Thursday, 26 December 2013

Aku Tak Sensitif Tapi Keadaan Buat Aku Sensitif

Assalamualaikum

Haiiii... sabar lah hati... Sabar.... Sabar itu sebahagian dari iman....
Husnozon sikit... Jangan syak wasangka yang buruk dekat org...

Masa aku type ni..org yang aku nak husnozon ni betul2 depan aku...
Haritu ustaz ni tanya aku dah kahwin belum. Depan aku Mr.R.
Dia sambung borak dgn Mr.R.

Harini (semalam) Dia datang lagi. Aku ada masa dia datang tu. Tetiba dia tanya aku, dah 3 kahwin belum ada anak kan.. Aku agak sebab dia dah borak dgn Mr.R semalam. Aku senyum je dgn niat dia tak tanya aku terus.

Tapi taaakkk... Dia tanya aku "Apa perasaan aku takda anak?" Aku terkejut juga dia tanya macamtu. Tapi aku senyum juga lah. Tapi,dia sambuuuung lagi.. "Tak sedih ke?"
Kau apahal ustaz tanya2 macamni kat aku.Dalam hati aku je lah..
Aku jawab nak sedih kenapa? Ustaz tak sedih ke sekarang kedai ustaz sekarang tuan tu nak ambil semula? (Ustaz tu tengah cari kedai baru untuk buka kedai dia)
Lepastu dia kata susah hati juga
Aku kata kat dia, "jadi,baik ustaz fikir nak cari kedai mana. Bukan tanya pasal saya"
Tapi aku cakap dengan nada yang baiklah..
Dia tak stop situ.. Dia sambung lagi "ada kawan dia kawin 7 tahun tak dapat anak,jadi kawan dia yang lelaki tu tinggalkan perempuan tu"
Dalam hati aku memang dahh eeeee...
Aku kata "mesti kawan ustaz tak cukup percaya lagi ni semua ketentuan Allah kan.."
Baru dia berhenti bercakap dan... aku pergi dari situ. Start dari haritu bila dia datang kedai PakMail,aku rasa macam bengggaaannng jee...

Aku pun taktahu nak sensitif atau husnozon je apa yang dia cakap tu.. Husnuzon apa pun aku tahu.. mungkin dia cuba ambil berat tentang aku..? hhhhmmpp...kalau dia tu rapat dengan aku oklah.. ni takk.. dia tak kenal rapat pun aku..

Tapi itulah manusia kan.. selalu ingat apa yang dia cakap tu terbaik.. tapi tak sedar yang dicakapnya tu cukup menyakitkan hati orang lain.. Sebenarnya aku pun belajar juga dari benda2 ni semua.. Bercakap bila perlu.. Sebelum cakap fikir dulu betul2.. Sebab aku tahu kenkadang kita nak pendapat kita percakapan kita diterima semua orang. Kenkadang kita tak sedar yang kita ni dah buat kesilapan..

Aku bukan sensitif,tapi bila keadaan macamtu boleh ke aku tak sensitif atau ambil hati?


5 comments:

  1. uih...kalo tak kenal tetiba tanya pasal perasaan, over la tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..mungkin dia rasa apa yang dia tanya tu dah betul. itu yang dia tanya je tanpa fikir org lain..

      Delete
  2. woit, kalau sue pun bengang giler.. tanya xde cover langsung...siap cakap pompuan kna tggal dgn suami pasal xde anak..motif dia citer camtu???
    anyway, dia betul2 ustaz atau awak saje bgi gelaran tu? klu btul ustaz, spatutnya dia lebih matang berpikir dulu sebelum bercakap..
    bagus btul jawapan awak.. biar dia pikir ckit

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah perasan sebelum tu lg dia mcm nak tanya2 pasal anak,tapi mls nk layan. tengok dr pemakaian mcm ustaz. tapi kalau bukan ustaz pun tak bagus betul soalan dia kan..

      Delete
  3. Assalam...sy ieda...br jupe blog ni.rasanya kita ni sekapal dan masih ttc kn?blh genglh kalo camtu😁..tetiba teringin nk komen sebab geram plak ngn peel ustaz tu..hurm nama je ustaz..tp mulut n percakapan x reti jaga.Saya kalo jupe org sebegini nmpk dr jauh pn sy dh cpt2 jauhkn diri.Bukan pe nk ngelak sakit ati n kuar jwpn yg x sepatutnya lak nnt.Susah.... pttnya dia sebagai ustz kna byk nasihatkn kita supaya bersabar terima qada n qadar Allah. Ni siap citer somi tinggalkn isteri sbb x dpt ank tu apa kes plak???motif???haih...emo jadinya bla dgr citer sebegini..sory..

    ReplyDelete