Thursday, 21 May 2015

Being yourself or pretend?

Assalamualaikum

Aku baca status kawan aku. "Being yourself. That is happiness. If others dont like it,let them be. Short is life. We cannot pleasure everyone"

Kadang-kadang memang kita patut jadi diri sendiri. Tak perlu lakonan semata-mata nak tunjuk baik utk org suka kita.

Tapi aku ada pandangan aku sendiri. Aku sendiri taktahu apa diri aku sendiri. Kalau kat office, org minta aku buat kerja,aku buat. Tambah lagi sorang suruh aku buat,aku buat. Aku tak pernah mengelak atau bagi alasan. Cuma,aku akan kata aku kena buat yang urgent dulu. Even kerja tu bukan skop kerja. Aku tak kisah.

Tapi untuk sesetengah org di office aku lah(dari pemerhatian aku lah) bila kerja tu bukan skop kerja dia, dengan lantang je dia bersuara bukan kerja saya. Tambah lagi kalau yg suruh gaji lagi tinggi dari dia. Dengki? Aku pun tak sure. Dia kata jadi diri sendiri. Kalau tak suka,cakap tak suka. Tapi lepas korang cakap macamtu kau rasa lega ke? 

Aku kalau terkata benda2 yg aku rasa menyinggung hati org, sampai ke malam aku akan rasa susah hati dan menyesal. Walaupun aku rasa benda yg aku cakap tu memang betul dan disetujui oleh org lain.

Jadi, aku berpendapat, lebih baik aku buat2 suka je walaupun sebenarnya aku tak suka daripada aku menyakitkan hati org lain. At least aku belajar benda baru kalau itu bukan skop kerja aku. Tak rugi pun. Kalau ada org tanya kat kau,semua benda kau tahu.

Ambil kesempatan? Aku tahu, bila kita selalu menerima, tak pernah menolak, yes 24jam..org akan ambil kesempatan. Lagi teruk lagi kalau kerja tu kau yang buat tapi sikit pun org tu tak credit kau. Siap cakap kat bos,dia pula buat sendiri. Langsung tak sebut nama kau. Lastly kita bengang,panas telinga bila dengar bos puji budak yg bagi kerja tu kat kau.

Saja tanya pendapat Pak Mail. Aku kata saaakiittt je hati.. Sampai rasa lepasni kau bagi aku kerja,aku akan TOLAK! Pak Mail kata apa nak disakitkan hati sgt. Buat taktahu sudah. Sakit hati tu sekejap je nak berbanding kalau kita TOLAK,kita dgn org tu akan gaduh lama. Lebih baik,kita terima saja sampai satu masa TUHAN pasti balas. Tuhan kan ada. Apa yg nak dirisaukan... 

Hahahah panjang lebar aku bersyarah.



Friday, 13 March 2015

5 Bulan Selepas Operation

Assalamualaikum

Lamanya tak menulis. Pejam celik pejam celik dah 5 bulan lepas operation. okay semua bertenang ya. Saya belum pregnant. (tarik nafas panjang2 hembus kuat2..)

Mengeluh? Dah tak larat nak mengeluh.. Ikut saja arah dan langkah.

Doktor pun aku dah tak jumpa. Last jumpa bulan Februari haritu, doktor dah cakap jumpa semula bila dah bersedia nak buat sperm test. So,kalau dah bersedia call/mesej dia bila2 masa sahaja, dia akan set kan temujanji. So selagi tak test, tak perlu jumpa. Tapiii...sampai sekarang tak sedia lagi. Doktor ada tanya tak sedia utk test atau tak sedia utk dapat baby? "tak sedia buat test"

Itulah last conversation tajuk ni.. Noktah.

Takpelah ada hikmah kot...

Sekian