Sunday, 8 April 2012

Pagi Yang Hening

Assalamualaikum

Pagi tadi bangun macam biasa. Sebab kat Labuan waktu subuh habis awal kan...Pukul 5.30 mesti dah ready sembahyang subuh... Pagi ni cuaca redup jer... Tak hujan... Panas pun  tak... Lembap lah baju harini... Tapi takpe... Cuaca macam ni buat aku sangat semangat untuk mengemas2... 

Macam biasa buat breakfast... Harini buat nasi lemak lagi... Mr.R sangat suka makan nasi lemak... Dia suka breakfast berat2. Aku pula kalau boleh nak berdiet lah kan... Tapi bila dah tahu sang suami suka makan nasi...buatlah juga.. Ke laut lah diet aku.. Takpe... Petang ni jogging... Harus lah tambah 1jam untuk buang lemak aku ni.

Dah siap masak nasi lemak,sempat lagi aku buat nasi goreng. Sebabnya malam tadi Mr.R kata nak gi mancing pukul9 tu yang aku buat nasi goreng utk bekal. Kesudahnya,Mr.R malas pula... Dia cakap cuaca macam minta dia berbaringan saja...

Lepas makan terasa badan macam dah naik 10kilo...teruslah aku mengemop rumah...lap apa yang berhabuk... Vacuum... Keluar juga lah peluk... Baru terasa badan ringan sikit. Kalau tak...sepanjang hari aku berasa bersalah pada badan ku yang makin bambam ini. Huaahuaahuaa

Ini nasi lemak kami pagi tadi... Sama jer setiap kali aku memasak. Gambar pun sama jer...



Sambal tumis: Bawang merah 10 biji,bawang putih 5 biji,belacan bakar dulu. Aku tumbuk lumat bahan2 ni. Tumis bahan tumbuk tadi,dah wangi masuk cili kering blended dalam 2 sudu makan. Bagi berminyak masuk gula 1 sudu lebih sikit,garam,asam jawa yang ready made tu. Rasa dah okay,boleh tutup api. Selalu bila ikan bilis goreng dan sambal dah sejuk sikit,aku masukkan gaul sekali. Tapi tadi dah lapar...tak dan nak tunggu sejuk. Bagi sejuk sebab nak ikan bilis tu rangup. 

Nasi lemak: 4 pot beras basmathi cuci bersih. Tumbuk bagi pecah sikit halia seketul,serai 2. Bawang merah hiris2 sikit,daun pandan 3. Masukkan semua bahan tu dalam periuk nasi,masukkan santan + air 5 pot. Tunggulah nasi masak.

Sambal tumis aku buat lebih sebab nak pakai untuk petang ni,nak goreng mee. Bekalan untuk Anugerah Bintang Popular. Hahahaha

Saat ni aku rindu mak aku yang kat KL tu... Dulu bila ada anugerah bintang popular ker,juara lagu ker,final raja lawak ker.... Mesti kitorang suruh mama goreng kuey teow ke mee ke... Buat cucur ikan bilis ker... Haaa....Rindunya...Rindu nya....

Huuuhuuuuu Sekian terima kasih.. Hahahah

No comments:

Post a Comment