Saturday 22 November 2014

Keputusan dari Operation

Assalam

Jumpa prof tadi. Follow up lepas operation haritu. 

Alhamdulillah.
Result ok. Doc kata masa buat teropong tu,sikiiitt lagi nak kena usus. Sebaik doc kata doc buat pelan2. Aku pun tak pasti kenapa usus aku dekat sgt dengan tempat jahitan dulu. Jadi kat situlah yang melekat banyak.

Review dari operation haritu, takda endometriosis dan tiada cyst. Alhamdulillah.
Yang banyak melekat bekas operation masa ectopic dulu. tapi bahagian tiub semua doc kata ok. Dulukan aku kena bedah kat perut sejengkal juga. Haa..bawah sejengkal tu lah banyak melekat dan lekatan tu dekat dgn usus..

Main point masa jumpa doc haritu, doc minta sang kumbang untuk buat test sperm. Ya,aku dah sejauh ini tapi sang kumbang masih belum check. sebabnya doc kata utk pihak aku ok. Kalau di pihak kumbang tiada apa2 masalah doc suggest buat iui selepas 3 bulan percubaan sendiri. Tapi kalau ada masalah ada ubatnya. Yang penting buat dulu test baru boleh bincang apa seterusnya. Sebab kalau terus buat iui pun kalau time nak ambil sperm ada masalah,doc cantik kata buat rugi je..

Si kumbang ku taknak buat test. Aku pula takut untuk memaksa. Prof kata buat dlm masa 3 bulan ni, jadi segala masalah kita dpt perbetulkan. kalau test semua positif,doc bg pilihan utk tunggu boleh tapi buat iui lagi bagus. sebab doc dah buang semua lekat2 kat usus aku ni. jadi,kalau terus buat iui mungkin result tu positif sikit. (tapi..semua pun bergantung kepada kehendak Allah. Doc bg pandangan dari sudut perubatan)

cuma sekarang aku dlm delima.. itu je.. Nak dipaksa takut dikata aku menunding jari.. Tak dipaksa,aku dah tak mampu nak menempuh lagi..
Tak mampu rasa nak bertegas sebab aku kalah dengan kebaikan yang ada pada kumbangku itu.. 

Doc macam cakap,kalau test tak buat,macam mana nak buat iui semua.

Sabarlah hati
(tuhan,ampunkan aku atas luahan ini)

Thursday 6 November 2014

Dugaan Dan Cubaan

Assalam

Macam mana lah agaknya aku nak hadapi 2,3 hari akan datang ni.
Aku baru lepas operate, kakak aku pun bakal operate harini, jadi kami akan sama2 dalam keadaan kurang sihat.
Tapi yang bezanya kakak aku operate ada baby sebelah
Aku operate sebab..... 
Dugaan... Cubaan..
Betul2 Tuhan uji kekuatan aku sekarang..
Tak dapat bayangkan bila ramai yang melawat.. Hmppp...
Jeles? bohonglah kalau aku kata tak jeles langsung. Tapi tidaklah sampai dengki..
Aku dah siap pesan kat family aku. Kalau org melawat jgn cakap aku pun baru lepas operate.. Aku taknak.
Boleh tak nanti kalau org melawat nanti aku tak keluar bilik? Boleh tak? Huuu bolehlah.. 
Taktahu nak meluah kat sapa.. 
Astagfirullah.. Tak baiknya...

Monday 3 November 2014

Laparoscopic

Assalam

Ok aku dah selamat keluar ward. Kalini operation berdebar sikit sebab plan. Kalau dulu emergency. Jadi tak sempat fikir apa2 pun. terus kena tolak masuk dlm bilik bedah.

Selama ini,aku follow up dgn Dr. Adilah. Tahun 2012 aku buat hsg clear. tetiba tahun ni repeat,cecair tu ada sangkut sana sini. cuma dia tak sangkut dlm tiub. (kalau aku tak salah lah) 
Jadi doc syak aku ada endometriosis. Dari scan. sebab kalau operate baru kita boleh bgtahu masalah sebenar semua.

Bincang punya bincang dgn doktor plus aku takda insurans semua. company husband kalau bab peranakan tak boleh claim, jadi doc suggest aku buat dgn Prof Hata di HUKM. Aku kata aku tak kisah janji doc kata ok,aku ok. Sebab aku tahu doc lagi tahu kerja beliau.

So,27hb aku pergi HUKM. Prof scan nampak usus aku something wrong sikit. Plus ada lekat tempat lain dan cyst kecil. Tapi prof takda bgtau bahaya atau tidak. (Tapi sebenarnya aku yang tak tanya) Jd doc bg penerangan kemungkinan besar aku tak dpt buat melalui teropong saja. kena buka besar. sebab masalah usus tu melekat2. Plus history aku sebelum ni pun doc kat labuan tak dapat buat laps tersebut sebab usus aku.

31hb operate.
Prof tanya kalau tiub rosak dan tak berfungsi nak prof buang terus ke mcm mana. Aku kata Taknak. Biarlah dia rosak janji dia tak dibuang. Prof kata ok. tapi prof bukan main buang je. dia akan check sehabis2nya. Aku yg gelabah sgt.

Seperti jangkaan prof,tak lepas buat laps. Jadi kena belah besar juga. tempat yg sama aku operate dulu. Alhamdulillah. Sebab semuanya berjalan lancar. 

Lepas operate aku sedih. Sampai nyorokkan muka dalam selimut. Sebabnya sampai tahap ini dugaan aku lalui. Dan aku sendiri tak percaya aku kuat sampai macam ni sekali. nurse tanya sakit ke sebab tengok aku sedih. Aku geleng je.. Mesti nurse tu nyampah tengok aku.. heheh tapi itulah sapa yg sama2 bot dgn aku je faham perasaan masa tu kan..

Esok prof dtg jumpa. Dia kata memang usus dan bahagian sebelah kanan aku melekat banyak sgt disebabkan operation dulu. and yang terkejutnya prof kata cari ependiks tak jumpa. prof tanya doc dulu ada buang ke? aku taktahu.. sebabnya doc dulu takda bg report apapun kat aku.

Alhamdulillah prof kata bahagian tiub semua semua elok dan cantik.. Sepatutnya takda masalah apa2 utk pregnant. Tapi semua tu rezeki dari Allah. Jadi,kita usaha dan tawakal.
Ops..prof baikkk sgt2. Nak cakap apapun senang. Tapi sebab aku ni gelabah lebih. jadi banyak benda aku taktanya. Tapi takpe 2 minggu lagi jumpa semula,nak tengok keputusan operation semua. Harap2 keputusan baik2 saja. 

So cuti 42 hari termasuk operate haritu. Kat HUKM aku dpt ward baldu 5. Ward tu aku sorang2 je. Sebelum masuk nurse dah call aku tanya nak ward kongsi toilet ke tak. Jadi dah ada rezeki beza dalam rm30 saja satu malam jadi aku pilih ward tak berkongsi. Jadi bilik tu aku sorang2 je lah siap dgn tv. Lagipun mr.r teman aku tido sana,jadi dia selesa sikit. Sebab mr.r ni pemalu byk.

Kos?
Nanti aku update next entry ok.

Sunday 26 October 2014

Satu Lagi Langkah

Assalam

Harini satu lagi langkah ttc aku. Harap semuanya berjalan dengan baik dan diberkatilah.
Takut bercampur teruja.. takut sebab aku dapat bayangkan macam keadaan tu nanti. teruja sebab aku harap ini adalah langkah yang betul dan terbaik Tuhan beri pada aku.

Aminnn..
Ok itu sahaja. Assalam

Friday 10 January 2014

Special Day To Me

Assalamualaikum

Happy Birthday To You
Happy birthday To You
Happy Birthday To Elina
Happy birthday To You

Ok. Tepuk tangan ramai2. Hahahah