Friday, 13 April 2012

Adoiii... Geram Sungguh dengan Mereka ni

Assalamualaikum

Apa yang aku nak tulis ni cuma luahan hati aku je. Takdalah membabitkan sesiapa pun. Minta maaf awal2 yer. Aku geram betul dengan orang kat sini bawa kereta. Siapa yang pernah datang sini tahulah macam mana tensionnya bila kereta kita berada di belakang kereta orang sini bawa.

Aku tak fahamlah dorang ni tak tekan minyak ker? Aku rasa sampai nak cakap kat orang tu.. "Bang,akak,adik,pakcik,makcik..kaki kanan tu tekan pedal minyak boleh?" Apa taknya.. Bila aku tengok meter 20-30 km/j. Huuuu kat sini jalan sangat lengang,luas dan tak sibuklah.. Ada tu 30 pun tak sampai. Dia tak perasan ke kereta dah bersusun2 belakang kereta dia? Huuuu Berpeluh aku ni. Aku pun bawa takda lah laju mana.. Nak kata lebih 80 pun taklah.. Boleh bayangkan tak macam mana perlahannya mereka bawa.

Aku dari belakang ni tengok je apa yang dorang buat sampai susah sangat tekan minyak.. Ada tu tengah hisap rokok. Jari yang pegang rokok tu kat luar tingkap.. Memang hanging bila nampak macam ni. Ada tu tengah bertepuk bertampar dengan orang sebelah (Biasanya Makwe lah kot)... Ada tu..tertengok2 kiri kanan. Memang normal nak tengok pemandangan kat sini,tapi ingatlah sikit orang belakang ni.

Lagi satu peel orang sini. Kalau nak masuk simpang kanan yang bertentang kita. Mestilah kita ke tengah sikit sebab nak bagi laluan kan orang belakang (melainkan jalan tu sempit). Idoklah kau nak masuk kanan,tapi sebelum nak masuk tu,boleh2 stereng tu ke kiri dulu. Apa cerita. Hadoi... Pastu suka suki nak berhenti mana2 yang dia rasa nak berhenti..tanpa fikir keselamatan orang belakang.

Bas mini kat sini kebanyakannya van. Lagi satu hal... Kalau dia nak turunkan orang ke..naik kan orang ke... Boleh2 je dia berhenti kat tengah2 jalan. Sampai blok org nak keluar simpang. Tak ke pelik. Adakala bagi signal...adakala tak bagi signal,alih2 jer berhenti tetiba kat tempat yang kita tak expect langsung dia nak berhenti.. Sangat bahaya untuk orang belakang. Memang kat sini kami kalau drive sangat berhati2..

Tapi yang bagus kat sini,susah sangat nak dengar bunyi hon. Rasanya belum pernah aku dengar bunyi hon walaupun kenkadang aku tengok situasi tu perlu bagi hon. Ada satu situasi tu, Aku belakang kereta perempuan ni... Dia bawa perlahan sangat. Aku takdalah marah sebab aku boleh potong dia. Aku bagi signal nak potong tetiba entah apa yang dia nak elak aku pun taktahu dia masuk lorong aku nak potong. Masa tu jarak aku dengan dia cuma besar tapak tangan aku je rasa. Mestilah aku hon kan. Terus dia terkejut agaknya dan buat muka terkejut nak marah tak puas hati.

Apa yang aku tulis ni diakui oleh orang sini juga...

Okay..sekian,terima kasih

No comments:

Post a Comment