Monday 30 January 2012

Sotong Masak Hitam


 Assalamualaikum

Adoiii...harini aku dan Mr.R kesakitan perut. Makan kuewteow aku kah?? Tapi sakit sampai pagi ni... Perut macam panas saja...

Siapa tengok Juara Lagu yang ke-26 malam tadi??? Adakah pemenang menepati ramalan anda??? Aku dengan Mr.R kena jawab YA!!!! Heheh Sebabnya kami memang minat sangat dengan lagu Awan Nano tu. Tapi dalam minat2 baru ku tahu itu lagu Dato' M.Nasir... Jadi memang tidak hairan lah lirik lagu itu best... Dan semalam jugalah baruku tahu makna sebenar tajuk lagu itu -AWAN NANO-

                                                           Gambar ehsan dari Harian Metro

Bila diumumkan pemenangnya Hafiz... Aku dengan Mr.R terus Yayyyy... Hahahh Inilah first time kami tengok acara di televisyen sampai habis bersama.. Selalunya kalau ada tv show, baru start pun aku boleh terlena.

Yang kelakarnya semalam, aku kata nanti tengok Juara Lagu bolehlah sambil makan sosej dan daging burger... Pukul 8.45 aku pun pergilah menggrill sosej daging burger dan nugget yang tak sedap tu.. Pukul 9.05 minit macamtu dah siap.. Masatu Dato Sheila Majid tengah menyanyi... Lepas iklan jer...Mr.R gelak.. Rupanya belum sempat satu lagu pun,sosej semua dah habis aku makan... Hahah

                                     

Dinner semalam aku masak lauk yang Mr.R suka sangat. Sotong masak hitam. Sebelum kahwin,aku belum pernah dan tak pernah terfikir makan dakwat sotong tu. Selalu kat rumah aku,kalau siang sotong sekali kulit2 dia kami bersihkan. Dan dakwat sotong tu memang wajib kami buanglah. Memang tak pernahlah ada menu dakwat sotong mak aku hidangkan. Selepas kahwin,kakak ipar aku bagitahu Mr.R suka makan sotong masak hitam. Aku ingatkan masak kicap ke,rupanya masak pakai dakwat sotong tu.

                                   

Dan sekarang aku pula yang suka sebabnya macam sedap dan berselera dan yang paling penting sangat senang. Sepatutnya warna kuah sotong tu hitam legam lagi. Tapi sebab sotong 2 ekor sahaja yang aku guna,kuranglah warna hitamnya itu. Menu ni tak perlu pakai minyak, itu yang aku suka. Aku lawankan dengan sayur baby sawi with garlic.

                                


Bahan-Bahan:
1) Sotong (Kalau yang kecil2 lagi bagus sebabnya banyak dakwat)
2) Bawang merah 2 biji Hiris
3) Bawang putih 2 biji Hiris
4) Serai satu Tumbuk
5) Daun Limau Purut 4 Helai
6) Asam Keping 1

Cara-cara:
1) Sediakan air dan masukkan semua bahan kecuali sotong,asam keping dan garam. Biar didih
2) Bila hampir didih,masukkan sotong,asam keping dan garam sikit.
3) Agak2 sotong dah masak (jangan lama sangat) sambil itu perasakan dan tutup api.

Baby Sawi dengan Garlic
1) Tumbuk bawang putih (orang kata lagi banyak lagi sedap. Tapi jgn lah banyak sangatkan).
2) Tumis bawang putih sampai naik bau,tambah air sikit dan garam biar didih sekejap dan masukkan sayur.
3) Dah perasakan angkat,jangan lama sangat takut layu lah pula.

Sunday 29 January 2012

KuewTeow Goreng

Assalamualaikum...

Lamanya tidak update blog... Mood kurang baik sikit... Tapi sekarang dah okay... Tak gitu Mr.R... =)
Tengah menaip,terpandang tangan di keyboard... Ohhhh tidak!!! Kenapa tanganku makin hitam ni.... Adoi... sudahlah nak balik KL Sabtu ni.... KL? Wah... hati berbunga riang gitu... Sabtu ini sehingga 9hbFeb kami akan balik KL... Ada kenduri kat Kelantan... Yer...My husband cucu Kelantan... Sepupu Mr.R kahwin... Inilah first time lepas kahwin,aku balik kampung Mr.R... Apalah agaknya jadi kat sana yer... Mesti akan ada yang bertanya soalan yang tidak best untuk aku jawab... Hahahah... Akan ku berkepit sahaja dengan suamiku sebab aku ni tak pandai bergaul sangat... Erh,ye ke...? =)


Pagi tadi merangkap lunch aku buat kuewteow goreng... Aku keluarkan sotong udang semua pun dah lewat... Pukul 10 barulah aku start masak.. Aku pula jenisnya masak tersangatlah lambat... Kalau aku masak cepat2,mesti rasanya ada je yang terkurang... Kena masak dengan penuh cermat dan perasaan, baru hasilnya sedap... Mr.R suka sangat dengan kuewteow... Dulu sebelum kahwin,pernah sekali mak aku masakkan kuewteow ni untuk dia... Start tu lah dia jatuh cinta dengan kuewteow goreng... Sebaiklah aku masak ada juga lah sipi2 macam mak aku masak...




Tadi makan kuewteow ni dengan nugget ikan yang ada seaweed... Nugget tu sangat tak sedap... Mr.R lah yang nak sangat nugget tu... Beli jugalah... Bila goreng tadi, isi dalam dia macam terkeluar dari salutan serbuk roti dia... Tapi kena makan jugalah... Nak goreng telur macam baru sangat makan telur... Huhuh... Aku pula belum pernah pecahkan telur masa goreng mee,kuewteow atau bihun... Sebab tak pandai nak agak masa bila nak gaul tu... Boleh pula macam tu... Tapi bila tengok orang lain goreng mee semua pecahkan telur sangatlah berselera...



Ini resepi dari mak aku... Kami adik beradik kalau balik rumah,mesti nak mak aku goreng kuewteow... Entahlah...kami suka kuewteow yang digoreng mak aku ni... Memang sedap... Tapi malangnya air tanganku tak sama dengan air tangan bondaku... =) Yang aku perasan,kebanyakan orang goreng kuewteow tak guna ikan bilis... Tapi bondaku guna ikan bilis... Mungkin itu rahsianya kot...

Bahan-bahan:
Kuewteow 1 bungkus
Sotong,Udang
Cili Kering 10 batang rebus*
Bawang besar yang sederhana 2 Biji*
Bawang putih 2 ulas*
Ikan bilis (segenggam)* *Semua dikisar bersama
Taugeh,Kucai
Kicap masin
Garam

Cara-Cara:
1) Tumiskan bahan yang diblend sampai masak atau pecah minyak
2) Masukkan makanan laut anda. Kalau ada kerang lagi sedap. Gaul sekejap.
3) Masukkan garam dan kicap. Perasakan. Masinkan sikit sebab nanti dah masukkan taugeh dan kuewteow akan jadi tawar. Kalau dah sedap teruskan langkah seterusnya.
4) Masukkan daun kucai/sawi dahulu. Gaul
5) Masukkan kuewteow dan taugeh sekali. Gaul bagi rata. Rasa dulu. Kurang confident, jeritlah macam aku "Abang......tolong rasakan sedap ke tak!!"

Wednesday 18 January 2012

Memancing

Ini cerita Sabtu Ahad yang lepas... Baru nak update,sebabnya tak sempat... Padahal takda lah buat kerja apa pun... Sabtu tu,keja... Lepas keja tetiba Mr.R ajak gi memancing. Dia memang suka sangatlah memancing ni.. Aku takda lah minat sangat pun. Tapi nak mengisi masa lapang boleh juga. Dapat juga mengeratkan hubungan wife&husband... Heheh...

Kami tengok dulu air pasang ke surut.. Bila tengok surut,Mr.R ajak gi lepas Zohor. Selepas Zohor,dalam pukul 1 macam tu kami pergi memancing bawah jambatan. Suka pancing bawah jambatan sebabnya tenang jer...walaupun pemandangan kurang cantik... Ramai orang juga haritu.. Yang pergi satu family pun ada.. Tapi kebanyakan bersama kawan-kawan.. Tempat selalu kami dah ada orang,jadi terpaksa lah memancing kat tempat yang Mr.R kata kurang ikan.


Tengok macam redup je cuaca kan... Tapi sebenarnya,panas terik sangat... Mr.R yang pasang semua pancing. Aku duduk tepi pegang payung saja. Pernah Mr.R ajar aku cara nak baling pancing tu. Tapi malangnya aku sangat tak pandai. Siap tersangkut2 lagi kat wayar elektrik. Start tu sampai sekarang aku tak pernah pegang pancing.

 Tenang je aku duduk kat sini.


 Cantiknya nikmat Allah...


Memancing ni kena bersabar.. Kalau orang jenis macam aku ni,memang tak boleh tahan lah... Mr.R sangat penyabar orang nya.. Aku asik tanya bila nak dapat ikan ni... Dia lak asik kata sabar lah... Memancing ni saja2 je.. Bukan nya nak sangat dapat ikan...

Mr.R punya penyabar,lastly dapat lah juga seekor ikan. Taktau pula ikan apa.. Mr.R pula jenis dapat ikan,campak balik kat laut. Aku suh simpan dulu,nanti dah last nak ambil gambar berapa ekor dah dapat. Dia cakap kesian... ho alah...abe ni...



Petang awal juga Mr.R ajak balik. Sebabnya dia kata tak ada feel pancing kat sini.. Dah dekat 2 jam baru perasan tak ada feel?? Hmmmpp... Sebelum balik tu singgah kedai pancing kat Bandar Labuan. Mr.R nak beli pancing untuk anak ikan. Aku tunggu je lah kat kerusi yang disediakan.. Bayangkan aku tunggu Mr.R dari pukul 3.50 petang sampai pukul 5.30 dia tak siap2 memilih lagi... aku taktau lah apa yang dibeleknya husband aku ni... Dah pegang pancing tu,pegang punya pegang... Dia rasa tak best kot, dia letak balik... Entah berapa kali dia pegang letak agaknya...

Kesudahnya nak dekat pukul 6 juga lah dia duduk kat dalam kedai tu.. Aku pun siap boleh tamatkan satu game action... hmmmpp.... Dah dekat pukul 6,nak balik rumah sembahyang memang tak sempat lah. Jadi singgah kat Surau kat bandar... Mr.R panggil surau Pakistan. Sebabnya ramai orang ala2 pakistan kat situ...  Sebelum balik,kami makan KFC dulu pakai kupon yang Mr.R dapat dari petronas..






Monday 16 January 2012

Aktiviti Kami

Assalamualaikum....
Lamanya aku rasa tak update blog ni.. Last update Mr.R wish aku kan.. Pastu sibuk sikit.. Takda lah sibuk manapun sebenarnya... Kat umah aku ni ada 1 laptop dan 1 desktop... Laptop tu Mr.R punya dari zaman dia bujang lagi.. Desktop tu kitorang share beli kat Labuan ni... Dulu duk berebut nak pakai laptop.. Sekarang dah ada desktop,berebut juga.. Masing2 nak guna desktop taknak laptop tu.. Selalunya Mr.R lah yang conquer. Hahah

First entry ni pasal birthday aku... Saja lah tulis entry ni untuk kenangan. Kot2 anak2 aku boleh baca nanti.. Amiinnn.....


Haa...kat atas ni kek Mr.R beli kan sempena birthday aku... Aku teringin sangat nak buat kek sendiri... Tapi kehidupan kat sini sangat terhad... Kalau aku memang terus menetap kat sini,memang aku dah beli perlahan-lahan alatan dapur semua... Tapi sebab bila2 masa jer Mr.R boleh transfer semula ke KL. Jadi terpaksalah ditangguh dulu untuk beli kitchen gadget... Nanti masalah pula nak mengangkut semua. Kek ni Mr.R beli petang birthday aku.. surprise juga.. Hahah.. Sebenarnya ni bukan kek. Ni macam ala-ala brownies.. Sedap sangat.. Thank You darling.

      Suka tengok kawasan nelayan ni.. Selalu pagi2 siapa rajin datang sini bawa plastik sendiri,boleh dapat ikan murah.

Seperti yang dipelawa oleh Mr.R dalam kad yang dia bagi kat aku malam tu,pukul 6.45 (lepas magrib) Mr.R belanja aku kat "Grand Dorsett Hotel". Sekali sekala bila birthday Mr.R belanja kat sini okaylah. Kalau selalu memang taklah.. Masa tu theme nya ialah 'Ocean Treasures Night'. Nak kata sedap,hmmpp...boleh lar... Mungkin aku pernah rasa theme yang lagi sedap kot. Masa office Mr.R ada buat makan2 theme dia ala2 Arab. Bila ocean ni,serba serbi lah makanan laut je kan. Mr.R memang gila seafood. Jadi,dia sangat suka. Dalam aku tak suka tak suka ni,macam biasa,memang aku lah makan lagi banyak dari Mr.R. Hihi

Aku dapat capture satu gambar jer.. Tu pun tak bape cantik sebab pakai hp. Takkan nak bawa camera kan.. Mr.R cakap,jangan ambil gambar,nanti kena halau. Pandai2 jer dia. Terus aku takut. Hahah Yang best aku dengan Mr.R ni...kami akan wish "happy birthday" sampai tepat pukul 12 malam hari esoknya.. Hahah

Habis sudah birthday aku.. Umur aku pun dah bertambah... Semoga dikurniakan anak dan Semoga amalan semakin bertambah untuk alam yang hakiki...

Wednesday 11 January 2012

Keria Ungu

Assalamualaikum...

Semalam aku puasa lagi. Harini pun aku puasa lagi.. Bila puasa ni,teringin la nak makan nya macam2. Takda lah macam2 sangat pun. Haritu buat mee bandung. Guna ubi keledek. Beli 2 biji,pakainya setengah biji jer. (Aku dah cari satu Labuan,tapi tak jumpa2 pula keledek oren. Jadi dengan berat hatilah aku beli keledek ungu ni). Sebabnya keledek tu warna ungu,jadi letak sikit jer lah dalam kuah mee bandung tu sebab takut kuah jadi warna ungu lak. Hahah. Ada sebiji lagi ni,tanya Mr.R suka tak keria. Dia kata memang kegemaran dia lah. Jadi aku pun buat lah keria.

Sepanjang umur aku 26 tahun ni,inilah pertama kali aku buat kuih!!! Hahahh. Selalu memang mak aku je lah yang buat. Aku tengok jer lah.. Boleh lah ingat sikit2. Tapi sebab keledek ungu,hasilnya pun pelik sikit. Tapi untuk percubaan pertama,kira okaylah juga. Lepas ni boleh lah try kuih lain lak..

Meh tengok resepinya..





Bahan-Bahan:
Keledek (Warna oren lagi bagus)
Tepung Gandum
Garam

Untuk Sira Keria:
Air
Gula

Cara-Cara:
1. Rebus keledek sampai empuk. Kemudian lenyek2 kan sampai hancur.
2. Campur tepung dan secubit garam. Tepung saya campur sikit2 sampai doh tak melekat di jari dan boleh di buat bulat2. Tu taktau nak bagitahu sukatannya.
3. Bila dah buat bulat2,penyet sikit dan buat lubang tengah2.
4. Panas minyak dan goreng sampai nampak ada kuning sikit. Takda lah lama sangat goreng ni.
5. Ketepikan dan biar sejuk
6. Untuk sira,masuk kan gula dalam kuali dan sedikit sahaja air(dalam 2,3 sudu makan) dalam kuali.
7. Kacau sampai larut dan masukkan keria tadi. Tutup api terus kacau sebab gula tu mengeras. Gaul sampai salut sepenuhnya pada keria.

Tuesday 10 January 2012

Jenahak Sweet Sour

Aku pelik lah. Harini 10 January. Tapi asal date kat page aku ni 9 January lak. Adoi... belum pandai nak godek2 lagi blog ni. Nanti aku suh Mr.R betul kan. Malam tadi punya dinner (9January) merangkap menu buka puasa aku ialah Jenahak Sweet Sour. Aku ikut resepi turun menurun mak aku. Masa masak tu aku doa2 je lah..harap2nya sedap lah. Mengagak2 je aku nak bubuh sos semua. Bila makan...Mr.R buat thumbs up. Maksudnya sedaplah tu.. Mr.R ni kalau bab makan cerewet sikit. Kalau aku masak rasa pelik sikit memang jujurlah dia kritik. So bila dia puji sedap,memang sedap lah tu. Aku rasa pun boleh tahan sedap juga lah. Kalau mak aku rasa ni,mesti mak aku kata aku beli kedai. Hahahh

Ikan yang aku beli ni besar gila yang amat. Nak perhabiskan semalam jenuh juga lah. Tapi murah lah sangat. Baru RM14. Labuan biasalah kan. Seafood memang murah. Tapi kalau makan kedai,aduiii... pokai duit. Hahah
Meh tengok resepi ikan ni... (Hiasan tak cantik sebab ambil apa yang ada jer)


Bahan-Bahan:
Seekor Ikan Jenahak (Ikan ni besar gila)
Cili Kering 15 batang (Rebus dulu) *
Bawang Besar 3 Biji *
Bawang Putih 2 Biji *
Halia (Besar Ibu Jari) *
Lengkuas (Sikit Jer. Dan Yang Penting,Mesti Sikit Dari Halia) *
*Blend Sekali
Serai 1 Batang Hiris Serong
Sos Tomato (Dalam 3 Sudu Makan)
Sos Cili (Dalam 3 Sudu Makan)
Air Asam Jawa (Sikit)
Garam Gula(Sikit Je)
Bawang Holland Hiris Bulat2
Karot Potong Panjang2

Cara Masak:
1. Lumurkan kunyit serbuk dan garam pada ikan dan goreng sampai garing. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang diblend beserta serai sampai naik bau.
3. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau-kacau sikit.
4. Masukkan air asam jawa sikit.
5. Masukkan garam,gula dan perasakan. Masukkan karot dan bawang holland
6. Siram pada ikan tadi.

1ST DAY

Waaahh.... Harini first day aku menulis blog. Harapnya blog ni akan berterusan lah. Aku tulis blog harini sebab harini genap umur aku 26 tahun, waaahhh...dah tua gitu. Dulu masa zaman muda-mudi,dah berangan nak tamatkan zaman bujang sebelum umur 25.. alhamdulillah dimakbulkan. Umur 24 tahun aku dah kahwin dengan Mr.R. Dulu berangan nak ada cahayamata kalau boleh sebelum 26. Tapi yang ini masih belum dimakbulkan lagi. Insyaallah... Akan dimakbulkan..

Malam tadi Mr.R dah wish awal awal lagi. Tepat pukul 12,dia dah nyanyi kat aku. Sebelum nak pukul 12 tu,Dia asik cakap takda hadiah lah..takpe ker.. Aku cakap lah takpe,sebab birthday dia pun aku tak bagi hadiah.. (Actually ada hadiah,tapi "hadiah" tu tak menjadi..) Tup Tup pukul 12 dia bagi hadiah kat aku. (sebenarnya aku pun tak caya dia tak bagi hadiah) Hihi Ini Hadiahnya...


Terima Kasih abang.. Isinya,biarlah rahsia...Hahah Tapi Mr.R silap percaturan.. Dulu sebelum kahwin,pandai lak mengagak. Ok2 jer... Dah kahwin,tersalah bujet pula. Tapi pape pun. Thanks tau. Second wisher,kakak aku yang kat Pahang sekarang. Ceh..ni sorang jelah kakak aku pun. Thanks darlin. Biasa lah,bila dah masuk zaman-zaman tua ni,dah kurang sikit orang yang wish. Hahah

Semoga HariJadi kali ini Allah akan murahkan rezeki aku,Mr.R dan keluarga aku. Semoga hidup lebih diberkati ALLAH dan menjadi hambaNYA yang lebih solehah. AMiinnnn....