Friday 20 April 2012

9 Petua Doa Mustajab

Assalamualaikum

* Hasil pembacaan dari Harian Metro

9 Petua Doa Mustajab

Berikut antara 9 petua daripada Rasulullah S.A.W untuk mencapai doa mustajab:

1)   Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak”.
2)  Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir,seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepadaKU,maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripadaKu,maka Aku akan mengampuninya.
3)   Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil,orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.
4)  Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika bersujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan TuhanNya adalah ketika sujud,maka perbanyakkan doa ketika itu”.
5)   Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok,pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik,pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang itu melihat syaitan”.
6)  Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa,doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan soalt malam), solatnya akan diterima Allah”.
7)   Ata bin Abi Rabah berkata: ”Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: ”Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhi”.
8)   Hadis daripada Abu Hurairah,Rasulullah bersabda: ”Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: “Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan”.
9)   Hadis daripada Abu Hurairah: ”Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: ”Pada hari Jumaat itu ada suatu saat bila mana seorang muslim dapat menepati dalam keadaan sedang berdoa,memohon sesuatu daripada Allah,pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu”.

Insyaallah,semoga yang dipohon dimakbulkan Allah...

Wednesday 18 April 2012

UJIAN DARINYA

Assalamualaikum

Ketika Allah rindu pada hambaNYA,
Ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril
Iaitu isinya adalah ujian.
Dalam hadits qudsi Allah berfirman:

“Pergilah pada hambaKU lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana AKU ingin mendengar         rintihannya.”

(HR Thabrani dari Abu Umamah)

Tuesday 17 April 2012

MENGANTUKNYA

Assalamualaikum

Ngantuk boring
Ngantuk Boring
Ngantuk Boring

Bos ada training kat hotel... Makanya aku jadi ngantuk sebab boring. Sampai nak terlelap mata aku ni duk depan laptop.. Tapi baru lepas makan... Haishhhh mana boleh terlelap.

Aku dari dulu lagi... kalau lepas makan,selagi belum cukup 2jam...aku takkan baring atau landing2 lah.. Dah cukup 2 jam baru boleh baring. Untuk elak perut buncit. Tapi kena cukupkan 4jam baru boleh tidur... Hahahah Tapi apa kes pula aku nak baring2 kat office kan..

Aku tak ingat baca kat mana entah artikel kesihatan tu. Tapi sejak zaman sekolah lagi aku dah buat. Jadi kakak dan adik2 aku pun semua ikut. Sebab kami ni macam jaga2 badanlah kononnya. Adik2 aku dua2 lelaki tu pun sibuk nak jaga2 juga.

Yang kelakar kalau masa bulan Ramadhan lah.. Kan sahur pukul 5.. Jadi makan2 mesti pukul 5.30 baru siap semua. Jadi kalau nak baring ke tidur semula ke kena tunggu 7.30 ke atas lah. Adik2 aku kakak aku sanggup tu sandar kat dindinglah,duduk kat kerusi lah taknak baring sebab takut perut buncit. Hahah Kenkadang tu siap tertidur2,tersengguk2 sebab nak cukupkan 2 jam. Duk gagah juga taknak baring. Ap kes?? Bila tersedar tetiba tanya kat aku "dah cukup 2jam belum?"

Pastu,aku kalau rasa dagu macam nak berlapis...tidur mesti aku tak pakai bantal. Dalam 2 minggu ke aku tidurlah tanpa bantal. Adik aku kakak aku pun sangguplah tidur tak pakai bantal juga. O on betul.

Bila ingat zaman2 dulu seronok jer... Tak perlu fikir apa2.. Yang perlu fikir cuma jaga hati dan hormat mak ayah. Sekarang,macam2 pula kena fikir. Macam2 ker? TAK!! Satu je yang aku asik fikir...................... Fikir dan menanti....
Namun kehidupan sekarang juga jauh lebih baik dari dulu dan lebih tenang.

TENTANG JEN

Ceritakan tentang seorang wanita
Yang ditinggalkan kekasihnya
Dan dia menangis dalam pelukanku
Ku sadar dia bukan milikku
Dia bercerita tentang kekasihnya
Yang telah pergi meninggalkannya
Dia bercerita tentang kekasihnya
Yang telah pergi menutup mata
Kekasihnya telah pergi meninggalkan dia
Tinggal deraian air mata
Sesungguhnya ku tak rela melihatnya terluka
Jadikan aku penggantinya

HARAPAN DAN IMPIAN

Assalamualaikum

Saban hari aku menunggu dengan harapan
Saban hari aku menanti dengan impian
Saban hari aku tidak mengalah mengharap ia datang
Saban hari juga aku tidak putus memohon

Tetap masih ada duka
Duka yang dirasa kerna berasa tidak pernah mencukupi
Walhal sudah banyak impian sudah dikecapi
Bukan aku tidak kenal erti syukur
Namunku tidak terdaya untuk menipu hati
Hati yang sangat memerlukan ia datang
Memenuhi ruang kekosongan

Sabarlah hati..
Sabar tanpa mengenal putus asa dan penat
Hilangkan gundah gulana mu yang tiba setiap bulan
Pasti akan ada sinar yang akan menyuluhmu nanti
Pasti ia akan datang mengubatimu
Menerangi segenap ruang itu

Berserah kepadaNYA pasti kau temui ketenangan


Friday 13 April 2012

Adoiii... Geram Sungguh dengan Mereka ni

Assalamualaikum

Apa yang aku nak tulis ni cuma luahan hati aku je. Takdalah membabitkan sesiapa pun. Minta maaf awal2 yer. Aku geram betul dengan orang kat sini bawa kereta. Siapa yang pernah datang sini tahulah macam mana tensionnya bila kereta kita berada di belakang kereta orang sini bawa.

Aku tak fahamlah dorang ni tak tekan minyak ker? Aku rasa sampai nak cakap kat orang tu.. "Bang,akak,adik,pakcik,makcik..kaki kanan tu tekan pedal minyak boleh?" Apa taknya.. Bila aku tengok meter 20-30 km/j. Huuuu kat sini jalan sangat lengang,luas dan tak sibuklah.. Ada tu 30 pun tak sampai. Dia tak perasan ke kereta dah bersusun2 belakang kereta dia? Huuuu Berpeluh aku ni. Aku pun bawa takda lah laju mana.. Nak kata lebih 80 pun taklah.. Boleh bayangkan tak macam mana perlahannya mereka bawa.

Aku dari belakang ni tengok je apa yang dorang buat sampai susah sangat tekan minyak.. Ada tu tengah hisap rokok. Jari yang pegang rokok tu kat luar tingkap.. Memang hanging bila nampak macam ni. Ada tu tengah bertepuk bertampar dengan orang sebelah (Biasanya Makwe lah kot)... Ada tu..tertengok2 kiri kanan. Memang normal nak tengok pemandangan kat sini,tapi ingatlah sikit orang belakang ni.

Lagi satu peel orang sini. Kalau nak masuk simpang kanan yang bertentang kita. Mestilah kita ke tengah sikit sebab nak bagi laluan kan orang belakang (melainkan jalan tu sempit). Idoklah kau nak masuk kanan,tapi sebelum nak masuk tu,boleh2 stereng tu ke kiri dulu. Apa cerita. Hadoi... Pastu suka suki nak berhenti mana2 yang dia rasa nak berhenti..tanpa fikir keselamatan orang belakang.

Bas mini kat sini kebanyakannya van. Lagi satu hal... Kalau dia nak turunkan orang ke..naik kan orang ke... Boleh2 je dia berhenti kat tengah2 jalan. Sampai blok org nak keluar simpang. Tak ke pelik. Adakala bagi signal...adakala tak bagi signal,alih2 jer berhenti tetiba kat tempat yang kita tak expect langsung dia nak berhenti.. Sangat bahaya untuk orang belakang. Memang kat sini kami kalau drive sangat berhati2..

Tapi yang bagus kat sini,susah sangat nak dengar bunyi hon. Rasanya belum pernah aku dengar bunyi hon walaupun kenkadang aku tengok situasi tu perlu bagi hon. Ada satu situasi tu, Aku belakang kereta perempuan ni... Dia bawa perlahan sangat. Aku takdalah marah sebab aku boleh potong dia. Aku bagi signal nak potong tetiba entah apa yang dia nak elak aku pun taktahu dia masuk lorong aku nak potong. Masa tu jarak aku dengan dia cuma besar tapak tangan aku je rasa. Mestilah aku hon kan. Terus dia terkejut agaknya dan buat muka terkejut nak marah tak puas hati.

Apa yang aku tulis ni diakui oleh orang sini juga...

Okay..sekian,terima kasih

Thursday 12 April 2012

Hujan di Labuan

Assalamualaikum

Syoknya hujan lebat macam ni.. Alhamdulillah... Tengahari tadi sangatlah panas.. Sampai kering tekak.. Berbotol2 air aku minum... Mr.R pas sembahyang terus tidur.. Maklumlah.... Kat sini isyak pukul 7.37... Kalau tido pukul 8 pun dah normal tu... Bila Mr.R tidur... Aku boringlah... Nak makan...dah makan... Nak tidur...mata ni tak ngantuk2 lagi walaupun dah berapa kali menguap...

Minggu ni boleh kata...hari2 aku masak... Heheh Pagi aku siap bawakan bekal utk Mr.R dan aku. Tengahari balik rumah..aku grill lah daging burger ker... Goreng roti telur ke... Malam baru masak nasi... Jadi sebagai ganjaran...Mr.R nak bawa aku gi KK.. Hok alahhhh ko.. KK je pun.. Hahahah KK pun dah puas bagi aku bila duk terperap je di Labuan ni...

Makanya, esok kami akan pergi KK. Padahal Mr.R dah janji dengan kawan dia kat sana... Takpe... Yang penting sampai KK nanti,aku nak makan puas2 makanan yang tak ada di Labuan ni.. Huuuuuu

Ok dah... Mata aku dah ngantuk sangat dah.. Yuuuuuu..tak sabarnya nak tidur.... Katil empuk ku dah memanggil aku untuk beradu...

Tengok je lah gambar food aku okay...


     Mee ni aku masak masa malam ABPBH11

Masa nak masak mee ni..berkira2 nak kuey teow atau mee. Mr.R suh buat kuey teow sebab aku tak pandai goreng mee. Saar je lah.. Bila dah pusing2...tak jumpa kuey teow..yang ada cuma mee. Aku cakap kat Mr.R.... Insyallah...kalini i buat mee yang paling sedap untuk you.. Alhamdulillah... memang menjadi dan sedap untuk tekak kami... So..aku dah jumpa cara masak mee yang sedap...

                                                                 Nasi goreng untuk breakfast

Boleh kata bekal utk sarapan setiap hari nasi goreng. Tak nasi goreng nasi lemak.. Cuma tukar2 nasi goreng jelah.. Harini warna putih,esok hitam pula,pastu oren pula... Sampai aku dah tak lalu nak menggoreng nasi dah... Huuuu.. Demi suamikan...

                                                                        Ni dinner utk malam tadi

Ikan masak kicap,taugeh goreng ikan bilis dan ayam goreng.. Aku kelaparan tadi..makanya nasi aku sangat banyak... Lepas makan terus aku berlari setempat... sebabnya rasa bersalah pula pada perutku. Huuuu...

*Semoga Allah akan melindungi kita semua dari sebarang bencana buruk. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah...dan yang buruk itu datang dari kita sendiri..

Monday 9 April 2012

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011

Assalamualaikum

Selamat pagi. Aku rasa mesti ramai gila yang dah update pasal ABPBH ni kan... Banyak yang menepati tekaan tak? Hahah Tapi mesti paling koman 2 tekaan meleset kan... hihi

  1. Bintang Paling Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular - Aaron Aziz
  2. Anugerah Seri Perak - Datuk Siti Nurhaliza
  3. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Datuk Sheila Majid
  4. Pelakon Filem Wanita Popular - Maya Karin
  5. Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz AF7
  6. Penyanyi Wanita Popular  – Yuna
  7. Pelakon TV Lelaki Popular – Fizz Fairuz
  8. Pelakon TV Wanita Popular – Fasha Sandha
  9. Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular – Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah
  10. Artis Komedi Lelaki Popular – Johan Raja Lawak
  11. Artis Baru Wanita Popular - Tasha Shilla
  12. Artis Komedi Wanita Popular – Didie Alias
  13. Artis Baru Lelaki Popular – Johan Ariff As’ari
  14. Pengacara TV Lelaki Popular – Zizan Raja Lawak
  15. Pengacara TV Wanita Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular– Fara Fauzana
  16. Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail

Apa apa pun masing2 ada pandangan tersendiri kan... Majoriti yang menang aku suka... Terutamanya kemenangan FIZZ FAIRUZ... Rasanya dia memang layaklah untuk menang. Sebabnya semua drama dia berlakon memang semuanya berkesan. Kalau yang kelakar tu memang kelakar,yang jahat tu memang jahat,yang baik memang lah baik yang amat. Tapi ini anugerah popularkan... Jadi macam tak sangka pula dia menang sebabnya dia lawan dengan Aaron Aziz kan... Yang lawan untuk Anugerah TV Lelaki Popular semuanya hebat2.. Remy Ishak... Tapi bila screen tunjuk Aaron Aziz.... Aku kata comfirm lah Aaron Aziz kan...

Tetiba nama Fizz Fairuz... Nak terjerit aku... Sebab suka. Lepastu tengok pula dia yang macam "speechless",tak terkata masa terima anugerah tu... Lagi aku rasa sukanya... Nampak muka dia macam jujur gila. Hahahah Dia ada kata "Saya takda fan". Aku rasa ini penerima anugerah yang paling aku suka kot.

Untuk anugerah Artis Baru Lelaki PopularJohan Ariff As'ari tu aku cam tak perasan dia ucap apa,tapi tetiba dengar dia sebut nama Nabila Huda.

Persembahan semua macam best2 je ku rasa.. Tapi opening tu aku rasa kalau nyanyi melayu macam lagi best kot.. Entah.. Itu yang aku rasa kot.. 

Okay,Sekian Terima Kasih.

Sunday 8 April 2012

Pagi Yang Hening

Assalamualaikum

Pagi tadi bangun macam biasa. Sebab kat Labuan waktu subuh habis awal kan...Pukul 5.30 mesti dah ready sembahyang subuh... Pagi ni cuaca redup jer... Tak hujan... Panas pun  tak... Lembap lah baju harini... Tapi takpe... Cuaca macam ni buat aku sangat semangat untuk mengemas2... 

Macam biasa buat breakfast... Harini buat nasi lemak lagi... Mr.R sangat suka makan nasi lemak... Dia suka breakfast berat2. Aku pula kalau boleh nak berdiet lah kan... Tapi bila dah tahu sang suami suka makan nasi...buatlah juga.. Ke laut lah diet aku.. Takpe... Petang ni jogging... Harus lah tambah 1jam untuk buang lemak aku ni.

Dah siap masak nasi lemak,sempat lagi aku buat nasi goreng. Sebabnya malam tadi Mr.R kata nak gi mancing pukul9 tu yang aku buat nasi goreng utk bekal. Kesudahnya,Mr.R malas pula... Dia cakap cuaca macam minta dia berbaringan saja...

Lepas makan terasa badan macam dah naik 10kilo...teruslah aku mengemop rumah...lap apa yang berhabuk... Vacuum... Keluar juga lah peluk... Baru terasa badan ringan sikit. Kalau tak...sepanjang hari aku berasa bersalah pada badan ku yang makin bambam ini. Huaahuaahuaa

Ini nasi lemak kami pagi tadi... Sama jer setiap kali aku memasak. Gambar pun sama jer...



Sambal tumis: Bawang merah 10 biji,bawang putih 5 biji,belacan bakar dulu. Aku tumbuk lumat bahan2 ni. Tumis bahan tumbuk tadi,dah wangi masuk cili kering blended dalam 2 sudu makan. Bagi berminyak masuk gula 1 sudu lebih sikit,garam,asam jawa yang ready made tu. Rasa dah okay,boleh tutup api. Selalu bila ikan bilis goreng dan sambal dah sejuk sikit,aku masukkan gaul sekali. Tapi tadi dah lapar...tak dan nak tunggu sejuk. Bagi sejuk sebab nak ikan bilis tu rangup. 

Nasi lemak: 4 pot beras basmathi cuci bersih. Tumbuk bagi pecah sikit halia seketul,serai 2. Bawang merah hiris2 sikit,daun pandan 3. Masukkan semua bahan tu dalam periuk nasi,masukkan santan + air 5 pot. Tunggulah nasi masak.

Sambal tumis aku buat lebih sebab nak pakai untuk petang ni,nak goreng mee. Bekalan untuk Anugerah Bintang Popular. Hahahaha

Saat ni aku rindu mak aku yang kat KL tu... Dulu bila ada anugerah bintang popular ker,juara lagu ker,final raja lawak ker.... Mesti kitorang suruh mama goreng kuey teow ke mee ke... Buat cucur ikan bilis ker... Haaa....Rindunya...Rindu nya....

Huuuhuuuuu Sekian terima kasih.. Hahahah

Saturday 7 April 2012

Sabtu Datang Lagi

Assalamualaikum

Sekejap je rasa daaahhhh Sabtu semula... Minggu ni lagi aku rasa cepat sebabnya ada org HQ datang cari leak... Petang tadi macam biasa jogging dengan Mr.R... 15 minit dan 119 kalori yang terbakar (Tak sure lah betul ke tak). 

Tadi OT:

(Dalam kereta nak gi breakfast)
Bos : Minggu ni minggu pertama yer
Aku : Haah
Bos pandang aku
Bos : Tak dengar ker?
Aku : Dengar
Bos : Habistu kenapa takda respond???
Aku : Kan dah jawab haah tadi (#$&^%$#^)

(Aku rasa macam nak turun kereta je masa tu)

(Sampai kedai roti canai)
Tukang ambil order : Order
Bos : Roti telur 1 roti kosong 1 nescafe o ais
Tukang ambil order : Ok
Aku : Roti telur 1 milo panas
Tukang ambil order : Apa dia???? Kuat sikit Kak (tak dengar)

(Sama kurang pendengaran dengan bos aku ni) GRrrrrrr.....

Lepas jogging tadi terus aku masak untuk dinner.



Aku masak sayur kangkung goreng dengan udang lemak cili api + belimbing buluh. Haruslah makan berlemak kan... Kata tadi kalori dah terbakar 119. Huahuahua
Masamnya belimbing buluh. Sebaik lah tak bagi effect kat rasa udang dan kuah tu...

Okay.... Daaaa.....

Monday 2 April 2012

Nak Bodeklah Tuh

Assalamualaikum

Hahahah Selepas aku berkira2 untuk cancelkan masak atau keluar senyap2.... Akhirnya Mr.R temankan juga aku pergi beli halia... Bila tengok Mr.R kusyuk tengok tv dengan muka muncungnya itu... Aku pun tukar lah baju nak turun gi beli halia. Tetiba Mr.R dah ada kat belakang aku... "Haa...nak gi mana tu"
Waaa..waaa.... Tanjat boboi. Aku kata takpe,biar aku je gi kedai,dia duk je rumah...

Aku dah siap,tengok dia tengah tercari nak pakai baju apa... (Selalunya aku yang sediakan baju apa seluar apa dia pakai,bila dia yang mencari terkial2 lah) Aku tengok Mr.R terkial2 cari baju,aku terus laju2 nak turun..tinggalkan dia... Bila cari kunci keta rupanya dia dah pegang dulu sebab taknak bagi aku pergi sorang... Lastly dia teman kan jugalah aku mencari halia sejemput...

Dalam keta "Lainkali,kalau dah tahu kita ni cepat lupa...Tulis. Tengok je barang takda,tulis je terus." Sila baca dengan nada yang lembut okay.. Aku pun rasa bersalah minta lah maaf "Esok i masak nasi lemak yang sedap utk you okay..."

Balik dari kedai tu aku terus buat kan roti celup telur untuk Mr.R.. "Nak bodek I lah tuh" tahu takpe...

Dan hasilnya...

No timun semua sebab Mr.R tak suka


Pukul 5 am ok aku bangun... Huuuu.. Disebabkan aku ni sangat lambat memasak jadi aku kena ready awal pagi utk siapkan... Itupun siap pukul 6.30... Hahahah Tapi utk bekal Mr.R dikala perut kelaparan aku buatkan Roti celup telur lagi... (Memang dah ketandusan idea bah...)

Bila Mr.R makan dia tak kata apa... Dalam hati aku mesti failed... Aku pun taknak tanya sebab takut... Hahahah 10x buat 10x rasa lain.

Bila dalam kereta...

Mr.R : Paling sedap nasi lemak yang pernah I makan
Aku : Betul ke you... Betul ke.... Alhamdulillah.... (Tetiba prraakkkk.)Lalalalala

Sunday 1 April 2012

Mr.R Tarik Muka 14

Assalamualaikum

Mr.R tengah marah dengan aku nih... Huahuahua

Esok nak buat nasi lemak... Tadi gi supermarket,Mr.R dah tanya banyak kali semua cukup tak... Dengan confident lah aku jawab CUKUP....

Tadi petang gi jogging dengan Mr.R jadi bila balik rumah dia kepenatan,mood nya pun kureng lah sikit. Aku nak buat lawak o on pun tak berani lah.. Tetiba tengah duduk tengok internet,teringat HALIA takda... Huwwwaaaaaaaa.... Bagitahu Mr.R terus dia buat muka.... Haaa.....tatut aku.... Nak keluar comfirm2 dia tak bagi keluar sorang. Nak ajak dia,dia mesti penat... Huwwwaaaaa.....

Aku takuttttt... Hahahahahah