Wednesday 6 March 2019

Simptom Sepanjang 2WW

Assalamualaikum

Ini cuma untuk simpanan saya sendiri. Jadi saya tulis di sini untuk rujukan di masa hadapan.

Aku FET hari Khamis. Hari Jumaat tu takda rasa apa2. Dan aku tak expect untuk rasa apa2pun sebab awal sangat pun nak rasa.. Tapi simptom yang aku kena ni awal juga aku dapat.. Dan doktor kata pun tak mungkin dapat simptom awal macam ni. Mungkinnnn kesan2 ubat yang aku ambil.

1) Sakit dada belakang

Hari Sabtu, aku sakit di sekitar tulang belakang. Sakit dia tu macam ko baru lepas bersukan.. Otot ko sakit macamtu lah. Betul2 dada belakang. Dia sedap bila ko baring melentang.. Sakit ni sama masa aku mengandung akhir tahun 2017. Tapi aku taktau. Aku ingat sebab aku aktif sangat bersukan.. sebab masatu tengah hari sukan di office.. Soo, aku biar je lah.. Aku siap melompat2 lagi main bola jaring semua.. Orang lain dah sihat walafiat.. Aku sorang je belum sihat.. Lastly gugur.. Tapi kalini bila rasa macam ni, aku pun macam tanda apa ni.. Tapi alhamdulillah, esok tu hilang.. Aku syak.. syak saja ya.. baby dah menempel masatu..


2) Sakit breast

Ni aku start sakit hari Ahad tu. Maksudnya hari ke3 selepas transfer. Sakit breast ni sampai hari ke13 transfer.. Lepastu hilang.. Sampai sekarang takda sakit kat bahagian situ..

3) Heartburn

Ni aku kena sangat kronik. Dari hari ke6 transfer sampai hari ke13. Sakit dia tu... bukan sakit.. Tapi panaassss je bawah dada ni.. Panas yang amat. Aku kena rendam tangan kat air sejuk.. lepastu aku pegang je bawah dada ni.. sebab memang panas.. Aku stop makan makanan pedas. Sebabnya bila pedas sikit je.. teruuuss bertambah panas.. lepastu makan tak boleh lewat.. Lagi akan tambah panas tu..

4) Mual dan Muntah

Ok, yang ini aku tak rasa.. Aku takda rasa mual ke muntah masa 1st trimester tu.. Cuma masuk bulan ke3, aku makan nasi tengahari, nanti lepas maghrib, aku muntah.. Selagi tak muntah tu, bawah dada aku ni berpinar-pinar macam bergelodak.. Lepas muntah je ok. Tapi benda ni tak mengganggu aku.. sebab tak kronik.. Aku muntah pun boleh kira berapa kali. Rasanya sepanjang pregnant ni baru 5x kot muntah..

5) Hilang selera makan

Yang ini aku sangattt2 kronik.. Selera aku hilang masa makan tengahari. Makan pagi ok. Dari minggu ke4 aku dah rasa semua makanan tak sedap.. Tapi takdalah sampai tak makan. Habis jugalah 1 pinggan.. Tapi masuk minggu ke6, memang hilang selera terus untuk makan tengahari. Aku siap order delivery Chicken Rice Shop hantar kat pejabat. Bila makan satu sudu, kenapa aku rasa nasi ayam ni macam pelik.. Macam lama.. Makan lagi satu sudu.. pun tak boleh juga. Aku bagi kat org. dah lah aku order macam2 side dish. Aku order macam2 kat app Dah Makan.. Pun sama.. Lastly buang.. Masuk bulan ke2 baru selera aku ok..

6) Senang membuang

Aku selalu baca org kata kalau pregnant ni senang kena sembelit.. aku hari2 membuang. Kalau aku makan terlebih pun aku boleh membuang sampai 2x.. Lawas sungguh.. sampai ke harini.. Alhamdulillah.. Takda sembelit..

Itu je simptom aku rasa. Takda mengidam apa2.. Aku makan je semua bersederhana.. Takdalah kata bila pregnant ni, aku nak makan macam-macam. Suami pun tak pening sgt nak layan aku.. Mungkin sebab aku dah lama nak rasa ini semua.. Jadi tuhan permudahkan untuk aku..

Monday 18 February 2019

Pemakanan Selepas FET

Assalamualaikum

Semua org tahu kan, pemakanan yang sihat tu sangat penting. Lagi2 pula waktu2 macam ni.. Tapi sebenarnya pendapat aku lah.. Kita dah kena jaga pemakanan at least 3 bulan sebelum kita pregnant..

Aku bukanlah org yang healthy sangat.. Tapi setahun sebelum nak buat IVF ni, aku dah kurangkan makan fast food, processed food hotdog nugget ayam goreng drummet, apa lagi erh.. ooo aku tak ambil juga junkfood semua.

Macam fastfood (mcd, kfc, burgerking, etc..) dan processed food tu aku memang stop betul setahun tak silap aku. Takda cheat2 day.. cuma sekarang aku dah start makan.. fries mcd, haritu makan burger king, pernah makan colonel burger kfc. Tu je.. pastu rasa mcm menyesal makan.. Aku makan lepas dah sahkan pregnant oleh doktor.. Masa sebelum pregnant aku tak makan.. Ooo sushiii.. aku memang stop terus... sebab aku terbaca, nasi pulut dia tu boleh menyebabkan fibroid.. terus aku takut.. Tapi lepasni aku rasa aku akan mula makan sikit2.. Ko boleh makan, tapi bersederhana..

Junk-food aku ada cheat juga.. tapi rasanya sebulan sekali kot.. contohnya macam aiskrim.. Kadang-kadang teringin juga.. kerepek2 tu aku ambil sikit je lah bila ngadap.. Oooo secret recipe adalah sekali aku makan, tu pun aku makan salmon.. konon nak kurangkan rasa bersalah..

Aku mula makan buah delima dan buah avocado. Rasanya dah dekat setahun lebih.. Cuma bila start pregnant, avocado tu tak boleh nak masuk langsung pula.. Taktau kenapa..

Setiap kali makan aku pastikan ada sayur.. dari dulu sampai dah pregnant ni..

Supplement, aku memang dah start makan multivitamin dari 2,3 tahun lepas, sama dengan folic acid.. 1 tahun lepas aku mula consume Co-Q10, sebab Doktor adilah dan prof kata bagus untuk kualiti telur.

Lepas seminggu pregnant, stop multivitamin, Co-Q10. Start makan obimin, teruskan folic acid.

Buah-buahan aku makan delima, kadang-kadang mangga, kadang-kadang sengkuang, kadang-kadang honeydew.. Sebelum makan semua aku google dulu bahaya ke tak.. huhu..

Ooo ya, lepas FET, doktor suruh aku minum air banyak2.. dengan tinggi aku 1.61m dan berat 55kg ni, doktor sarankan minum air masak 2 liter sehari.. Jangan lebih 3 liter. So aku memang minum air masak saja, tak minum air manis. Memang dari dulu pun aku kurang air manis ni.. kalau teringin sangat pun seteguk dua je lah..

Waallahualam... Semoga Allah melindungi kita dari sebarang keburukan..












Thursday 14 February 2019

Hari Keputusan Selepas FET

Assalamualaikum

Terus terang aku cakap, sangatlah mendebarkan 7 Dec tu.. Mr. R teman aku. 1st time ni sepanjang buat ivf, Mr. R teman aku jumpa doktor.. Masa FET pun aku pergi sendiri je tanpa teman.. =)

Sepanjang tempoh dari 29 Nov sampai ke hari 7 Dec tu, ada masa aku rasa yakin sangat.. Ada masa aku rasa down sangat.. Lagi2 pula bila aku ada tersilap laku atau langkah..

Bila agak2 rasa down tu, aku bukalah Al-quran.. Sekali terjumpa ayat bermaksud "Allah telah meletakkan bayi itu dalam tempat yang kukuh" Rasa macam hidup semula.. Insyaallah..

Pernah sekali aku down, buka Al-quran dapat ayat bermaksud "Jangan berselisih atau menentukan sesuatu keputusan yang kita tidak ketahui. Biarkan sehingga Allah yang putuskan" Terus rasa.. ok, aku akan biar Allah yang buat keputusan untuk aku..

Aku dan Mr. R sampai awal.. sebab nak ambil ujian darah beta hcg.. Lepastu terus ambil no giliran. Masatu dapat no. 5.

Dalam pukul 11.30 am baru dapat juga Doktor Adilah. Sebelum tu aku beritahu Mr. R, apapun keputusan kita redha ya. Mr. R penenang orangnya.. Jantung aku niiii lajuuuuu yang amat.. Aku suruh Mr. R pegang.. dia pun kata laju nya.. Aku tak boleh control..

Masatu aku nampak orang yang buat FET sama dengan aku haritu. Dia jalan tenanggg je.. Muka dia pun tenang je.. Aku rasa macam beruntung nya dapat jadi orang yang tenang macam ni.. Bagitahu lah kat Mr. R. Lepastu Mr. R kata dia tenang sebab dia betul2 serahkan pada Allah.. Aku ni sekadar cakap di mulut je redha.. tapi hakikatnya dalan hati aku belum cukup redha.. Tu sebab tak tenang.. Sentap kejap aku..

Sampai nama aku kena panggil, aku bgtau doktor, jantung aku laju sangat. Jadi doktor suruh aku tarik nafas 3 kali. dalam-dalam..

Barulah tenang..

Doktor terus tunjuk result Beta Hcg aku..

Alhamdulillah... 208

Doktor tanya aku ada keturunan kembar ke.. Sebab bacaan aku tinggi.. Tapi aku takda kembar.. Lepastu doktor kata mungkin lepas je transfer, embryo terus menempel..

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi..

Esok tu aku terus pergi ke Johor sebab sepupu aku kahwin.. Balik hari..

Sampai je KL semula, rasa macam2.. sebab takut jadi apa2.. huhu.. Terus aku berehat seminggu kat rumah tak keluar rumah.. Rumah mak mentua.. sebab Mr. R ada kat KL lagi. Dia kerja.. Aku duduk je kat rumah dengan mak mentua aku. Mak mentua aku belum tahu lagi.. So mak mentua aku dan kakak ipar aku pelik juga sebab aku cuti lama. Aku dah pesan kat mak mentua aku jgn masak pedas2 ya.. Hahha Tengookk.. sampai macam ni sekali aku..

Alhamdulillah... sebaiklah mak mentua aku sangat baik dan tak bertanya sangat.. walaupun aku tahu dia mesti tertanya2..

Next jumpa doktor 13 Dec

Sekian.



















Wednesday 13 February 2019

Penjagaan Selepas Embryo Transfer

Assalamualaikum,

Aku rasa sesiapa yang melalui proses macam aku, inilahhh waktu yang paling kita takut.. Macam-macam kita fikir kannn.. Buat ni boleh ke tak.. Buat ni bahaya kan baby ke tak.. Embryo terkeluar balik ke.. Macam-macam..

Apa yang kita boleh buat, berusaha bersungguh-sungguh untuk berhati-hati supaya tidak mendatangkan kemudaratan.. dan last sekali, berdoaaa banyak-banyak.. berserah dan bertawakkal.. Insyaallah.. Allah lah sebaik-baik pelindung..

Aku solat duduk untuk 3 hari.. Kalau sebelum FET, bilik aku tingkat 3, jadi selepas FET aku duduk bilik bawah. Nak elak naik turun tangga. Bohong lah kalau kata aku tak stress.. Stress juga, tapi tak se stress aku buat mula2 dulu.. Yang kalini aku lebih tenang dan redha.. Selalu juga terfikir bukan-bukan yang negatif tambah-tambah lagi kalau aku tersilap langkah pergerakan.. Terus pegang perut doa banyak2 minta dijauhkan benda yang buruk. Tapi kadang-kadang tu, sampai berejam juga terfikir lagi benda tu. Ada sekali tu aku termenggeliat.. terus aku macam adoii takda pape ke.. Tapi yang aku baca, selagi takda angkat berat, atau jatuh yang kuat sangat.. insyallah OK.. Dan jangaannn stress sanngat.. stress sikit2 takpe aku rasa..

Aku guna toilet duduk, lama juga aku duduk.. tak berani cangkung.. huhu.. Tapi sebenarnya, takda apa2 pun kalau cangkung. Cuma janganlah ko cangkung kat tandas duduk pula.. kan bahaya tu..

Aku tidur menegaakk je.. takda mengiring2.. Sampai kejung jugalah badan aku ni.. Kononnya takut kalau embryo tu bergerak ke sana sini. Lagi2 pula aku yang pernah kena ectopic ni.. Risiko untuk kena melalui ivf ni pun masih ada.. TAPIIIII, dari apa yang embriologist terangkan kat aku, risiko untuk kena ectopic niii sangat2 lah rendah kalau kita transfer embryo day 5 sebab embryo tu dah besar berbanding risiko kalau kita transfer day 3.. Wallahualam... Apapun, kita usaha.. yang lain kita biar Allah yang uruskan..

Aku tak buat kerja apa-apa sepanjang tempoh tu.. Owh.. doktor bagi MC 23 hari.. Tak buat kerja apa-apa tu maksudnya aku takdalah angkat barang ke.. Aku pergi dapur untuk makan.. basuh pinggan sendiri makan.. Siang sayur, masak telur rebus.. Tapi ambil2 periuk semua aku minta tolong sesapa di rumah.. Biasanya adik aku lah.. Kalau mak aku cuti boleh kata masak2 memang mak aku lah. Aku tolong siang2 je..

Antara ruang depan nak ke dapur rumah aku ni, macam bertingkat sikit, jadi aku cuba turun se perlahan yang boleh.. Sampai sekarang aku masih terbayang lagi macam mana keadaan aku masatu..
Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.

Apa yang aku buat ialah:

3.30 pagi aku dah bangun.

5 pagi aku masuk ubat. Biasanya lepas masuk ubat aku tidur semula.. Bukan biasanya.. memang tak pernah lagi aku tak tidur lepas masuk ubat..

6.30 pagi bangun, solat subuh..

Dah siap mandi, aku layan cerita koreaaa.. heheh.. Aku layan cerita yang boleh buat aku ketawa lah... Supaya aku tak stress.. Nanti dalam sejam, aku akan jalan perlahan-lahan dalam rumah.. nak bagi darah berjalan..

9.50 am aku berjemur kejap kat tepi rumah.. nak dapatkan Vit D kononnya.. Entahlah.. aku cubalah sebaik mungkin yang boleh.. Dalam 10 minit je.. tak pernah lebih 15 minit..

12 pm biasanya aku akan makan awal..

1pm masuk ubat. lepastu biasanya aku tidur..

2.30 ready untuk solat Zohor.

4.30 pm ready untuk solat Asar

9 pm masuk ubat dan biasanya aku terus tidur... dan ulang semula pukul 3.30 pagi tadi..

Oh ya, aku memang tak keluar rumah langsung dari 30 Nov sampai 6 Dec. 7 Dec baru aku keluar sebab nak pergi hospital appointment dengan doktor. Kononnya nak elakkan dari terhentak semua.. Dan doktor pun ada pesan "Awak tak payahlah pergi mana-mana ya" So, aku pun duduk je rumah..

Pergi hospital Mr. R yang drive..

Insyaallah... Semoga Allah permudahkan urusan aku untuk dapatkan cahaya mata..

Sekian..


Tuesday 12 February 2019

FET Di Hospital Pantai Bangsar

Assalamualaikum,

FET 29 Nov. Masukkan 1 embryo saja. Satu lagi embryo tak berkembang. Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi.. Dengan izin Allah, embryo yang sekarang berkembang dalam rahim ku ini merupakan embryo gred 6AA. Sebelum nak masukkan semula embyro dalam rahim haritu, embryo ku ini dah fully hatched.. Embryologist kata dah ready sangat2 nak menempel..

Syukur Alhamdulillah..

Doktor kata biasanya sebelum fully hatching, embryo akan dimasukkan semula. Tapi ni belum sempat nak masukkan dalam rahim dah hatched penuh. Di Hospital Pantai, mereka dah guna mesin time lapse. Jadi embryologist dapat tengok setiap perkembangan tanpa buka mesin thawing tu. Yang ni kena tambah rm800. Nanti aku kirakan semua total ok.

Sepanjang FET tu, mulut memang tak lekang dari bertasbih dan doa banyak2.. semoga kali ini Allah berikan rezeki buat aku dan suami..

Masa fet dibuat, Doktor pun minta baca doa masa doktor nak masukkan embrio.. Aku taktahu lah nak kata.. tapi kalini aku rasa lebih tenang dan lebih redha.. Aku betul2 fikir insyaallah.. kalau ini jawapan pada istikharah aku.. mesti Allah permudahkan semuanya..

Selepas FET, aku stay di daycare sampai pukul 5.30. Aku settle pukul 1.30 macamtu. Masa nak FET tu, waktu masuk ubat aku kan pukul 1 pm. Jadi doktor dah siap pesan bawa masuk ubat dalam bilik OT, doktor akan masukkan ubat tu.

Nurse suruh baring at least 1 jam.

Pukul 3 aku dah tak boleh tahan sangat nak terkucil, jadi panggil nurse minta tolong turunkan palang katil ni. Rupanya kat Hospital Pantai, nurse akan ikut ko sampai dalam bilik air. Dalam bilik air aku suruh dia pusing belakang. Aku tukar baju siap, ambil wuduk, solat. Solat duduk.

Tunggu sampai asar.. 5.30 nurse bagitahu dah boleh balik.

Aku minta tolong nurse bawa kan bag aku sampai kat bawah. Baik sungguh nurse kat situ.. Pukul 7 lebih dekat pukul 8 baru aku balik.. adik aku ambil.

Oo aku buat fet ni, aku pergi sorang2 je. Pagi tu aku ambil grab. Alhamdulillah.. semuanya dipermudahkan.. Masa buat ni ada seorang lagi yang buat fet juga. Dia datang dengan suami.. tetiba rasa macam "maakk aiihh.. apahal lah aku sorg2 ni.." hahah

Mr. R keja kat Sabah. So aku dah pesan tak perlu balik. Mak ayah aku nak teman, adik aku pun nak teman, tapi aku taknak sesapa teman. Senang sikit aku nak "me time" sebelum dan selepas fet..

Tapi.. alhamdulillah. Semuanya dipermudahkan..


Monday 11 February 2019

2nd Frozen Embryos Transfer

Assalamualaikum

Kali ini aku istikharah.. Aku taktahu lah ini jawapan pada istikharah aku atau tidak..

Aku takda berehat.. Habis je period, aku teruskan dengan plan lain. Terus terang.. aku sangat pulun tahun lepas.. taktau lah tak sabar atau takut..

Aku nekad jumpa Doktor Adilah

28 Aug : Aku jumpa Dr Adilah. Aku cerita, terus doktor kata "Pindahkan embryos tu ke sini E (nama aku). Embryos aku tinggal 2 saja. Satu gred 1, satu gred bawah sikit.

Doktor suruh tunggu sampai 2 cycle bersih, baru mula. Sementara tu, aku berurusan dengan embryologist Hospital Pantai untuk pindahkan embryos kesayangan ku itu. sekejap je dorang pindahkan.

1 Nov : Jumpa Dr Adilah.Doktor bagi ubat, mula makan 1st day period.

5 Nov : 1st day period

21 Nov : Jumpa Dr Adilah hari ke 17 period. doktor kata lapisan endometrium mencapai ketebalan yang baik. Alhamdulillah. Allahumma Baarik..

Teruskan makan ubat dan insert ubat.
Hari yang paling mendebarkan hati bila nak kena text doktor pada 28 Nov, sebab nak tahu samada embryos kita tu boleh transfer ke tak.. maksudnya embryos kita tu menjadi blastocyst atau tidak.

28 Nov : Text doktor, berdebar tunggu doktor reply. Doktor reply 7.30 petang, "esok boleh FET, pukul 8.30 register" Alhamdullilah...

Sekian.