Monday, 9 April 2012

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011

Assalamualaikum

Selamat pagi. Aku rasa mesti ramai gila yang dah update pasal ABPBH ni kan... Banyak yang menepati tekaan tak? Hahah Tapi mesti paling koman 2 tekaan meleset kan... hihi

  1. Bintang Paling Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular - Aaron Aziz
  2. Anugerah Seri Perak - Datuk Siti Nurhaliza
  3. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Datuk Sheila Majid
  4. Pelakon Filem Wanita Popular - Maya Karin
  5. Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz AF7
  6. Penyanyi Wanita Popular  – Yuna
  7. Pelakon TV Lelaki Popular – Fizz Fairuz
  8. Pelakon TV Wanita Popular – Fasha Sandha
  9. Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular – Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah
  10. Artis Komedi Lelaki Popular – Johan Raja Lawak
  11. Artis Baru Wanita Popular - Tasha Shilla
  12. Artis Komedi Wanita Popular – Didie Alias
  13. Artis Baru Lelaki Popular – Johan Ariff As’ari
  14. Pengacara TV Lelaki Popular – Zizan Raja Lawak
  15. Pengacara TV Wanita Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular– Fara Fauzana
  16. Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail

Apa apa pun masing2 ada pandangan tersendiri kan... Majoriti yang menang aku suka... Terutamanya kemenangan FIZZ FAIRUZ... Rasanya dia memang layaklah untuk menang. Sebabnya semua drama dia berlakon memang semuanya berkesan. Kalau yang kelakar tu memang kelakar,yang jahat tu memang jahat,yang baik memang lah baik yang amat. Tapi ini anugerah popularkan... Jadi macam tak sangka pula dia menang sebabnya dia lawan dengan Aaron Aziz kan... Yang lawan untuk Anugerah TV Lelaki Popular semuanya hebat2.. Remy Ishak... Tapi bila screen tunjuk Aaron Aziz.... Aku kata comfirm lah Aaron Aziz kan...

Tetiba nama Fizz Fairuz... Nak terjerit aku... Sebab suka. Lepastu tengok pula dia yang macam "speechless",tak terkata masa terima anugerah tu... Lagi aku rasa sukanya... Nampak muka dia macam jujur gila. Hahahah Dia ada kata "Saya takda fan". Aku rasa ini penerima anugerah yang paling aku suka kot.

Untuk anugerah Artis Baru Lelaki PopularJohan Ariff As'ari tu aku cam tak perasan dia ucap apa,tapi tetiba dengar dia sebut nama Nabila Huda.

Persembahan semua macam best2 je ku rasa.. Tapi opening tu aku rasa kalau nyanyi melayu macam lagi best kot.. Entah.. Itu yang aku rasa kot.. 

Okay,Sekian Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment