Thursday, 16 May 2013

Interview

Assalamualaikum

Hmmpp.. Selamat pagi semua.. Tetiba plak aku nih..
Baru semalam tulis pasal surirumah.. Hari ini baru dapat call untuk interview kerja kerajaan..
Minggu depan..

Jawatan aku mohon tu ikut spm.. Aku tak mohon ikut degree.. sebabnya dulu asyik minta ikut degree tak dapat2.. Last2 aku mohon ikut spm la..

Sekarang aku dah berbelah bahagi pula.. Samada nak pergi atau tak..

Aku tanya Mr.R.. Dia agak tak bagi pergi...

Sebenarnya jawatan aku mohon ni sebelum aku berniaga.. Jadi masatu aku agak terdesak nak kerja sebab taknak kerja kat ofis PakMail.. Hahah Tu yang PakMail create kan idea jual kelapa kat pelancong ni.. Start aku meniaga aku memang takda mohon kerja pape dah.. Sebab aku dah seronok berniaga.. Bak kata PakMail kita bukan nak cari kerja tapi kita nak cari pendapatan. 

Kalau aku pergi interview ni..dan dapat.. Jauh juga rumah PakMail aku nak ulang alik ni.. Melainkan kitorang pindah masuk rumah kat Puncak Alam lah.. Kalau tidak...Banyak benda aku kena "tambah tolak darab bahagi = Gaji Bulanan"

Aku cerita ni bukan ada niat apa.. Cuma sekadar meluahkan saja.. Kalau aku dah nekad taknak kerja lain..lebih baik aku takyah pergi interview tu.. Lebih baik bagi pada orang yang memerlukan.. Cuma berniaga semua orang tahu ada turun naik.. Selagi company pelancongan ni masih sewa tempat PakMail selagi tu lah aku boleh dapat pendapatan.. Andaikata tetiba dorang pindah atau dah jumpa tempat lagi bagus.. Then aku kena back to normal lah.. Kerja dengan PakMail. Atau duduk rumah qada tidur balik.. Tapi so far..tengok pelaburan yang dorang dah buat kat sini tak mungkin dorang akan cari tempat lain.. Dorang pun sebenarnya suruh PakMail buat perjanjian.. Tapi PakMail taknak sebab taknak terikat.. Dorang pula pernah ada pengalaman kena tutup tempat perniagaan sebab tuan tanah nak balik tapak kat Genting..

Dan lagi satu..andaikata Mr.R kena pergi Labuan untuk 2nd phase.. Aku mestilah nak ikut.... Kalau aku berniaga taklah terikat.. Waaahhh nampak sangat aku berat pada berniaga kan..

Kalau aku tak ambil peluang interview ni... Aku takut masa akan datang aku nyesal pula.. Sekarang pun umur dah berapa.. Dorang kata kalau nak mohon kerja pun limit 28 kan.. Ke aku salah..? Dan yang paling penting KakJah nak sangat aku kerja kerajaan.. Katanya lebih terjamin.. Tapi aku lebih suka pemikiran PakMail.. "Kita bukan nak cari kerja tapi kita nak cari pendapatan".

Betul ke apa aku tulis ni.. Atau bila korang baca korang rasa aku ada nak menunjuk? Jangan salah faham ye...


4 comments:

  1. I pun setuju ngan pak mail. Kerja sendiri lebih flexi. I lg suka keje sendiri. Mcm u, ur hubby pun x berapa suka u kerja kn, if i were u, i ikut je ckp hubby :-) may b niaga more suitable for u kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..kalau ikut memang senang keja tak terikat.. Tapi tak pasti sejauh mana boleh pergi. saya pun rasa saya lagi sesuai sekarang ni. tapi tak sure betul ke tak betul keputusan ni. Kena istikharah ni kan.. =)

      Delete
  2. 1st pasal umo - kerja kerajaan tidak terikat pada umur. akak lupa smpai had berapa, tp mmg bukan smpai 28 la. kalo camtu, senang keja akak duk HR ni dik... sket je nak shorlist. Haha.

    Kedua - tak salah nak dptkan pengalaman interview. At least tahu cemna lah org kerajaan interview kan.

    Ketiga - Ini melalui SPA ke trus direct jabatan? if melalui SPA, peluang tu amat2 la tipis (jgn marah akak ckp cemni sbb berpuluh ribu yg mohon, beribu yg di s.listed dan berapa puluh je dia nak. huhu). Tp kalo direct ke jbtn, peluang mungkin ada la.. tp nati bersedia la kalo dia tnya, kenapa minta jawatan rendah sedangkan ada degree. Huhu

    upsss... da rupa blog plak akak buat. sowiiieee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak reen.. Haritu dgr macam ada had umur.. Tapi tak sure berapa.. Yang ni bkn SPA.. Mungkin boleh try pergi interview tengok macam mana. Pergi pun belum tentu dapat lagi kan.. =)

      Delete