawa kuat2 jer. (poyo gila)
Boboy 2nd round baru kelakar.

Cuma aku tak pasti Lawak Ke der 2 ni kat IB sebelum maharaja lawak haritu ke selepas.

Cuma yang sayangnya 18 tahun ke atas.
Aku rasa kalau U mesti lagi ramai orang tengok sebab ada jozan kot.

Masa aku nak masuk tu,ada satu family depan kitorang tak boleh masuk.
Sebabnya anak dia yang sorang tu tak cukup 18
Tapi mungkin dorang cuba nasib kot2 lepas mana tau.
Tapi bila tak lepas rugi pula tiket tu.
Aku tak sure pula dorang masuk juga atau budak tu je yang tak masuk

Masuk Sabtu lepas, Kira setiap minggu tengok wayang.
Haritu husin mon, minggu depannya kerat 14, lepastu Rock Oo then Lawak Ke Der 2.

Tapi KakJah lah yang support.
Tukang ajak adik aku si Aidid ni.
Aku is Supir.
Ayah kurang minat tengok wayang.
Jadi ayah aku dah cakap awal2. Kalau nak tengok wayang lepas isyak macamtu.
Tahu sebab apa? Sebab lepas isyak je ayah aku terus tidur.

Okaylah
Sekian.



Tuesday, 12 March 2013

Bila Sang Suami Bersedih, Apa Kamu buat?

Assalamualaikum

Takda apapun aku nak cerita sebenarnya
Tapi sebab tengah bosan ni..
Malam tadi borak2 dengan Mr.R.. Mr.R tengah down sekarang.. Aku faham sebab apa dia down..
Tapi aku dah taktahu nak bagi ketenangan (ceehhh ketenangan) kat dia..
Selalu kalau husband korang down serabut korang cakap apa erh..?

Aku dah taknak cakap kat dia "abg sabar lah.. semua ini ada hikmah"
Atau.. "Abg doalah moga2 ada balasan setiap apa abg buat"
Aku taknak dah cakap "Abg..syg faham.. Tapi dah tanggungjawab abg..abg kena juga buat"

Sebab aku tahu ayat tu semua dah tak membantu dia.
Nak suruh ambil wuduk,dia baru lepas solat..

Sang suami ku ini tak reti nak lepaskan marah.
Dia marah tapi pendam.. Dia tak setuju tapi terpaksa angguk.. Dia geram tapi terpaksa senyum..
Bila dia call aku, dia diammmm saja.. Jadi aku tahu dia tengah serabut..sedih..
Jadi aku suruh dia letak phone dulu.. Then,dia mesej.. Masa mesej tulah baru dia boleh lepaskan semua marah dia kat aku.. Baru dia boleh ngadu panjang kat aku... Dan aku pun baru boleh nak tenangkan dia atau bagi idea kat dia.
Aku tahu dia kat sana tak boleh nak ngadu kat sesiapa.. Lagi2 pasal kerja.. Takkan nak cakap tak puashati kat bos..




Semoga sang suami sentiasa dimurahkan rezeki... Sentiasa diberkati...
Semoga ada berita gembira untuk sang suami lepasni yer..

Semangat!

Sekian.

Si Budak Gedik

Assalamualaikum

Hari Sabtu lepas kakak aku ada hal.
Jadi macam biasa aku dengan Kakjah kena jaga Mikail.
Mikail tak banyak ragam.
Seronok melayan dia.


Jadi lepas siap masak makan semua,kitorang bawa dia gi Wangsawalk
Mikail ni dah setahun lebih. Tapi tak jalan2 lagi.
Bak kata ayah dia,Mikail ni malas angkat kaki.
Bayangkanlah dah setahun lebih berat takyah cakap lah
Lenguh tangan aku. 3 hari pun tak hilang2.


Si Mika ni pelik sikit. Permainan yang selalu jadi kegilaan budak2, langsung tak menarik perhatian dia.
Ayah dia belikan basikal, dia datang langkah basikal tu dan itulah kali terakhir dia sentuh basikal tu.
PakMail belikan permainan,dia pegang2 jap terus dia campak. Haa,tulah last PakMail belikan kau mainan Mikail..


Tapi yang jadi perhatian dia budak2.
Pantang nampak budak2 teus dia terkam sampai budak tu nangis.
Aku tengah dokong dia ni,nampak je budak2 kelam kabut dia nak turun.

Lepastu kau bagilah makanan apapun.
Semuanya dia makan. Lagi kalau kau bagi kentang putar kfc tu.
Air teh lagilah jadi kegilaan dia.


Tapi cerita cerita pun anak orang kan..
Dapat layan pun time tu sajalah.
Nampak je mak dia kita ni dia tak pandang dah.
Hahah


Takpe hujung tahun ni insyaallah dapatlah kot aku kendong anak sendiri.
Erh..sempat ker?
Heeheh



Sekian.

Monday, 11 March 2013

Hari Kraf Kebangsaan 2013

Assalamualaikum

Owh hari terakhir baru nak pergi HKK..
Semalam memula pergi sensorang saja.
Sebaik dapat parking dekat.
Tak perlu naik shuttle bus.

Wooooo...rambang mata den tengok batik.
Cantik cantiknya baju2 batik.
Belum lagi yang dah siap baju moden2 tu..
Tapi aku tak beli pape pum sebab sensorang tak reti nak pilih2

Tadi aku gi lagi sekali tapi bawa PakMail pula
PakMail borong macam2..
Sebaik tangannya empat saja..
Kalau tak..aku rasa penuh kereta.


KakJah nak pergi juga tapi sebab semalam terpaksa kerja pula.
Tak dapatlah tengok HKK

Okaylah sampai sini dulu.
Sekian.










Friday, 8 March 2013

Sebelah Pihak

Assalamualaikum


Susahnya bila sebelah pihak saja yang berusaha..
Sebelah pihak lagi endah tak endah saja..
Macam jadi beban pula kat dia..
Nak memaksa sangat takut penghujung nanti aku juga kecewa..
Tapi selagi aku sorang saja yang berusaha..
Selagi itulah harapan tinggal harapan..



Thursday, 7 March 2013

Hari Ini CD1

Assalamualaikum

Seperti yang dijangka pagi tadi
Lepas ambil saja suhu
Dah betul betul bawah coverline..
Jadi Mek tu datang tanpa rasa segan pun..

Memang tahu pasti period sebab tak jumpa Mr.R pun..
Tapi mana tahu kot ada lekat juga.. Errhh.. Boleh ker..
Kalau tetiba melekat.. Memang terer betul En.S kita tuh..
Heheheh

Okay.. Esok start makan clomid..
Walaupun aku tiap tiap bulan period.. Tapi gyne suruh makan clomid juga..
Kalau tengok dari BBt insyaallah lah aku ada ovulate...

Dah lama gyne suruh makan clomid,tapi aku asyik malas je nak makan..
Sebab bila makan,comfirm2 aku akan menaruh harapan yang melambung tinggi..
Huuuhuuuu

Bagi aku setiap bulan harapan...

Okay,sekian..

Wednesday, 6 March 2013

Dah 3 Hari Lewat :-)

assalamualaikum

Masuk harini dah 3 hari lewat period.
Dah boleh buat upt!!
Yeeeyy!!

Itu kalau aku tak buat BBt..
Ini memang terang2 aku ovulate lambat haritu.
Hari ke19.. Jadi takyah sibuk2 nak membazirkan upt ok.
Sepanjang kahwin rasanya baru 3x aku buat upt.
Itupun masa ectopic haritu.
Lagipun aku takda ber BD pun masa ovulate tu.
Sebab Mr.R gi Labuan.
Takpe... Insyaallah...ni last aku period.
Lepasni kalau ada rezeki..takyah dah aku ambil suhu pagi2.

Elok juga period lambat.. Sebab Mr.R takda kat KL sekarang.
Minggu depan baru balik. Kalau period awal rugi lak aku makan clomid nanti.
Allah nak tolong ni...insyaallah...

Haritu jumpa kawan aku. Kawan aku ni ada kakak. Last aku jumpa, kakak dia belum pregnant.
Masatu aku tingkatan 3 rasa.. Jadi aku saja tanya kakak dia dah ada anak belum.
Dia kata "dah..seorang selepas 13 tahun kahwin".
Lama kan... Masa aku tingkatan 2 macamtu tu..aku ingat lagi..macam2 spekulasi orang cakap bila dia tak pregnant lagi. Tapi sebab masatu kecil lagi. Takdalah aku fikir pape. Cuma dalam hati aku "jahatnya dia ni". (dia=makcik yang mengata)
Kawan aku cerita kakak dia dah pregnant dekat 6 bulan baru tahu pregnant. sebabnya badan kakak dia macam besar jugalah. period pun datang sekali sekala. Jadi kakak dia memang tak syak fikir apa langsung. Sampai dia tetiba rasa macam ada benda. Cek2 dah dekat 6 bulan.
Masa sebelum tahu pregnant tu pun kakak dia dah tak fikir langsung dah pasal anak. Suami dia pun ok. Memang kira dah redha habis. Tup tup allah bagi kejutan.

Sekarang anak dia dah 4 tahun. Comel lagi tu.
Tapi dalam hati kecil aku ni...aku berdoa semoga aku tak diuji dengan ujian yang tak mampu aku nak tanggung. Seperti 13 tahun menanti. Sebab aku rasa aku bukan orang kuat. Tapi Allah lebih tahu dari aku kan...

Tarik nafas dalam2...hembus...
Hhaaarrrggghhhhh!!!!!

Insyaallah... Doa banyak2...




Tuesday, 8 January 2013

Desperate nya aku...

Assalamualaikum

Lamanya aku tak tulis2 ni..
Takda mood dan idea nak tulis..
Nak cerita pasal gi Langkawi haritu pun takda feel rasa. Walaupun seronok sangat2..

Tetiba rasa macam desperate nak anak.. (boleh tak macamtu)
Lagi bila tengok kakak aku gedong Mikail.
Jeles,jeles,jeles...
Tapi itulah.. Jeles jeles pun kena terima juga rezeki nak anak belum sampai lagi..
Cuma aku rasa blog ni betul2 jadi tempat luahan aku sekarang kot..
Tak macam masa kat Labuan dulu... Makan sikit pun aku nak tayang..
Aku taktahu nak luah kat siapa.. Sebab bila orang ni asyik tanya2..Nak cerita kat dia.. Takut nanti dia ingat aku taksuka family dia pula.. Nak cerita kat family aku..aku rasa diorang tak faham situasi aku..

Haritu aku gi taman dengan Mil dan Sil aku..
Sekali terserempak dengan kawan mil&sil..
Ramai tak tahu lagi yang aku ni wife to Mr.R
Soalan pasal anak dah tentu lah kan..
Orang tu anak 5 orang..
Dia tanya kat mil aku.. Berapa orang cucu macam tu lah..
Mil aku jawab "aku tak menjadi" macam tu lah.. Aku macam tersentap sekejap..
Nampak macam aku yang buat mil aku tak dapat banyak cucu..
Sil aku anak 3 orang. Tapi 4 tahun lepas kahwin baru dapat anak pertama..
Tapi family mil aku semua baik gila dengan aku.. Cuma entah erh..mungkin diorang rasa ayat tu takda apa apa kot..
Aku pun takdalah tarik muka ke apa.. Aku senyum je lah... Senyum sampai meleret sebab taknak bagi hati aku ni sedih2..

Dulu masa di Labuan.. Aku dah nekad.. Balik KL aku nak proceed step IUI semua tu..
Makan clomid ker..
Tapi... Kena lalui semen test dulu kan... Itulah masalah aku sekarang...
Aku dah sampai operate semua kan.. Tapi dia belum pernah buat test satu tu.. Dia taksuka dan aku faham..
Jadi benda ni jadi masalah untuk proceed IUI..

Aku dah puas pujuk.. Walaupun aku rasa aku kot yang punca kami belum ada anak.. Tapi test tu wajib kena buat juga. Lagi nak buat iui ivf kena buat juga kan..
Jadi bila fil aku asyik tanya,tanya dan tanya.. Aku sampai rasa nak jawab "tanyalah pula kat dia"
Tapi tak baik pula kan...

Sekian..