Tuesday 31 July 2012

Addoiihai Mokcik

Assalamualaikum

Entah dah berapa kali aku terbangun lewat
Bukannya bangun lewat untuk sahur
Bangun lewat nak gi kerja
Marah pokcik sorang ni tau
Yelah pokcik ni mestilah mengharap mokcik ni yang kejut
Tapi aku boleh bantai tertidur sampai 7.40 lah 7.30 lah

Sahur belum pernah tak bangun lagi
Selalu pukul 3 pagi memang aku dah sedar dah
Memang bunyi alarm aku takda ngelat2
Solat apa semua
3.30 aku kat dapur
Pukul 4 kejut pokcik yang tengah lena tu
Sahur sambil tengok sukan olimpik

Lepas subuh semua
Lebih kurang 5.30 tidur semula
Aku set jam pukul 7 pagi
Tapi sokmolah aku snooze kan alarm tu
Dari 2 minit ke 2 minit ke 2 minit
Sedar2 7.30
Sedar2 7.40
Mahu tak kelam kabut nak mandi semua kan
Tapi yang kelam kabut pokcik tu
Aku biasa dah bangun last2 minit ni
Bangun lewat macam mana pun
So far belum punch card lewat lagi lah.

Tapi dah asyik kena perli jer dengan pokcik ni
Malu aiii
Esok nekad dah
Bunyi alarm terus bangun ok...
OKKKKKOOOOO

Ok sekian

*Ohhh mesti ada yang baca kat paper kan pasal kapal MISC terbakar tu
Semua mangsa dah dijumpai. Semua mati. Sedih sebab 4 orang melayu.
Umur pun muda2 je. 20 tahun,26 tahun. Jauh betul mangsa dihanyutkan dari tempat
kejadian. Tapi sorang mangsa yang berumur 20 tahun dijumpai dalam perut kapal
yang hangus terbakar tu. Semoga roh mereka semua dirahmati ALLAH..

Monday 30 July 2012

Rezeki Semalam

Assalamualaikum

Semalam ada orang belanja aku berbuka di Hotel Grand Dorsett










Sunday 29 July 2012

Hari ke-9 Berpuasa

Assalamualaikum

Harini dah hari ke 9 puasa.
Sekejapnya.
Sepanjang puasa di Labuan ni
Ada sehari aku gi bazaar
Yang lain aku masak.

Alkisah 1st time gi bazaar Mr.R rambang mata yang amat
Tapi sampai masa berbuka Aku yang kena perabihkan
Sampai nak terawikh
Perut aku ni dah berat sangat Mata sepet dah
Yang laki aku sedap je perli Kata tulah makan banyak lagi
padahal dia yang membeli

Dulu puasa kat rumah
Berbuka mesti dengan bihun ker mee ke
Lepastu dah takda makan2 tunggulah sahur nanti
Kami jenis tak reti nak sambung makan lepas terawikh
Sahur baru makan nasi

Oohhh rindunya masa2 dulu
Terawikh depan rumah saja
Itu kalau kami ponteng juga taktahulah
Malam2 dengar budak2 tadarus Al-quran
Aku mak aku dengan kakak aku semangat tunggu kat bawah sebab nak tunggu turn adik aku baca
Sebab nanti balik mesti dia tanya dengar tak dia baca
Mak aku sukalah sambut dia balik kononnya
Buka je pintu, mak aku cakap "eee sayang anak soleh ni" (baca nada poyo ok)
Sambil berpeluk2kan macam dah lama tak jumpa (dengan aksi poyo ok)

Dulu sebelum ada surau kat depan rumah,
Adalah sekali sekala ayah aku bawak buka puasa kat luar
Tapi dah ada surau tak pernah dah buka puasa kat luar
Sayang terawikh
Kalau tak dulu banyak pula alasan aku dengan kakak aku nak skip terawikh kan.
Kenangan tu kenangan..

Okay sekian.

Thursday 26 July 2012

Gegaran di Labuan

Assalamualaikum

Ingatkan gegaran semalam
dan bunyi dentuman semalam
adalah guruh
Ada 2 atau 3x letupan
Pukul 2.30 pagi
Pagi tadi sampai office
Budak2 office cerita
Baru aku tahu bunyi dentuman dan gegaran tu
disebabkan kapal petronas terbakar
Bila tengok gambar terbaru
Hangus kapal yang segah-gah tu.
Pukul 2.30 meletup
Tapi api pagi tadi baru surut
Aku baca dalam facebook
Ada kata punca sebab petir
Tapi Wallahualam kesahihannya
Mula2 kata 5 hilang
Tapi last baca tadi kelima2 tadi selamat
Nak upload gambar
Tapi tak berani pula
Huuuuu
Itu baru kapal sebiji

Update:

Berita terbaru:
Seorang disahkan meninggaldunia.
Shahril Azmi bin Baharudin, Malaysian, 28 yrs, Male, Malacca


Lagi 4 orang masih belum dijumpai.
Tiga dari Malaysia
Seorang dari Filipina

Info dari : Malaysian Seaman Club

Tuesday 24 July 2012

Mimpi Pelik # 1

Assalamualaikum

Pagi tadi aku mimpi entah apa2 jer
Subuh pukul 4.50 amDalam 5.30 tu aku tidur semula

Aku mimpi mak aku datang rumah aku.
(aku taktahu rumah aku tu kat mana sebab baru pindah)
Rumah kondo
Kakak aku pun ada
Mr.R ondaway nak balik rumah

Pagi tu mak aku kejutkan aku lambat
Aku ada kuliah pukul 8 pagi
(Kuliah amendalah kan)
Aku menggelabah bersiap.
Dalam hati aku dah alang2 lambat biar je lah lambat
Takyah nak tergesa2
Aku tak risau sangat sebab selalu kawan aku si Sharip tu mesti datang lambat
Adalah aku geng

Memang mimpi entah apa2
Aku tengok dari tingkap rumah aku boleh nampak Sharip dah sampai kuliah
Aku nampak jelas gila dari rumah aku Sharip tengah borak2 dengan kawan2 yang lain
Memanglah o on kan
Kuliah aku tu kat UPM.
Bila nampak Sharip dah sampai aku jadi kalut

Dah siap nak keluar rumah
Mak aku macam risau duduk rumah seorang
Aku suruh kunci
Kunci mangga rumah aku pelik gila
(sampai sekarang aku terbayang lagi bentuk dan cara nak kunci mangga tu)
Memang siapa ada anak mangga macamtu Insyaallah rumah kau selamat
Tapi dalam hati aku cakap "apa mak aku nak risau,Labuan ni selamat"
Masatu aku tengah pening2 nak masak apa untuk berbuka nanti
Sebab Mr.R balik dari KL
Tengah nak turun tangga baru aku terfikir
"kan mak aku ada,mestilah mak aku masak special"
Hahah terus hilang pening
Aku menggelabah turun tangga sebab dah lambat
*******************************************************
Aku tersedar tengok jam 7.30
Menggelabah aku nak siap gi kerja
Dahlah kain tak sidai lagi.
*******************************************************
Apa yang aku fikir dari semalam sampai sebelum tidur pagi tadi:

1) aku taktahu rumah aku tu kat mana sebab baru pindah > malamtu aku call Mr.R. Kalau projek dia lama lagi, kalau boleh nak pindah rumah. Taknak tingkat 3. Tak larat nak naik turun.

2) Aku mimpi mak aku datang rumah aku > Sebelum balik semalam mak aku kata tengoklah nanti boleh ajak abah datang Labuan. Aku kata takyahlah biar kami yang balik KL lagi syok.

3) Kunci mangga rumah aku pelik gila > Sebelum aku tidur,aku terfikir macam mana cara nak bagi pintu rumah selamat dari dipecah masuk. Sebab aku memang takut bila duduk rumah seorang ni.

4) Masatu aku tengah pening2 nak masak apa untuk berbuka nanti > Dari semalam aku terfikir nak masak apa esok untuk berbuka sebab esokkan 1st day aku berbuka berdua dengan Mr.R

Betul2 boleh pengaruh tidur kita bila kitabanyak sangat fikir sebelum tidur.



Alkisah Kek Coklat

Assalamualaikum

Ahad lepas kakak aku gi kamdar
Jadi aku suruh dia tinggalkan anak dia.
Duk teman dia baring2 kat toto
Aku sampai tertidur.
Borak2 dengan mak
Mak aku kata buat kek pun sedap ni
Dari duk duduk2 macam asyik nak tidur

Makanya kami gi Giant kat Taman Samudera tu.
Usung sekali Mikail
Adik aku, Aliff drive dan tukang tolak Mikail
Mikail ni asal keluar je senyap.
Sebaik tak banyak kerenah.
Seronok lah bawa.

Balik tuh teruslah gi dapur.
Kena cepat sebabnya kakak aku nak balik pukul 4
Masatu pukul 2.15
Aku tukang pukul mentega dengan gula.
Mak aku ayak tepung semua.
Bila dah elok tu suruh adik aku transfer kan campuran tepung yang diayak tadi
Mak aku ayak atas paper saja
Elok adik aku menuju kat aku
Paper bahagian adik aku pegang tu koyak.
Memang sedaplah bertaburankan atas lantai
Masalah besar sebab stok tepung habis

Terus aku dengan Aliff gi kedai kek beli tepung
Sebaik kedai tu buka
Hoooo
Pukul 4.30 kakak aku dah siap, keknya tengah dalam oven lagi.
Bila cucuk je melekat2 lagi
Mak aku suruh tunggu juga.
Dari pukul 4.30, pukul 5.20 baru siap.
Sebabnya mak aku buat 3 adunan.
Ayah aku balik gelakkan je bila nampak tepung penuh atas lantai
Nak buat sebiji kek sampai dapur macam tongkang pecah
Tugas ayah aku dengan adik aku,boy vacuum.
Hihih

So,pukul 5.30 baru kakak aku bertolak.
Aku gi rumah mak mertua pukul 5.45
Malamtu "back to normal" mak aku semua berbuka berempat kembali

Berbuka Seorangan

Assalamualaikum

Dah puasa ke 4 pun.
Sekejap je rasa.
Sekarang pun aku dah balik Labuan
Mr.R je belum balik lagi.
Esok baru sampai.

Jumaat lepaskan aku balik KL
Dapatlah bersahur dan berbuka dengan family
Hari Jumaat aku sampai tu,cadangnya nak gi mid
Bila sampai KL Central banyak pula tempat makan baru.
Aku pun terus masuk satu restauran kat situ.
Aku tak ingat dah apa nama dia.
Dekat2 dengan Rasamas
Aku ambil Spagetti cabonara,apple danish dan watermelon juice.
Sebelum tu aku beli buah yang dekat dengan surau tuh
Betik,magga,senkuang,jambu air.
Habis aku makan sorang.

Bila dah kekenyangan terus malas nak gi Mid.
Jadi mesej mak aku suruh ambil di JJ wangsa maju.

Huuuu...
Semuanya baru.
Menggagau aku nak beli tiket putra kat mesen tuh.
Jalan2 kat JJ sementara tunggu mak aku keluar office.
Niat hati nak tengok2 je.
Lastly tershopping juga.

Kebetulan masa aku balik
Family maklang dari Kedah datang.
Kakak aku dari Pahang pun balik.
Jadi ramailah waktu kami bersahur dan berbuka tu.

Hari ahad tu sempatlah mak aku bakar kek coklat.
Seddaaapppp...

Puasa kedua aku berbuka di rumah Mr.R
Sebelum balik tu sempat singgah bazar jap.
Beli murtabak jer.
Sebab mak Mr.R dah masak.

Semalam sampai Labuan
Aku berbuka seorang diri.
Sebabnya last minit Mr.R ada kerja lagi.
Harini pun berbuka seorang lagi.
Esok baru berumahtangga semula.

Thursday 19 July 2012

Esok Balik Kampung

Assalamualaikum

Yerrrr...
Esok aku balik KL
Mr.R dari Selasa dah tinggalkan aku keseorangan di Labuan

Esok belum puasakan
Jadi esok aku plan sampai LCCT
Ambil bus sampai KL central
Lepastu naik komuter nak gi Mid Valley
Mengimbau kenangan sewaktu di U

Nak buat apa??
Dengar2 tengah sale kan.
Tapi bukan nak shopping pun.
Nak mengisi perut.
(sepatutnya nak puasa kena kurangkan makan)

Saja cuci2 mata.
Lagipun esok hari kerja.
Mesti kurang sikit orang kan.
Tapi bila jalan sensorang ni macam o on sikit lah.
Kalau dua jam kat situ dua jam lah ko membisu kan.
Huurrmmmm
Ada sesiapa nak teman aku??
Hahah

Okay
Sekian.

Friday 13 July 2012

PakMail&KakJah Sedia Saya Pulang!!

Assalamualaikum

Alhamdulillah...
Dah hari Jumaat.
Cepat betul masa sekarang ni.
Masa cepat je berlalu
Tapi rasanya amalan aku masih ditakuk lama.
Harap dari sehari ke sehari amalan aku meningkat laju selaju masa berlalu.

****************************************************

Yeerrr..
Minggu depan aku balik.
Bos aku ada meeting dari 17hb - 20hb.
Jadi dia suruh aku balik sekali.
Tapi aku balik 20hb- 23hb.
Makanya puasa pertama bersama PakMail dan KakJah lah.

Dapatlah sekali sahur dan berbuka di rumah aku
2x sahur dan sekali berbuka di rumah Mr.R.
Terawikh di rumah Mr.R sekali
Di rumah aku 2x.

*********************************************

Email aku kena virus.
Habis semua orang yang pernah beremail dengan aku dapat email yang entah apa2 dari email aku.
Malu aii..
Orang HQ pun dapat..
Nan adddoooo betul.
Kalau sesapa dapat email pelik2 dari aku jangan buka yer...

Ok.
Sekian.






Wednesday 11 July 2012

ADdooiii...

Assalamualaikum

Huuuu.. malam ni bos suruh kerja..
Bila dah landing2 malasnya rasa..
Untuk bos sanggup juga lah bersengkang mata.

Okay.. Dah isyak..
Nak tidur..
Malam ni pukul 10 sampai 2 pagi.

Sekian.

Saturday 7 July 2012

Bu Bu Jing Xin



Assalamualaikum

Hahahahah
Aku tengah maraton tengok drama Mainland ni..
Bu Bu Jing Xin...
Drama lama gila nih.
Nak kata best sangat tu taklah..
Tapi jalan cerita menarik.



Bu Bu Jing Xin


Okay...sambung.

Sekian.


Ini Piranha????

Assalamualaikum

Hari macam biasa gi kerja..
Tapi masuk awal. Pukul 7.
Harini breakfast kat Raff Restauran.
Makan pagi dua orang RM10.70.
Mahal kan..
Aku kata mahal sebab ambil secoit tapi dia tetap kira secoot.
Sila masak sendiri kalau nak murah ok. Okayyy..

Lepas kerja terus berdesuuuppp gi mancing kat bawah jambatan.
Hahah
Jangan bayangkan jambatan kat KL okay.
Kat sini bawah jambatan macam tepi tasik. (tipu tepi tasik)
Aku mancing anak2 ikan jer..
Mr.R mancing ikan2 besar kononnya..
Jadi 4 jam memancing,aku dapatlah 3,4 ekor anak ikan...
Tapi Mr.R 1 ekor saja. Hahahahah kesian diaaa...
Tapi harini Mr.R dapat ikan yang sangat menakutkan...


Hahah
Atas ni bos aku belanja lunch..
Nasi Lemak Pantai Tiara.
Nama taknak kalah.
Rasa? Bolehlah..

                                     

Ni bos aku punya..
Yang ni sedapppp....
Nasi Ayam Hainan..
Ayam dia kat mangkuk yang macam sampan tuh..

Okay... sapa yang rasa takut2 nak tengok gambar ikan ni.. Jangan tengokk okay...
                                                                         ;
                                                                         ;
                                                                         ;
                                                                         ;
                                                                         ;
                                                                         ;                                                                         ;
                                                                         ;
                                                                         ;


Ngeri tak? ngeri tak?
Aku tengok tadi ngeri gila wey...
Ni  aku saja letak yang mengadap sisi..
Taknak bagi korang ngeri sangat..
Kalau dari depan...
Mashaallah...
Aku rasa macam ikan piranha je wey.
Macam ikan dalam filem yang ala ala makan orang tuhhhhh...
Mr.R selalu pun kalau lepaskan ikan mesti pegang badan ikan..
Tadi aku tak bagi Mr.R pegang sebab takut dia gigit ker...
Subhanallah....
Makhluk Allah...

Sekian...


Thursday 5 July 2012

Ting Tong Bulan Ini

Assalamualaikum

Bos besar dari hq datang.Dah 3 hari dah. Site visit.
Tapi tetiba bos aku call  bagitahu dorang nak datang sekarang.
Kelam kabut aku.
Padahal bos besar aku tu sporting.
Dorang sampai,bos aku masuk dulu.
Aku teruslah cakap "nak kena cakap apa ni?"
Bos aku "cakap je apa khabar tuan."
Hahah menggelabah gila kan.
Macam ni lah gaya nya bila tak pernah bekerja sebelum ni.

*************************************************

Tadi gi klinik.
Serius seumur hidup aku belum pernah jadi macamni kat cycle period aku.
Period aku ting tong.
Aku harap semoga ketingtongan period ni ada hikmah untuk bulan puasa ni.

AMMmmiiinnn....


Monday 2 July 2012

Terkejut Japp

Assalamualaikum

Aku tengah buat kerja macam biasa.
Harini aku takda tegur2 lagi bos aku.
Tetiba bos aku cakap kat aku "hujung bulan 10 kita balik yer"
Aku diam je lah.
Dalam hati "aku nak balik raya!!!" Huuuu
Dah lamaaa tuh.. Aku tanya balik "balik terus ke balik cuti?"
"Balik terus"
Waaaarrggghhhh.... Terkejut jap aku..
Sebab last haritu dengar kemungkinan lama lagi sebab kena sambung lagi projek.
Aku terus senyum kambing kat bos..
Tapi bila tengah taip ni.. Tetiba rasa sebak lak nak kena balik dah..