Monday 24 December 2012

Sekarang Baru Aku Faham Perasaan Korang

Assalamualaikum

Dulu lepas kahwin aku terus gi Labuan
Duduk sana 2 tahun.
Sepanjang dua tahun tu, banyak kenduri kendara,gathering keluarga aku ketinggalan..
Aku tak pergi..
Jadi memang aku jarang ditanya pasal2 anak ni..

Kalau ada pun aku boleh pandang sebelah mata
Aku boleh masuk telinga kanan keluar telinga kiri..

Sekarang.. Setiap gathering ke..kenduri ker.. mesti aku pergi..
PakMail mesti ajak aku..

Tiap kali aku kena tanya bab anak ni..Kalau sebelah aku..
Kalau ada PakMail,aku rasa confident jer..
Sebab PakMail mesti akan tolong jawabkan untuk aku

Bila sebelah sana.. Mr.R jarang ada sebelah aku..
Jadi bila asyik kena tanya..aku sorang saja yang nak kena jawab..
Soalannya "Bila lagi ni?"
"Bila lagi ni?"
Harini kau jumpa orang tu,dia tanya benda tu..
Esok ko jumpa orang sama,dia tanya benda sama..

Sekali dia tanya aku jawab Insyaallah..
Esok dia tanya aku jawab lagi Insyaallah..
Kali ketiga dia tanya.. Aku tanya balik bila apanya..?

Kalau aku tahu bila aku nak ada anak.. Aku tak risau pun..
Aku tak susah2 jumpa doktor untuk pastikan samada aku ada masalah atau tak..
Ini yang aku nampak.. Dorang tunding semua masalah tu ke arah aku..
Macam aku yang bermasalah kami belum ada anak lagi..
(bukan maksud aku Mr.R ada masalah pula)
Macam aku yang ada penyakit sebab kami belum ada anak..

Sekarang aku baru fahamlah perasaan korang yang dikelilingi orang2 macam ni..
Baru aku tahu kenapa ada sesetengah sampai rasa nak nangis bila kena tanya macam tu
Aku takda rasa nak nangis ke apa bila kena tanya soalan tu..
Cuma aku akan rasa nak marah sangat2 bila diorang seolah2 tuduh aku yang punca sebab takda anak lagi..
Andaikata memang aku punca sekalipun...Kenapa?

Rezeki... Faham tak rezeki...
Kalau ada penyakit sekalipun,kalau dah memang Tuhan nak bagi rezeki anak tu..
Insyaallah...Ada nya... 
Ini Tuhan dah tetapkan rezeki aku belum sampai... 
Belum lah.. Takyah la asyik tanya aku bila,bila,bila.. Aku sendiri taktahu bila..

****************************************************************

Boy...tahniah dengan keputusan pmr haritu... (19/12/2012)

****************************************************************

Sekian,Terima kasih

Wednesday 19 December 2012

Menghilangkan mood aku

Assalamualaikum

Haritu ada sorang tukang urut tu(tapi dia bukan urut aku)
"adik tak dapat anak lagi?"
aku jawab belum
terus dia jawab "kesian nya"
Aku pandanglah pelik. aku tanyalah apasal kesian. Sebelah aku ada makcik aku.
"yelah kan kak.. kesian.. mesti laki nya nak anak"
Aku  cakap "apasal pula laki saya sorang nak anak. Saya pun nak anak,tapi belum dapat. saya pun kesian kat makcik." Aku senyum je..
Tukang urut tu pula yang pandang pelik kat aku.
Terus makcik aku cakap kan belum rezeki.. dah sampai rezeki nanti berderet2 anak.

Aku tak faham langsung kenapa dia cakap macam tu..

Tadi ada lagi orang tanya aku "macam mana..dah nak masuk 2013 ni"
Aku ketawa je lah.. Dia sambung "paling koman R(Mr.R) kena ada 5 orang anak"
Aku memang malas nak jawab sebab yang cakap tu lagi berumur dari aku.

Korang perasan tak statement orang tu macam aku 100% yang punca tak dapat anak lagi.
Apasal..kalau Mr.R tak dapat 5 orang anak,kenapa? Nak suruh Mr.R kahwin lain?

Cuma tadi bila fikir balik..sure orang tu takda niat pape... Cuma syaitan ni suka sangat menghasut aku supaya fikir bukan2..supaya syak wasangka yang buruk bila orang tanya aku pasal ni..

Padahal mood aku sangat baik lepas balik dari bercuti kat Langkawi...
Tapi tadi terus rasa macam "eh eh..tetiba lak cita pasal ni."

Ramai lagi orang yang kurang bernasib baik dari aku yang perlu kau kesian.
Dari kau kesian tak tentu hala,baik kau doakan aku cakap benda baik2.

Sekian.

Friday 16 November 2012

Berurut

Assalamualaikum

Salam Maal Hijrah

Aku nak pergi berurut.. Tapi aku tak tahu nak ajak siapa teman.
Nak ajak husband and KakJah aku segan.. Dah cakap kat kawan aku tapi dia kerja..
Ke aku buat alasan jer ni.. Aku nak berurut tapi aku takut ada side effect apa2.. Kang ada yang pecah ke apa ker.. Tapi dah tanya kawan2 aku yang berurut..semua alhamdulillah takda apa yang jadi..
Dan kebetulan melekat pula dorang.
Ikhtiar... Itulah sebenarnya kan..
Dah jumpa doktor takda apa2 masalah.. Sekarang masa aku try cara tu pula lah...
Tapi semalam macam mimpi tak berapa bagus...
Takut pula aku tanda tak perlu mengurut.. Aku pun pening.. Nak cuba tapi takut...
Tak cuba rasa meronta gila nak cuba mengurut..
Kenkadang benda yang kita nak sangat tu yang tak bagus untuk kita..

Tengok lagi 3 hari ni..
Kalau dapat mimpi kurang elok juga..mungkin aku tak jadi pergi..

Thursday 8 November 2012

Benda Yang Sama Saja

Assalamualaikum

Kejap nya dah hari Jumaat semula..
Sabtu Ahad ni ada kursus autocad kat Klang.. Dari pukul 9 pagi sampai 5 petang.
PakMail suruh aku masuk dibiayai oleh PakMail. Taktahulah apa yang PakMail nampak dengan kursus autocad ni.. Tapi Mr.R pun suka kalau aku pergi kursus ni.

Aku rasa berat aku dah naik gila sepanjang duduk KL ni.. Apataknya mak aku masak.. Boleh kata hari2 masak.. Dah tentulah aku makan.. Mana boleh tahan.. Bila datang rumah PakRamli lak..pun mak Mr.R masak.. Makan lagi.. Dahlah kat rumah aku,aku makan macam tak ingat esok boleh makan lagi.. Kat rumah mentua aku pun aku makan macam sehari tak makan.. Lepas makan terus aku cakap kat KakJah..esok jangan masak dah.. KakJah gelak2.. PakMail pun pagi2 saja mengusik KakJah "harini menu apa pula"

Rabu depan Mr.R kena gi Labuan..sebab ada kerja lah kan.. Bila dah duduk KL ni makin susah lak aku berttc.. Mr.R pun balik lewat.. Dah penat.. Sebulan ni membazir macamtu saja.. Takpelah.. Anggap je lah takda rezeki lagi.. Bukan tak berusaha.. Haritu dah janji dengan kawan aku suruh dia teman aku berurut kat Putrajaya.. Tapi tetiba tak dapat mimpi lak pergi sana.. Tu yang tertangguh2 sampai harini.. Padahal aku rasa jeles jer dengar ada yang dah buat iui ivf semua.. Aku teringin nak sampai ke tahap tu.. Tapi tak dapat petunjuk apa2 pula lagi.. Ke aku yang tak bersungguh2??

Tiap kali tulis entry..macam benda yang sama jer aku rasa.. Aku takda ke mana2.. Cuma duduk rumah,pergi office PakMail.. Kat office ada Cikna aku..buat kerja borak2..alih2 dah pukul 1 petang.. Kalau mak aku balik tengahari..makan lah sekali.. Kalau tak biasanya aku tak makan tengahari.. Sembahyang semua pukul 2 pergi office semula borak2 lagi(tengok..borak je kerja aku dengan cikna aku kan.. Tapi ada jer benda yang kami borak kan..) alih2 pukul 5.. Balik... Tunggu KakJah balik kerja.

Aku nak duduk rumah saja macam tak syok pula.. Tu yang aku pergi office PakMail.. Atleast ada lah sikit2 yang aku belajar dari cikna aku.. PakMail pun mesti happy tengok aku ada kat office setiap hari.. Cuma dah dua minggu aku belajar pun aku masih tak faham lagi cikna aku ajar.. Boleh lah faham sikit2.. Tapi keliru2 banyak...

Entah erh.. Takda yang menarik sepanjang aku balik KL ni.. Tapi aku happy keadaan sekarang sebab aku dekat dengan family aku. Tak macam aku kat Labuan dulu.. Rasa jauh jer dari semua orang..

Okay.. Sekian. (Mr.R tengah moody sekarang ni. Muka monyok 16.. Hahaha)

Sunday 4 November 2012

Badminton Pula

Assalamualaikum

Asal ada masa terluang terus buka blog.. Nanti bila hari Isnin sampai Jumaat memang aku tak dan nya nak buka internet semua..

Tadi gi Pertama Complex cari racket.. Nak main badminton pula.. Dulu kat Labuan selalu berbasikal..
Sekarang basikal pun dah takda.. Lagipun kawasan sini agak tak sesuai nak berbasikal.. Nak berbasikal gi sana tasik ke taman..

Punyalah rambang mata nak pilih.. Tapi taktahu macam mana nak cari racket yang bagus.. Kami cuma pilih yang tak berapa ringan dan berat.. Jadi try lah satu2 racket.. Buy 1 Free 1.. Tapi grip dan tali tak termasuk harga.. Bolehlah kot harga tu..

Mr.R dah janji esok nak sewa court kat Sri Gombak tu.. Cineplax ke cinemax entah nama dia..
Esok pagi nak pergi Pasar pagi kat Shah Alam.. Lepastu nak pergi mengecat rumah.. Warna dah pilih.. Harap2 sesuai lah gabungan warna cat tu.. Kalau tak cantik Mr.R yang kena sebab dia yang pilih.. =)

Tadi dapat mesej.. Makcik aku kat Sandakan (ke Tawau) dapat transfer ker Semenanjung.. Suami isteri dapat pindah.. Sebelum ni macam susah sikit nak pindah sebab dorang berdua satu sekolah.. Tapi rezeki makcik aku kalini dapat pindah selepas 8 tahun berkhidmat kat sana.

Alhamdulillah..

Bila pula aku nak dapat berita gembira ni... Insyaallah..bulan ni...

Sekian.

Friday 2 November 2012

Takda Apa Nak Cerita..

Assalamualaikum

Lama aku tak buka blog. Masa kat Labuan..berlambak2 masa aku.. Sampai kenkadang tu baca blog orang yang sama dua tiga kali. Hahah
Dah kat KL sekarang ni.. Nak buka internet pun aku curi2 masa..
Baru seminggu aku kat KL.. Macam tak sedar pun dah habis 5 hari kat KL..

Sepanjang 5 hari ni.. Aku bergilir-gilir tidur rumah PakMail dengan PakRamli..
Sehari sini.. Sehari sana... Tapi aku okay jer... Takda pula rasa penat ke apa..
Sekarang aku kerja kat office ayah aku.. Takda apa pun yang aku buat.. Lebih kepada menyibuk2 tengok Cikna aku kerja.. (Office ayah aku semuanya adik beradik makayah aku)
Tapi ayah aku suruhlah belajar2 sikit apa yang patut dari cikna aku..

Mr.R dah start kerja kat hq.. Semoga dimurahkan rezeki yer abg..

Biasalah bila menantu ada rumah..terpaksalah KakJah pening kepala nak masak apa setiap hari.. Hahah Aku memang takda sentuh dapur pun bila KakJah takda kat rumah.. Rumah Mr.R lagi aku tak sentuh.. Bukan malas atau apa.. Memang kami dah biasa kalau masak mesti KakJah yang ketua.. Ko jangan nak mandai2 masak ok.. Kang tak sedap masuk tong pula..

Semalam makan kat OldTown dengan Mr.R.. Kami ambil 3 main meal... Nasi yang steam tu mee jawa dan meehun siam.. air sorang satu. Bila nak bayar cashier tu kata RM38. Aku dengan Mr.R serentak terus pandang.. Terkejut wey.. Bukan sebab mahal.. Sebab murah gila.. Kami dah terbiasa kat Labuan.. Jangan haraplah ko nak dapat murah macamtu.. Kami terus tengok harga nasi lemak yang kami selalu makan kat Labuan.. Rupanya.. Kat Labuan dorang up harga dalam RM2 - RM3..

Adik aku dua orang ni memang ngada2 sikit.. Pantang aku dengan kakak aku balik ada je lah tempat dia nak pergi.. Klinik pakar kulit lah.. Uptown Danau Kota lah.. Korek kan telinga dia lah.. Macam aku duduk KL dua tiga hari.. Tak menyempat2 nak pergi.. Kalau tak ikut..muncung sedepa.. Layan je lah.. Bila aku ada kat rumah.. Time tu lah terus tanya aku tengahari nak makan apa lah.. Pagi breakfast apa lah.. Padahal bila aku takda..pandai jer cari ayah aku.. (ini bukan marah okay.. Saja cerita).. Jap lagi dia ajak aku gi Danau Kota.. Dari semalam lagi ajak pergi.. Tapi sebab tengok Mr.R penat.. Aku cakap je lah lain kali.. Terus muncung sampai nak terkeluar.. Dia kata aku yang malas nak pergi..

Progress TTC pun takda sangat.. Maklumlah.. Bila kehulur hilir ni.. Penat.. Sampai rumah memang lena terus.. Takda fikir pun pasal benda ni.. Insyaalla... Semoga Allah permudahkan urusan kami..

Okay.. Sekian.

Tuesday 23 October 2012

Tiket Kami 28 October 2012

Assalamualaikum

Waarrgghhh.... sedar tak sedar lagi 5 hari kami akan pindah KL
Alhamdulillah... Semua barang nak jual dah pun terjual...
Separuh barang dah pos.. Tinggal astro dan dapur saja nak dipos..

Set Home Theatre Dah selamat Bertukar Milik

LCD TV pun dah selamat ditakluki oleh orang lain

Dapur rasanya perlu kot pos.. Awal2 ni memang akan duduk menumpang kasih rumah PakMail atau PakRamli.. Gilir2lah..
Lepas 9 November nanti baru duduk rumah Mr.R.. Tak boleh sebut "rumah Kami" sebab Mr.R yang beli. hahahah
Masa pindah nanti rasanya memang takda renovate apa kot.. Nak renovate terus rasanya macam tergesa2 pula.. Bagi tenang2 dulu.. Kumpul2 duit dulu (ini sebenar2 alasan) baru boleh fikir nak buat kitchen cabinet ke renovate rumah ker.. Jadi sementara tu kena pakai dululah dapur ni.. Takyah nak beli2 baru.. Kot Mr.R kena transfer tempat lain pula.. Aminn...

Astro... Ni satu hal juga ni...
Kami sebenarnya dah pakat taknak langgan astro dah kat KL nanti..
Tapi sebab kami baru je tukar beyond 4 bulan.. Jadi ada lagi 6 bulan kontrak..
Kalau nak terminate account kena bayar penalty RM240.. Jadi kami dah kira2..berat piring tu ringan jer.. Tak sampai RM50 pun nak bawa balik.. Tu sebab pos kan juga astro tu..
Nanti kat KL pun pemasangan semua free jer.. Tu yang bawa juga lah..

Kat Labuan ni wajib pakai astro.. Kalau tak takda siaran. Ada siaran Brunei saja. Tu pun ala2 berita semasa gitu..

Apa lagi erh.. Rasanya takda apa dah.. Barang semua dah pack dah.. Tinggal baju hari sabtu ni je lah..
Ticket pun dah beli..
Owh... Raya haji kami beraya kat sini jelah.. Taktahu lah nak makan apa.. Nak masak pun dapur dah pos.. Nak masak air pun kettle dah pos juga.. Terpaksalah makan rendang ayam kat OldTown.. hahah

Okay..Itu sajalah kot..
Sekian.

Monday 22 October 2012

Sepanjang 2 Tahun BerTTC

Assalamualaikum

Lama gila tak menaip.. Tapi harini terasa nak menaip walaupun takda cerita apa pun..
Aku ada kawan.. Dia TTC baru setahun berapa bulan.. Kira aku lagi lama lah dari dia.. Aku kenal dia pun dari alam maya.. Dari satu wordpress tentang pregnant2 ni juga lah. Apa aku tulis ni pandangan aku sahaja..

Aku simpati juga kat kawan aku,Ed(bukan nama sebenar) ni.. Dia baru setahun lebih kahwin..tapi dah kena macam2 dengan family,kawan2 dan orang keliling yang takda kena mengena pun dengan dia.. Mujur husband dia supportive..

Dia kahwin dulu dari adik dia.. Tapi rezeki adik dia.. Sebulan kahwin terus lekat.. Yang menyedihkan.. Adik dia dah berapa bulan pregnant..baru dia tahu sebab keluarga dia taknak bagitahu dia.. Okay... Bab ni... Dia sangat sedih sebab rasa tersisih.. Apa aku cakap kat dia.. Ayat biasa untuk tenangkan hati dia.. Fikir positif.. Sebenarnya family dia buat macamtu sebab nak jaga hati dia.. Bukan nak sakitkan hati dia.. Bagi aku..Kalau family dia nak sakitkan hati dia dah tentu family dia akan bagitahu dia untuk jeleskan dia..

Keadaan dia sama dengan aku.. Aku kahwin dulu sebelum kakak aku.. Tapi kakak aku 3 bulan kahwin terus lekat.. Masa kakak aku cek upt positif tu..aku disahkan ectopic pregnancy.. Perlu operate immediately.. Masatu aku dah setahun kahwin.. Kalau korang apa korang rasa? Mesti sedih gila kan.. Rasa macam nak mengamuk semua ada kan.. Tapi masatu aku taktahu apa kekuatan yang aku ada.. satu titik airmata pun takda.. Rasa nak nangis pun takda.. Aku redha sangat2.. (Aku tahu ramai lagi yang lagi sedih dari aku contohnya dah berapa bulan pregnant..gugur..)

Lagi hilang sedih aku bila mak aku kakak aku semua sedih dan risau pasal aku.. Diorang takda sebut langsung pasal kandungan kakak aku.. Tu sebab aku cakap kat Ed.. Dorang rahsiakan sebab dorang takut kalau dorang bagitahu dia..dia akan salah faham niat sebenar dorang.

Ed sekarang nak jumpa kawan pun takut.. Last dia jumpa kawan masa gathering kawan U dia.. Masatu kawan2 yang dah ada anak masing2 bawa anak. Kalau aku pun akan jeles.. Bohong wey kalau tak cemburu.. Tapi banyak cara kita boleh control cemburu kita tu. Ed kena perli dengan kawan baik dia sendiri. Depan kawan2 lain.. Dan yang paling dia sedih depan suami dia..

Aku kata kat Ed... sebenarnya kita ni yang terlalu sensitif.. sebab kita cemburu tengok dorang.. Jadi bila dorang cakap sikit pun kita dah terasa hati. Walhal niat dorang baik.. Mungkin memang ada sesetengah orang tu yang memang niat jahat nak perli.. Tapi takpe.. Dorang perli..ko jawab je balik apa dorang perli tu.. Nak senang jawab je Insyaallah..

Piah: ko bila lagi ni nak ada anak?
Peah: Insyaallah..tak lama lagi
Piah: Tak lama lagi tak lama lagi.. Setiap kali jumpa berdua juga
Peah: Insyaallah.. Tak lama lagi.. (jawab dengan senyum.. Takyah lah ko nak jawab marah2 ke apa)
Kalau dia cakap lagi.. Ulang je balik Insyaallah..tak lama lagi..
Lama2 senyaplah dia.. Kalau orang lain semua pandang kau.. kau pandang lah balik dorang tu.. Senyum jer..

Lepastu dalam kereta ke sampai rumah ker.. Tak payah dah sebut lagi benda tu pada husband.. Sebab bila ko cerita pada husband..dari nak2 lupa..terus ingat balik.. Dari laki ko takda fikir benda tu.. terus dia pun terfikir. Memang ko akan ingat apa yang orang tu perli ko.. Tapi lama2 pun ko akan lupa kalau ko tak layan perasaan tu.. Ko janganlah nak nangis ke apa pasal dorang cakap tu.. Abaikan je.. Sampai bila asyik nak nangis bila kena perli macamtu..

Aku sendiri pernah kena masa kenduri kawan aku. Sedap je dia ngata aku depan orang kan.. Tapi aku senyum je lah.. Lastly dia sendiri malu sebab orang lain tegur dia tak baik cakap macamtu.

Aku selalu nasihatkan Ed.. Kalau balik kg..jangan asyik duk terperap dalam bilik sebab nak mengelak jumpa orang.. Orang akan lagi berpanjangan cakap pasal kita sepanjang kita takda tu.. Jumpa je orang.. Dorang tanya.. jawab jer.. Dorang yang mulut jahat ni.. Lagi suka nak sibuk2 pasal kita bila tengok kita asyik sedih.. Bila ada orang..jumpa jer.. Tunjuk je yang kita happy.. Sebab memang kita happy dengan husband kita kan.. Cuma kita belum ada anak jer lagi.. So bila dorang tanya..jawab je dengan happy "haah lah makcik belum ada apa2 lagi.. Insyaallah..tak lama lagi ni" Lepastu buat muka biasa.. Jangan nak buat muka sedih kat situ..air mata bertakung semua. Jangan terus masuk bilik sebab nak nangis. Control perasaan tu..

Takpayah... Tak payah nak fikir pasal tu semua.. Bak kata Mr.R..Banyak lagi benda kita nak fikir selain benda2 ni.. Jangan bila kena perli terus je kita nak ambil hati.. Terus rasa nak nangis.. Kuatkan je hati tu.. Aku pun dah 2 tahun ni..macam2 juga aku hadap. Tapi entah.. Hati dah kering kot.. Sampai bila lah kita asyik nak takut jumpa orang lain semata2 sebab belum dikurniakan anak.. Kalau kita dah ada anak..memang kita akan yakin ke jumpa orang? Tak rasa kekurangan dah? Padahal banyak lagi benda yang kita kurang..

Apa aku tulis ni takda niat pun nak cakap besar ke apa.. Aku pun belum ada anak lagi.. Ni semua pandangan aku saja.. Pandangan jujur aku kat Ed.. Ed pun okay bila aku email kat dia.. Bilalah dapat jumpa Ed betul2.. Tapi rasanya bercakap melalui alam maya ni kadangkala lagi seronok dah telus kot.. Heheheh Takpe Ed.. Ko berhoneymoon puas2 dulu tau dengan husband.. kot bulan depan rezeki ko sampai.. Haa... =)

Sekian.

Thursday 18 October 2012

Adam & Hawa

Assalamualaikum

Aku dah gila cerita ni..
Kenkadang macam nampak lakonan Hawa tu tak real
Kenkadang rasa nyampah pula tengok watak Adam
Tapi aku suka.. Suka.. Suka.. Hahahah

Aku tengok mesti nak tergelak..
Part yang nyampah aku jerit lah..
Hahahah

Friday 12 October 2012

Internet Lambatnya..

Assalamualaikum

Lamanya aku tak baca blog orang lain
Kalau kat Labuan.. Hari2 aku akan baca blog orang
Sekarang ni kat KL
Rumah PakMail internet lambat macam siput
Pakai broadband.. Memanglah perlahan yang amat..
Jenuhlah nak refresh jer..

Mr.R pun ada kat KL
Tapi sebab aku sibuk mengajar adik aku untuk PMR
Mr.R pula sibuk dengan final report..
Makanya dia tidur rumah mak dia.. Aku tidur rumah PakMail
Jumpa baru sekali...Dia ajak teman makan..
Ahad ni aku balik Labuan dulu.. Mr.R taktahu lagi bila balik Labuan

Adik aku yang PMR aku pula yang gelabah kan..
Aku bukanlah mengajar sangat pun.. Tapi lebih kepada teman dia belajar..
Dia kata kalau aku tak balik pukul 10 dia dah tidur dah.. Sebabnya...
Tengok semua orang dah tidur.. Mana boleh tahan..
Kena dengan aku memang siaplah..
Jangan nak kata ngantuk depan aku yer..
Sebabnya asal buka buku ngantuk memanjang... Kau lepak dengan kawan boleh pula bersengkang mata sampai malam kan..
Tapi semua orang pun dah tahu sangat perangai aku kan..
Hahah
Mengajar adik aku sampai aku merajuk2.. Mana taknya dia macam malas2... aku pula semangat terlebih..
Kecillah hati aku kan aku nak mengajar dia pula malas belajar..
Hahahah emo...

Aku cakap kat dia...tak kisahlah dapat apa... Sebab kita dah usaha...
Insyaallah... Kalau ada rezeki... dapat result cemerlang..
Doa banyak2 supaya dapat pemeriksa yang lembut hati..

Pasal pindah KL semula... Barang hampir 80% dah sampai rumah PakMail
Dah penuh bilik bawah ni... Pakai pos udara.. Cepat gila sampai...
Aku ingatkan dalam seminggu lebih... Ini 4 hari dah sampai barang..
Rumah kat Labuan dah takda apa dah.. Rice cooker semua dah bawa balik..
Yahhhooo.... Tak payah lah aku masak dah kat sana... Hihih
Dasaaarrrr pemalas...

Cuma nanti Mr.R kena kerja kat Shah Alam.. HQ kat sana..
Nak berulang dari Gombak memang tak terdaya lah...
Sekarang pun baru seminggu lebih dah berapa ratus kos pergi balik..
Tapi sekarang ni takpelah sebab boleh claim.. Tapi nanti tak bolehlah claim2 lagi...
Jadi terpaksalah duduk kat rumah yang Mr.R dah beli.. Lama dah beli rumah tu..
Kami tak sewakan pun.. Tinggal macamtu jer...
Jadi kalau nak duduk banyak nak kena buat...
Terutama pagar semua dan lampu kipas..
Nak buat semua tu macam makan masa juga.. Mr.R kena lapor diri 1 November ni..
Nampak macam tak sempat je.. Hmmmpp...kena menumpang rumah PakMail lah..
PakMail suka je... Kalau boleh tak bagi aku keluar rumah...
Hahah
Tapi mengenang kos Mr.R nak pergi kerja tu macam tak berbaloi pula..

Diet aku tak kelaut sangat... Cuma balik KL... KakJah masak macam2... Tak mungkin aku tak makan..
Cuma control sikit lah..
Berat aku sekarang...  Kalau lepas makan 53.8kg
Kalau sebelum makan 52.7kg...
Aku nak turunkan sampai 50k.. Tapi taktahulah terdaya ke tak..
Semua seluar aku yang dulu2 dah boleh sarung tanpa rasa sendat...
Memang berkesan betullah diet tak makan nasi mee semua ni...

Hmmppp...
Tu je aku nak cerita... Ni pun sebab tetiba internet laju pula...

Sekian.

Monday 1 October 2012

Bertukar Milik

Assalamualaikum

Sabtu ni balik KL
Tapi balik seminggu datang sini balik..
Balik terus taktahu lagi berapa hari bulan..
Mr.R start kerja kat Shah Alam 1 November.. Silap2 sebelum raya haji dah balik

Sepatutnya aku dah kena start mengemas ni..
Tapi malas tahap maxima.. Cuma barang2 yang tak bawa balik KL aku dah let go dah..
Oven,microwave,vacuum dan basikal..
Semua dah bertukar milik..

Sayu gila masa nak bertukar milik haritu...
Semua ada kenangan sendiri..




Vacuum...
Mr.R bagi aku hadiah.. Terkejut gila aku bangun tidur tengok ada hadiah..
Besar gila.. Dia siap balut semua...
Aku tak bajet dia nak bagi vacuum.. Bila buka.. Rasa nak menjerit!!!
Hahahah




Microwave...
Ni Mr.R beli masa sebelum aku nak operate... Masatu dah dekat nak puasa..
Beli ni sebab Mr.R cakap senang nanti nak sahur panaskan lauk je..
Takpayah pakai2 gas..
Survey semua kedai nak tengok yang menarik dan murah..
Lastly berkenan dengan ni..



Oven..
Ni aku beli.. Sebab??? Sebab nak raya..
Aku nak buat kuih raya..
Masa beli ni..aku kena buat proposal untuk dapat kelulusan Mr.R
Hahahh
Aku survey sendiri yang ni..
Lepas survey bagi tahu kat Mr.R.. Balik kerja terus ajak beli juga..
Sebab dah taktahan nak buat kuih semua..
Padahal oven rumah KakJah pun aku tak pernah sentuh..
Bakar kambing,kuih semperit,almond london,kek coklat,kek pisang...
Warrrgghhh...




Basikal...
Ni yang paling aku sayang... Sedih gila masa nak hantar basikal ni kat tuan baru..
Sedih sangat2 lah... Masatu terus teringat karangan BM aku masa darjah empat..
"Aku Sebuah Basikal"
Boleh kata satu Labuan aku dengan Mr.R round pakai basikal ni..
Mr.R lagi sedih kot sebab tak dapat tengok last2 ni..
Hahahh



                                                   Dah selamat bertukar tuan



Emo lah sangatkan...
Tapi rasa sedih pula lah dah nak balik KL...
Rasa dah sayang pula Labuan ni...



Sekian.

Tuesday 25 September 2012

Kerana Duit

Assalamualaikum

Hahah tetiba aku teringat cerita dulu2
Aku ni jenis takut hilang kawan
Kalau boleh taknak lah sampai orang tu taknak kawan dengan aku

Masa aku darjah satu.. Aku ada seorang kawan perempuan ni
Sampai sekaranglah aku ingat lagi muka dia.
Sekolah aku jauh dari rumah.. Maksudnya sekolah tu bukan di kawasan rumah aku
Yang sebaya aku cuma aku je dari kawasan perumahan tu
Jadi kawan2 kat sekolah tu kebanyakannya dah kenal antara satu sama lain
Aku sajalah yang terkontang kanting seorang2
Jadi bila dah kenal kawan aku seorang ni.. Aku kawan betul2lah dengan dia

Tapi lama2 aku macam perasan satu perangai dia ni..
Dia sangat sukaaaaa merajuk..
Kadang-kadang tu dia merajuk bukan sebab aku pun..Tapi sekali aku, dia tarik muka.
Aku pula kan takut takda kawan..
Jadi jenuhlah aku memujuk dia ni..

Yang paling aku rasa macam entah apa2 gila sebab...............
Aku kena pujuk dia macam ni "awak janganlah merajuk lagi. Saya bagi duit saya kat awak yer"
O on kan. Stupid gila aku rasa (bila sekaranglah)
Bukan banyak pun duit aku. Dulu KakJah bagi duit belanja pakai syiling
Jadi nak pujuk dia..aku bagilah 50sen ke..40 sen ke..
Padahal KakJah bagi sehari RM1 atau RM1.50

Lepas bagi je..mesti dia ok.. Masa tu aku takdalah fikir apa2..
Lepas darjah 3 dia pindah sekolah. (lega sebab aku dah ada kawan lain)
Bila sekolah menengah pun kami tak sama sekolah. Tapi dia terkenal kat sekolah menengah dia
Bila aku jumpa kawan lama..aku tanya lah pasal dia.. Bukan busybody.. saja nak tahu perkembangan
Ramai orang tak berapa suka dia sebab..... Dia cuma kawan dengan anak orang kaya...
Hahahahah

Dalam hati aku memang tak hairan lah dulu aku kena pujuk dia dengan duit..
Bila fikir balik... Aku lah yang o on..

Sekian.

Monday 24 September 2012

Lisa & Yusri

Assalamualaikum

Mak aku buat lawak dengan aku.
(malam tadi)

Mak : Wow! Liyana (sepupu aku) honeymoon kat Itali
Aku : Wow! Bestnya!
Mak : Tulah pasal

Aku tak reply
Dah nak tidur tu mak aku mesej lagi

Mak : Mama ni macam Lisa&Yusri
Aku : Apasal pula Lisa&Yusri pula ni?
Mak : Yelah Lisa&Yusri kan honeymoon kat Europe
Aku : Dorang memang honeymoon kat sana.. Mama masa bila pula honeymoon kat sana?
Masa ni aku dah gelak gila. Sebab aku agak mak aku salah type
Mak : Erh..mama nak tulis liyana. Bukannya mama. Aku honeymoon pun tak..
Hahahahh Aku dah gelak gila.

Sekian.

14 Hari Saja Lagi

Assalamualaikum

Konon tengah berdiet sekarang ni
Sampai mana boleh bertahan taktahu lah kan
Targetnya sampai kaki aku jejak lcct nanti 7/10

Alkisahnya haritu gi rumah kawan aku
Aku timbanglah berat kat rumah dia
Nak pengsan aku tengok jarum tu laju je ke 57kg
Teruslah balik tu nekad nak start turunkan badan

Memandangkan pemangkin makan aku pun kat KL sekarang
Bolehlah aku diet.. Kalau ada dia..memang ke laut nya diet aku ni

Jadi masuk harini dah 8 hari aku tak makan nasi
Aku tak makan bihun,mee,spagetti,kuih muih,kek,roti
Cekedis2 pun aku tak makan. kalau tak mahu hari2 aku gi kedai runcit bawah ni..

Selama 8 hari ni..
Sarapan : aku ambil oat (3 in 1 tu) dan 8 jenis buah
Tembikai susu,tembikai merah,betik,jambu batu,mangga,limau,kiwi,anggur purple
Semua sepotong2 saja. Limau sebiji,anggur 5 biji,mangga 2 potong,kiwi sebiji, jambu batu dua potong
Memang full perut aku
Tengahari : aku makan sayur bayam masak air (tambah tauhu,tempe,taugeh,carrot)
Satu mangkuk. Letak bawang merah banyak2 Sebab Dr kata bawang agen antioxidant yang baik. Jadi baik untuk TTC.. Tapi janganlah kau dah letak banyak tapi tinggal dalam periuk kan..
Aku tak pakai minyak dan garam. Guna ikan bilis sikit
Malam : Sama menu dengan tengahari. Cuma bila malam aku tambah isi ayam dalam sayur
Setiap tengahari dan malam aku mesti makan buah macam sarapan
Isnin Khamis puasa.

Mula2 memang rasa macam lapar je memanjangkan
Jadi aku makan je buah
Masuk hari ketiga dah tak lapar sangat dah.. Lama2 okay..
Jangan biar perut tu lapar.. Nanti takut terkandas diet..
Dah berapa kali dah rasa malas dah nak diet.. Tapi baca blog semua banyak tengah diet..
Tengok dalam berapa hari boleh turun 2-3 kg kan.. Semangatlah balik

Air... Aku minum air masak saja.
Tak sampailah 3 liter rasa.. Tapi sebab menu aku semua berasas air je kan.. Aku anggap cukuplah kot
Jangan minum lebih 3 Liter. (sebab apa aku taktahu)
Aku memang sangat kurang minum air manis. Teh o kopi nescafe aku kurang sikit. Ada lah kot dalam sebulan sekali dua je minum.

Bila makan sikit.. Takut juga susah nak bebe
Jadi pagi bangun tidur aku minum air masak 2 gelas. Memang confirm lah bebe punya
Kalau tak bebe hari2 nanti lambat lah berat nak turun

Motif sangatkan aku nak berdiet ni sebab...
Kan aku nak balik KL
Telinga aku dah cukup berdesing dengar orang tegur "berisi nya sekarang"
Lagi tambah berdesing bila hujung ayat ada "mesti dah ada apa2 ni"
Apahal?

Tapi memang patutlah kot.. Dah badan naik..apa je orang nak fikir kan..
Jadi balik kali ni aku harap takda orang tegur aku lagilah
Aku rasa aku taklah berisi sangat.. Cuma mungkin dulu aku kurus melidi..
Jadi bila berisi sikit pun orang nampak beza

Target berat aku 50 kg
Hahah boleh capai ke? Boleh..kalau aku tak tergoda tengok iklan kat tv..
Burger samurai Mc'D... Hahah

Sekarang aku taktahu lah berapa berat aku. Sehari sebelum balik nanti baru nak timbang
Tapi yang tak bagus nya aku ni.. Bila sorang2 ni memang aku takdalah exercise sangat..
Cuma buat kerja rumah bagi peluh keluar je.

Nanti sebelum balik aku update berat aku berapa.
Sekali update tak turun! Pengsan!
hahah

Sekian.

Wednesday 12 September 2012

Dah Ada Belum Anak Labuan?

Assalamualaikum

Hahahha
Akhirnya KakJah nak datang Labuan
Tapi bulan 10 nanti
Awal bulan 10 nanti aku balik KL
Sebab adik aku PMR
Bila nak balik Labuan semula aku bawa sekalilah kuncu2 aku

Tu pun sebab projek kat Labuan dah nak habis
Mak aku kata rugi pula kalau tak pernah datang Labuan
Sementara aku ada lagi ni
Nanti bila aku dan Mr.R dah pindah duduk KL
Lagi taklah datang Labuan
Maksudnya akhir bulan 10 kami akan balik terus KL
Yahhhoooo!!!!
Waaahhh seronoknya engkau

Seronok ker???
Tak...
Aku lagi suka sebenarnya duduk Labuan
Tenang......
Kalau sesiapa pernah duduk sini
Pasti akan rasa berbeza dengan KL
Entahlah..kat sini rasa selamat...
Sesiapa saja akan suka bila dah duduk sini
Tapi janganlah kau bermimpi nak bershopping atau berjimba-jimba di sini
Memang takdalah tempat2 tu semua
Otak tak serabut bila kat Labuan ni..

Tapi sebab mengenangkan kat sini tak ada doktor pakar puan
yang boleh mencadangkan aku langkah yang lebih besar
Aku harap bila aku sebut langkah besar korang fahamlah
Tu yang aku semangat nak balik KL
Andaikata aku "dah ada" sekarang
Mesti aku berharap projek Mr.R lama lagi kat sini
Duduk terus kat sini pun aku ok..

Gyne kat sini cuma sekadar check untuk pastikan aku tiada masalah
Lebih dari itu dia tak buat
Tapi suggestkan lah mana2 tempat yang ada cuma....
Semua di luar Labuan
Menjadi masalah bagi aku
Nak pergi KK perlu kan transport
Lebih baik aku gi KL je
Tapi bila gi KL..larat pula setiap kali hari ke 12-14 aku nak gi sana kan
Berapa lama pula aku nak cuti
Jauh pula dari Mr.R waktu2 tu..takda makna juga..
Bila masalah macam ni cara terbaik adalah isthikharah
Alhamdulillah lepas isthikharah..
Hati aku berat suruh stay saja di Labuan

Takpe...Takpe...
Ada hikmah disebalik ini semua
Mungkin Allah nak aku dan Mr.R berhoneymoon sepenuhnya sementara kami di sini
Itulah bila kat sini aku tak pernah langsung fikir pasal itu semua
Bila balik KL nanti taktahu lah macam manakan..
Apahal macam ada sesi meluah perasaan ni...

Apapun hidup mesti diteruskan
Semangat Makcik!!!

"tajuk tak masuk langsung dengan entry"

Sekian

Monday 10 September 2012

Anak Bini Diajar Meragut

Assalamualaikum

Apahal harini aku cerita pasal peragut je wey
Entah.. ni gara2 kakak naik motor tu lah..
Aku teringat dulu...
Arwah nenek aku pernah kena ragut
 Ada satu hari tu aku,kakak aku,cikna,cikyati dan anak cikna aku nak gi Sri Gombak
Plan arwah nenek aku tak ikut sebab kami nak jalan kaki saja
Lagipun dah petang
Tetiba arwah nenek aku nak ikut..
Kami okay je lah.
Jalan macam biasa (ini first time kami jalan kaki)
Aku jalan bahagian dalam
Sebab kelalaian kami..kami tak perasan yang arwah nenek aku jalan paling luar.
Maksudnya bahagian tepi kereta lalu
Arwah Nenek aku bawa bag
Ini satu lagi kelalaian kami juga
Arwah Nenek aku pegang di hujung jari
Aku perasan ada kereta macam berhenti tepi kami
Tapi aku terfikir ada orang kenal kami nak tumpang kan kami
Tetiba cikyati aku cikna menjerit
Aku pandang, nampak orang tu tengah tarik bag arwah nenek aku
Arwah nenek aku tak lepas tangan dari bag
Dalam kereta tu penuh dengan orang seagama aku
Siap ada perempuan dan anak kecil
Aku macam orang bodoh tak buat apa2
Bila tengok arwah nenek aku tak lepas tangan
Pemandu tu tekan minyak sampai nenek aku terseret jauh
Dengan bantuan Allah..tangan nenek aku terlepas dari bag tu
Kalau tidak...aku tak dapat bayangkan apa akan jadi pada nenek aku
Elok kereta tu lepas simpang..kereta ayah aku lalu.
Kalau ayah aku laju sikit memang bertembung dengan peragut tu

Ayat pertama arwah nenek aku sebut "innalillahhiwainnaillahhirajiun"
Sambil urut2 dada. Arwah nenek aku sebut banyak kali untuk tenteram kan diri
Lepas cek doktor alhamdulillah takda pape sebab nenek aku dah tua masa tu
Kami risau sebab nampak masatu dada nenek aku tersembam
Arwah nenek aku cakap bukan dia taknak lepas tangan
Tapi tergamam sampai tak terlepas tangan dari bag tu

Aku tak faham macam mana dia boleh meragut dengan ada anak dalam kereta
Dengan ada isteri
Takkanlah isteri tu tak boleh nampak arwah nenek aku terseret macam mana
Kalau mak dia kena macamtu apa perasaan dia
Mak aku kata "orang macamtu takda perasaan"
Aku fobia lepas kejadian tu
Aku sentiasa berhati2
Terlalu berhati2...
Aku harap peragut tu dapat balasan seberatnya.

Sekarang pun arwah nenek aku dah takda
Semoga rohnya dicucuri rahmat.. Amiinnn

Sekian.

Don't Try This At Kuala Lumpur

Assalamualaikum

Aku suka duduk Labuan ni sebab Labuan ni selamat
Itu yang aku dengar masa mula2 sampai sini
Kebanyakan orang semenanjung yang duduk sini
Mesti cakap "Labuan Selamat"

Sepanjang duduk sini pun aku belum pernah dengar jenayah2 yang selalu berlaku di KL
Cuma baru2 ni aku dengar ada rumah2 yang mula kena pecah
Ni yang aku takut
Semoga kami dilindungiNYA..



Cuba tengok gambar atas ni
Tu yang aku cakap Labuan ni selamat
Relax je kakak ni bawa motor dengan bag sangkut tepi
Kalau kat KL ni.. sah2 lah kau kena ragut
(kebiasaannya)
Janganlah kau bawa motor dengan bag kat tepi kalau kat KL yer kak..
Aku tak pernah nampak lagi atau dengar orang kena ragut kat sini
Kawan aku yang asal Labuan pun tak pernah dengar pasal peragut

Aku cerita kat dia kalau kat KL sampai boleh menyebabkan kematian kalau diragut
Terus dia tanya aku "Habistu kenapa kau nak cepat2 pindah KL?"
Jungkit bahu je lah aku

Masa aku balik KL haritu
Lalu depan KLCC.. Tetiba aku nampak seorang penunggang motor ni tengah pegang leher seorang mat salleh
Mat salleh tu jalan berdua dengan kawan dia
Lepastu penunggang motor tu jalan je terus diikuti oleh seorang lagi kawan dia yang menunggang motor juga
Dalam hati aku pelik juga kenapa dengan orang tu
Aku tengok je lah terus penunggang tu
Dia lalu kat sebelah kereta kami
Dorang bawa motor sambil pandang sekeliling
Kebetulan ada seorang perempuan lalu kat laluan penjalan kaki. Bawa handbag kat bahu
Yang sorang bawa motor tu tunjuklah ke arah perempuan tu
Tapi sebab perempuan tu kat laluan penjalan kaki,mustahil lah penunggang motor ni lalu situ
Lepastu penunggang motor tu boleh buat aksi macam "rugi...rugi"
baru aku dapat tangkap sebenarnya dorang ni tengah cari mangsa untuk meragut
Jadi tadi dia nak ragut rantai mat salleh tu.. Tapi tak berjaya..

Tapi aku boleh pandang saja tanpa buat apa2..
Bila sekarang aku menyesal
Sepatutnya aku ambil no plate dorang dan beri pada polis berhampiran
Harap2 dorang dah dapat balasan dari Allah..

Mee Kari Seafood

Assalamualaikum

Hari Sabtu haritu Mr.R balik KL
Ada training...
Huuuu sampai Rabu ni...
Jadi sementara dia takda
Aku sajalah try buat mee kari
Memandangkan kari haritu menjadi...=)



Kat Labuan ni jangan aku nak mimpilah dapat kerang tu..(atau aku yang taktahu)
Tapi aku pelik jugakan.. Kalau aku makan kat Raff Restauran tu..hari2 ada kerang
Mungkin aku kot yang taktahu depa jual kerang kat mana

Kerang takda...Aku ganti ketam..
Aku beli ketam yang kecil2 jer tu..
Beli dua ekor RM5. Pakcik tu bagi free seekor lagi.
Terima kasih pakcik!!

Udang haritu besar lah yang amat..
Tapi takda pilihan..
Aku ambillah juga
Ingat taknak ambil banyak..
Tapi sebab brother tu dah kenal aku..
Dia suruh ambil setengah kilo dia bagi kurang harga..

Disebabkan mee kari ni rasanya sedap..
Aku letaklah resepi.
Kalau tak sedap..aku tak tayang.. heheh

Sumber rujukan: My Small Kitchen

Bahan2:
Mee kuning sebungkus
Ketam (Kerang/Ayam)
Udang (Rebus dan ambil air dia)
2 biji bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
Sedikit jintan manis (aku ambil secubit saja)
Sedikit jintan putih (secubit je aku pakai)
4-5 ulas bawang merah (Kisar)
2-3 ulas bawang putih (Kisar)
Halia (Kisar) -Sebab malas nak basuh2 blender..aku tumbuk sampai lumat
2 sudu makan cili kisar
4 sudu makan rempah kari(aku pakai rempah kari udang tu)
1 keping asam keping
Daun kari
Fish ball/cake
Tauhu yang timbul besar2 tu

Cara2:
Tumis bahan tumbuk sampai wangi.
Masukkan bunga lawang,kulit kayu manis,buah pelaga,daun kari,jintan manis&putih serta cili kisar dan rempah kari.
Biar sampai rempah betul2 masak dan keluar minyak.
Masuk ketam yang dibelah dua. Gaul rata. Biar2 jap. Macam nampak separuh masak.
Masukkan air udang tadi sikit (agak2 bagi boleh gaul tu)
Biar lagi. Nampak ada terbit minyak lagi tu.. Baru masukkan santan,asam keping,fish cake/ball dan tauhu.
Bila dah hampir mendidih masukkan lagi air udang tadi (Kalini agak2 nak pekat mana)
Masukkan udang yang dah rebus tadi.
Masukkan garam. Tambah gula sikit saja.
Rasa dah okay bolehlah tutup api!!!

Mee,taugeh dan sawi celur. Telur rebus.
Tapi sebab tadi taknak makan sawi,aku tukar kangkung. Sedap!
Hiris2kan cili merah
Memang Sedapp..

Monday 3 September 2012

Celoteh Petang-Petang

Assalamualaikum

Huuuuhhh...
Lambatnya nak tunggu 5.30
Tak sabar nak balik
(serupa macam kat rumah ada 10 anak)
Heheh

Tengah takda kerja ni
Aku terjumpa lak gambar masa balik haritu
Keluar gi mid valley
Makan kat nando's (aku tak suka..)


Kakak aku
Baju biru tu adik aku 


Ni anak kakak aku Mikail
Dia ni tak nangis langsung dengan orang
Tu yang mak ayah aku suka tu
Masa ni mak aku mandikan dia
Mak aku asyik cakap "Tengok dia kenal orang jaga dia masa pantang"

Malam tadi sampai ahad ni mak aku jaga dia
Sebabnya kakak aku gi kursus kat seremban
Aku saja mesej mak aku tadi
Aku: Macam mana tidur dengan budak kecik malam tadi
Mak: Tu lah pasal. Dah lama tak tidurkan baby. Tapi sebaik Mikail tak ragam. Cuma nangis nak susu je.
Nak jaga cucu punya pasal abah siap beli kan buai biar senang tido.
Mikail ni susah tidur. Sayang sangat dengan mata dia tu.
Dari pagi sampai ke tengah malam nanti dia tak tidur.
Tu yang ayah aku belikan buai. Senang maksu aku nak jaga.

Aku: Hahah abah...abah... Rabu khamis ni nenek cuti nak bawa cucu gi mana?
Mak: Taktahu lagi. Takut abah malas nak bawa je.

Mak aku kerja. Jadi Isnin Selasa ni maksu aku jaga waktu mak aku kerja.
Tapi rabu dan seterusnya mak aku ambil cuti sebab nak jaga cucu.
Hahah
Tapi mak aku kata "mama cakap ada hal keluarga. Penting. Tak kuasa aku kata cuti sebab nak kena jaga cucu"
Hahah

Yang baju kelabu tu adik bongsu aku.
Bulan 10 ni dia PMR. Mak aku suruh aku balik nak bagi semangat kononnya.
(Insyaallah aku balik)
Mak aku dah sogok dia macam2 ni.
Kalau dia main2 juga aku taktahulah.
Tapi so far aku tengok dia takdalah main2.
Cuma harap dia dapat jawab dengan baik nanti..

Okay. Sekian.

Thursday 30 August 2012

Bekalan Dari MertuaKu

Assalamualaikum


Tadi tengahari dapat barang yang dipos oleh mak mertuaku
Biasalah akukan menantu perempuan kesayangan
Haahhha
Dah pokcik ni anak lelakitunggal
Haruslah aku menantu perempuan sorangkan



Banyak gak yang MIL aku poskan
Walaupun ada hancur2 sikit tapi masih boleh makan
Semua makanan2 ringan je
Serunding daging
Kerepek serunding
Kuih bangkit
Keropok mentah
Keropok masak
Ada dodol
Ada buah salak,asam jawa yang dari pokok tu..
Mesti anak dia ngadu kat sini takda makanan la tew...
Hahahha

Dan yang paling aku tak tahan MIL aku poskan ini kat kami..
Tau apadia???
                                                       ......
                                                       ......
                                                       ......
                                                       ......
                                                       ......
                                                       ......
                                                       ......
                                                       ......
                                                       ......
                                                       ......
                                                       ......
                                                       ......
                                                       ......
                                                       ......
                                                       ......
                                                       ......
                                                       ......
                                                       ......
                                                       ......
                                                       ......


Ni haaaa....
PETAI!!!!
Biasalahkan...
Kat dalam rumah ni ada hantu petaiiii..
"taknak ngaku suka petai" kata Mr.R kat aku

Hahahah

Terima Kasih yer ma...
Sebab ingat anak menantu kat sini






Okay sekian.


Wednesday 29 August 2012

Kuah Lodeh

Assalamualaikum

Ni pun makanan wajib kalau raya
Kuah lodeh.
Kalau kat rumah PakMail..
Lagi satu makanan wajib aku ialah sambal goreng
Yang ada pedal hati ayam semua tu
Sangat lazat!!!
Tapi aku tak buatlah raya haritu
Sebabnya nak beli pedal semua tu macam taktahu lak
Jadi menu haritu cuma lemang,nasi impit, kuah lodeh dan rendang ayam





Resepi ni pun aku letak juga untuk kegunaan masa akan datang

Bahan2:
3 biji bawang merah*
Kunyit Hidup sikit saja* (takyah kuning sangat tak best)
Segenggam ikan bilis* (*kisar)
1 batang Lada Merah (hiris)
1-2 batang serai (ketuk)
2-3 hiris lengkuas (ketuk)
Santan

Sayur2:
Kacang panjang
Pucuk kering
Soo hoon
Tauhu digoreng dan hiris
Lobak Merah
Tempe (aku tak goreng sebab KakJah tak pernah goreng dulu)
Kobis

Cara2:
Tumis bahan kisar bersama hirisan lada hidup
Dah wangi dan kuning2 sikit masukkan santan
Biar santan masak dan masukkan serai dan juga lengkuas
Perasakan garam
Dah sedap masukkan sayur mayur.
Tutup api
Siap!!!

Tuesday 28 August 2012

Rendang Ayam

 Assalamualaikum

Haritu buat rendang ayam masa raya
Selalu tengok KakJah je yang buat
Aku tolong gaul2 je.
Itupun kalau khidmat diperlukan
Bila raya sendiri dan bersuami
Terpaksa jugalah buat
Baru sibuk kau nak tanya mak kau kan..


Mr.R suka rendang kering2
Aku suka ada banyak serdak
Percubaan pertama yang menjadi
Mr.R kata boleh buat open house tahun ni
Takda maknanya bang oi..
Seekor ayam bolehlah

Aku tampal resepi untuk kegunaan aku di masa akan datang

Bahan2:
Ayam seekor
Cili kering*
2 bawang besar*
3 bawang putih*
2" halia*
2" lengkuas*
1" kunyit hidup
2-3 batang serai*
Cili Padi 3 batang* (Kisar)
Santan (satu biji kelapa)
Kerisik (1-2 sudu makan)
Asam keping 1
Daun limau purut 3-4 helai
Daun kunyit 1 helai hiris halus

Cara2:
Masukkan semua bahan kisar dan daun limau purut dalam kuali
Tunggu air kering (masa buat haritu aku tengok macam dah tak didih2 tu)
Masukkan santan
Tunggu betul2 masak
Masukkan ayam (sebab ayam ni ayam biasa jadi masuk time ni sebab taknak hancur. Tapi kalau ayam kampung masukkan masa sebelum masuk santan sebab ayam kampung lambat masak)
Tunggu sampai minyak ayam tu keluar (nanti nampak ada minyak atas kuah tu)..
Masukkan gula, garam dan asam keping,
Gaul dan rasa sedap tak sedap
Ayam masak.
Masukkan kerisik. Gaul
Masukkan daun kunyit. Gaul lagi bagi sebati dan ada bau2 sedap.
Siap!!

Nota: KakJah cakap jangan terlebih kunyit nanti rasa pelik. Lengkuas pun jangan banyak sangat.
Malam buat tu jangan kering sangat. Biar basah2 dulu. Esok pagi baru keringkan lagi. Kalau tak nanti kering sangat tak best pula.

Monday 27 August 2012

Kari Kambing

Assalamualaikum



Semalam tengahari masak kari kambing..
Belum pernah buat kari.. Apa kari pun tak pernah..
Mr.R beli kambing.. Almaklumlah..
Kat sini takda yang fresh... Nak jumpa daging fresh pun tak pernah..
Melainkan raya haji nanti (ke aku yang taktahu tempat2 yang jual)
Jadi aku cakaplah kat Mr.R
Nak try buat kari. Kalau tak jadi kita buang.
Hahahah
Dah kaya sangat ke.. Mr.R cakap kat aku..



Sangat sedap.. (tapi asal dalam gambar tak nampak minyak atas kuah tu)
Kira untuk cubaan pertama macamni.. Boleh dikatakan menjadilah..
Kalau air tangan mak aku mestilah lagi sedap..
Mr.R pun kata sedap.. (dah ini seorang je pelanggan aku kan)

Aku ikut je cara masak kari daging mak aku..
Aku nak tempek resepi

Bahan2:
Kambing/daging/ayam
Bawang merah 3 ulas (sebab kambing aku sikit saja)
Bawang putih 3 ulas
Halia seketul (sederhana banyak)
Daun kari
Santan
Asam keping 1
Buah pelaga 1
Kayu manis 1
Bunga lawang 1(satu kelopak je)
Rempah kari daging (aku pakai adabi sebab kat sini takda Babas)

Cara2:
Tumis bawang merah,bawang putih dan halia yang dimayang halus. Masukkan sekali
rempah tiga sekawan tu. Campak daun kari dalam 5 helai.
Bagi wangi. Bawang pun dah kuning2 sikit.. Masukkan rempah kari daging yang dibancuh sedikit dengan air. Kacau2 bagi rempah masak. Bagi pecah2 minyak.
Masukkan kambing/daging. Gaul. Biarkan jap. (sampai air daging tu kering rasa). Sambil2 kacau.
Masukkan air 1 cawan. Tunggulah daging tu empuk. Kalau air kering masukkan air lagi.
Bila dah empuk sikit boleh masukkan kentang. Gaul. Tunggu kentang empuk.
Dah empuk tu, biar air kering sikit. Lepastu akan nampak minyak2 kat atas kuah tu. Bau pun dah sedap. Masukkan santan. Sebab daging aku sikit je, santan aku pun sikit je.
Masukkan garam. Dah agak mendidih masukkan asam keping. Siap!!

Thursday 23 August 2012

Sekeping Gambar Hari Raya


Assalamualaikum



Aku cilok gambar ni dari fb sepupu aku
Mak dengan ayah aku bajet sedondon lah tu
Hensem pula aku tengok ayah aku ni.
Mak aku??
Mak aku yang keronsang di dagu dari jauh dah nampak tu..
Hahah
Seronoknya aku rasa..
Tahun depan aku tak kira apapun mesti berhari raya dengan keluarga juga
Aku jegil mata kat Mr.R sekarang.
Hahaha



Ni beraya kat rumah cikzu (tudung coklat) aku ni
Kat JB
Adik beradik mak aku 7 orang..
Yang kat dalam ni 4 orang 
Yang kat tengah2 tu atuk aku.
Nenek aku dah takda.. Nenek aku meninggal seminggu lepas aku tunang.

Mesti lepas beraya rumah cikzu dorang beraya mana2 lagi ni

Dulu2...
Biasa malam raya kami dah ada kat kg.
Malam raya tu dah gilir2 cop dan guna iron baju

Lepastu main mercun
Mak akulah yang menyeludup mercun
Banyak gila weh mercun mak aku beli
Tapi buka mercun haram ok..
Sukalah sepupu2 aku yang sebaya adik aku
yang bahaya2 cikjek (kiri sekali baju biru) aku yang bakar kan
Nanti dengar nenek aku kata
"mak ni punyalah marah anak orang main mercun. Bila cucunya balik cucunya pula yang main"
Heheehh

Esok tu aku suka sangat kalau beraya kat kg2 yang nama dia ada parit
Parit Sulung, Parit Tengah, Parit Jawa
Rumah sedara2 yang dah tua2...
Masa tu arwah nenek aku pun sihat lagi
Lepastu terus beraya ke Johor Tenggara,Mersing,Batu Pahat.
Ohhhwww... Bestnya zaman2 dulu...
Masatu pun duit raya banyak dapat
Kena pula aku dengan kakak aku cucu pertama
Jadi duit yang pakcik makcik bagi lebihlah sikit..

Sekarang ni mengharap duit raya dari laki aku je lah..
Heheheh

Okay
Sekian.

Sunday 19 August 2012

Ramadhan Terakhir

Assalamualaikum

Semoga kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan akan datang
Ya mati itu pasti
Cuma masa dan cara saja dirahsiakan

Sekadar kenangan untukku sendiri
Harini (malam raya) ayah mertua kakak ku meninggal
Terasa masih terbayang wajah dan keletahnya.
Sesiapa sahaja terbaca post ni
Mungkin boleh sedekah kan doa untuk arwah..
Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat Allah..
AlFatihah


Tuesday 14 August 2012

Raya Kami Di Labuan

Assalamualaikum

Inilah first time raya tanpa family
Aku tak bagi Mr.R pasang lagu raya
Kalau nak dengar juga
Dengar guna earphone
Berani dia ngomel2
Kang aku melalak nak balik KL jenuh dia kan
Tiket dah sold out okay.
Jadi..layankan jelah bini dia ni..

Mr.R kena standby tahun ni
Dia kata kalau aku nak balik.. dia benarkan
Tapi tergamak pulak kan aku biar dia raya seorang diri
Mestilah aku pun tak balik

Rumah aku berserabut gila sekarang
Nak mengemas sabtu ahad tak sempat
(padahal malas sebenarnya)
Sebabnya sabtu ahad kerja
Sempat tapi bila dah balik kerja tu
Masak semua jadi letih pula
Lepas sahur bohong sangatlah kan kalau aku nak mengemop semua
Terkejut laki aku tengok aku pegang batang mop pagi2
Bila bangun siap2 terus pergi kerja.
Pukul 2,3 petang balik.. sembahyang bagai terus siap2 ke dapur
Huuu... Memang ke laut lah mode mengemas aku

Dengan baju tak berlipat bertimbun
Bagai rumah dihuni oleh 10 orang anak kecil
Padahal 2 orang makhluk saja
Nak mengagihkan kerja melipat pada rakyat jelata aku sorang tu...
Macam tak patut pula
Makanya...untuk menghilangkan sakit mata aku memandang bilik laundry aku tu...
Aku kunci tak bagi rakyat jelata aku nampak
Kalau dia nampak nanti seminggu dia perli aku

Kuih raya??? Memang semangat aku nak buat
Hahah raya tinggal berapa hari lagi baru kau nak kalut buatkan
Ala...dapat 2,3 jenis pun dah okay
Nak makan pun kami saja
Pintu rumah aku memang akan tertutup raya ni
Kalau terbuka pun takda siapa pun nak datang

Rendang? Lodeh? Ketupat?
Takda makna raya tanpa ketupat
Makanya aku dengan Mr.R dah plan nak masak rendang ayam
Kuah lodeh dan ketupat segera.
Lemang jangan dilupakan yer bang... Hahaha

Solat raya?
Insyaallah kami akan solat raya di surau selalu ni

Lepas solat??
Lepas solat apalagi...
No no bukan membongkang yer
Menyerbu rumah2 yang tak balik beraya juga
Lagipun awal2 lagi diorang dah ajak datang rumah diorang raya ni
Diorang ni pun semua orang semenanjung yang senasib aku

Okaylah
Apapun....
Semoga kita dapat dipertemukan lagi Ramadhan akan datang
Semoga Ramadhan kalini memberi banyak berkah pada aku dan keluarga
Semoga Ramadhan kalini memberi berita gembira buat aku dan suami.


Sekian






Friday 10 August 2012

Berbuka Semalam

Assalamualaikum

Wehhh...
Semalam aku berbuka di Hotel Tiara lagi
Yer lagi..
Nak buat macam mana..
Ada orang belanja.
Kami terima je lah dengan tangan terbuka.

Bak kata "Rezeki Jangan Ditolak"
Walaupun sudah sedaya upaya menolak
Heheh

Sebaiklah buffet semalam tak sama dengan haritu
Kalau tak muakkk juga wehh...
Kek dia sedaaapppp gila lah...
Kami ambil apa yang kami nak makan je
Takdalah ambil banyak2
Sekali tak habis..

Masa sebelum nak balik tu
Tertengok kat meja sebelah kami
Satu pinggan dia penuh dengan sate tak habis
Adalah dalam 20 cucuk aku rasa
Aku memang perasan diorang ambil banyak gila
Terkejut gak masa tengok tu
Yelah...
Memanglah tak kisahkan
Korang dah bayar kan...
Suka hatilah kan nak ambil banyak mana...
*Ko sibuk apahal kata dia*

Entahlah..
Aku rasa walaupun makan buffet
Dah bayar RM47 seorang...
Tak perlu kot nak membazir sampai macamtu
Rasa sedih je aku tengok makanan tu terbuang macamtu.
Ambillah sikit2..
Mungkin diorang takut habis kot
Tapi seriuslah takkan habis nya makanan tu

Rabu haritu ada orang belanja nasi kandar
Kat Restoran Deen
Kat sini je yang paling menepati selera
Masa makan tu..Aku makan seperti biasalah kan
Tetiba aku perasan isteri2 lain ambil polystyrene nak bungkus nasi kandar diorang
Diorang tak habis makan
Aku sorang je isteri yang berjaya habiskan nasi tu
Tetiba aku terasa malu
Nampak noo aku pelahap erh???
Taklah...*kata aku dalam hati*

Apahal aku mengurangkan pahala puasa aku harini



Wednesday 8 August 2012

Char Kuey Teow

Assalamualaikum

Semalam berbuka dengan char kuey teow
Kononnnya..
Teringin sangat makan char kuey teow
Tapi kat Labuan takda pula
Mesti kata korang masak lah sendiri..
Yer.. Kalau aku masak rasa macam tak sama juga
Tapi aku belum pernah cuba
Makanya semalam try juga



Aku dah kata kat Mr.R
Kalau tak sedap, esok(harini) aku belanja dia makan
Mr.R pula saiko2 aku
Buatlah yang aku punya dulu.
Bila rasa sedap baru buat dia punya
(macamlah kau boleh rasakan..)
Nekad buatlah juga
Alhamdulillah....
Seeedddaaapppp
(Tapi aku pernah makan yang lagi sedaplah)

Jadi...
Bila masakan menjadi,haruslah tempek resepi di sini yer..
Untuk kegunaan di masa diperlukan
Bahan rujukan: Dunia Dari Dapur KakJee dan Table for 2...or more

Bahan2:
Kuey teow - sebungkus
Bawang putih tumbuk - 6 ulas (kecil2 je bawang aku ni)
Udang - 6 ekor
Kucai
Taugeh
Telur - 2 biji

(Perasa untuk satu kali goreng)
Kicap - 3 sudu besar
Kicap pekat - 1 sudu besar
Sos Ikan - 1 sudu kecil
Pes cili - 1 sudu kecil (pes cili ni aku tumis bawang merah tumbuk halus 2 biji dah wangi masuk cili kisar sampai masak)

Cara2:
Semua bahan bahagi dua.
Panas kan minyak. Masuk udang. Goreng agak2 dah wangi. Ketepikan
Masukkan bawang putih tumbuk. Bagi wangi.
Masukkan kuey teow. Kacau2 bagi rata. (aku biar lama gak)
Masukkan sikit taugeh dan kucai. Gaul. (lama gak yang ni)
Masukkan perasa kicap2 dan pes cili. Gaul.
Pecahkan telur. Biar garing sikit. Masukkan tambahan kucai. Gaul
Sambil tu masukkan udang tadi,taugeh.
Kacau sekejap terus angkat.

Cuma yang tak berapa best kuali aku tu cepat hangus bila api besar.

Okay. Sekian.

Monday 6 August 2012

Lee Chong Wei - Badminton Olimpik 2012




Assalamualaikum


Harini 18 Ramadhan 1433
Nuzul Quran


http://www.hmetro.com.my/myMetro/Gallery/FotoMenarik/1010.jpg

Kalah bermaruah. Nampak semangat Datuk Lee Chong Wei berlawan sampai habis.
21-15, 10-21, 19-21
Rasanya malam tadi sesiapa saja boleh menang. Cuma rezeki menyebelahi Lin Dan.
(London)

4 August 2012

Assalamualaikum

4 August haritu birthday Mr.R
Takda sambutan apa2 pun
Cuma biasalah kan bagi kad dan hadiah
Bagi kad dan hadiah pun lambat2 sikit
Sebabnya pokcik tu merajuk gedik dengan aku
Heheh
Tapi tahun ni ramai pula yang wish kat dia
Almaklumlah orang dah pandai main mukabuku
Hahah

Kebetulan buka puasa haritu ada rezeki
Orang belanja berbuka puasa di Hotel Tiara
Aku tengok iklan dia satu kepala RM47.10
Terima kasih yer...



                                 Penuhkan meja kami. Biasalah nafsu mengatasi segalanya.


                                                    Ini pinggan Mr.R. Pinggan aku tak boleh tunjuk.


                                                        Rojak buah dia sedap.


         Dimsum Tiara Hotel sedap gila. 1st Time makan masa owner hotel ni belanja Mr.R. Memang sedap!


             Ni yang panggang2 punya. Ada kambing sotong udang..... Macamlah korang tak nampak kan.


                                              Sate pun sedap. Apa jer yang tak sedap untuk ekau wey.

                                Yang aku nak makan sangat. Nahhh ambil lemang dan rendang daging

Tapi rambang2 mata pun nak makan banyak mana sangat kan
Macam biasalah
Berbuka pukul 6.30 pm
Pukul 7.30 pm tu kami dah kalut nak balik
Sebab isyak pukul 7.50
Kang terlajak terawikh pula
Kami ambil sekali tu je lah
Lepas berbuka tu takda bangun2 dah repeat
Lepas sembahyang mahgrib ambil buah dan aiskrim terus balik
Padahal banyak lagi menu kami tak ambil
Nasi ayam, laksa Tiara,Mee kari
Air2 dia yang pelbagai pilihan.
Perggghhhhh rambang mata wehhhh
Kat sini bagi aku yang sedap dimsum dan rendang itik.

Kira tu celebrate untuk Mr.R lah tu
Ada kek semua.
Aci tak??
Heheh




Bila makan kat luar baru ambil gambar
Ni pun Mr.R yang rajin ambil
Kat rumah masing2 malas nak pegang camera

Okay sekian

Friday 3 August 2012

Puasaku harini

Assalamualaikum

Kami di Labuan dah selamat berbuka
Walaupun berbuka dengan sambal telur dan sayur kacang panjang+udang galah sahaja
Bila memasak sendiri rasa enak selera sangat

Bulan puasa ni
Memang kami takda tambah2 nasi
Mula2 buat 2 pot tak habis
Esoknya kurangkan 1\2
pun tak habis
La ni buat 1 pot saja
Itu pun tak habis weiii
Selalu memang pokcik tu yang bertambah
Bila puasa2 ni dia tak booleh nak makan banyak

Hasilnya..........
Seluar dia yang entah tahun berapa tu
dia bole muat
sampai tercerut2

Weh padahal bukan ni aku nak cita
hahah
okay
selamat berbuka pada yang lain

sekian

Ini Menu 1st Puasa

Assalamualaikum

Hahah
Ni sepatutnya aku publish masa puasa pertama haritu
Tapi lupa pula.
Almaklumlah masa tu kat KL kan.
Bila dah sampai Labuan lupa nak menayang

Ni kat umah KakJah dan Pak Mail
KakJah buat mee bandung
Special untuk anakmenantu2 yang balik
Mee bandung KakJah ramai kata sedap.
Ayah aku suruh benti kerja meniaga mee bandung
Memang takda makna lah kan mak aku nak benti
Hahah



Sila fokus pada kuah mee bandung
Itu kerja aku lah tu
Bawa penuh sangat
Menceceh2 nak sampai ke depan
Tangan gigil
Kata puasa pertama kan...


Inilah makanan yang menjadi idaman laki aku nih.
First time dia makan sebelum kahwin dulu
Dulu nak minta buatkan lagi segan..
Sekarang siap request kat mak aku kan..


Bagi dekat lagi...
Astagfirullahalhazim...
Takda niat nak meliurkan orang yang sedang berpuasa yer...
Tapi aku tengok sekarang pun aku terliur wehh...

Aku nak balik KL......!!!!!

Thursday 2 August 2012

Hai Anak Sedara

Assalamualaikum

Anak sedara Mr.R call aku
Tetiba dia cakap
selamat hari jadi kakchu
aku dah gelak yang amatlah
birthday aku bulan satu!!!
hahah

Dia salah faham lah tuh
Mesti mak mertua aku cakap
Birthday acu
Acu tu refer to laki aku
Dia ingat aku
Mahu aku tak gelak
Dahlah birthday Mr.R sabtu
bukan harini
hahah

Aku kata hari sabtu lah
bukan harini
Dia duk gaduh juga cakap harini lah
Aku saja nyakat dia lagi
Lastly dia diam
hahah

Ni lah dia Qistina
Memang kalau aku balik
Mesti dia nak ikut aku gi mana
Selalu pun kalau aku balik rumah Mr.R
Asal nak keluar memang aku akan bawa dia
Sekarang dia dah kenal nombor dan tahu nak calling2
Jadi selalulah dia call hp Mr.R
Tapi nak cakapnya dengan aku

Dia ada adik
Adik dia lagi kelakar
Kalau aku balik
Jenuhlah asyik pandaaaang je aku
Bila ada orang block dia dari nampak aku
Nanti dia jerit tepilahhhhhh
Siap tangan tepis
Memang aku gelaklah
Mak mertua aku pun kenalah juga
Suruh ketepi sebab nak tengok aku.
Bebudak....

Okay sekian

Tuesday 31 July 2012

Addoiihai Mokcik

Assalamualaikum

Entah dah berapa kali aku terbangun lewat
Bukannya bangun lewat untuk sahur
Bangun lewat nak gi kerja
Marah pokcik sorang ni tau
Yelah pokcik ni mestilah mengharap mokcik ni yang kejut
Tapi aku boleh bantai tertidur sampai 7.40 lah 7.30 lah

Sahur belum pernah tak bangun lagi
Selalu pukul 3 pagi memang aku dah sedar dah
Memang bunyi alarm aku takda ngelat2
Solat apa semua
3.30 aku kat dapur
Pukul 4 kejut pokcik yang tengah lena tu
Sahur sambil tengok sukan olimpik

Lepas subuh semua
Lebih kurang 5.30 tidur semula
Aku set jam pukul 7 pagi
Tapi sokmolah aku snooze kan alarm tu
Dari 2 minit ke 2 minit ke 2 minit
Sedar2 7.30
Sedar2 7.40
Mahu tak kelam kabut nak mandi semua kan
Tapi yang kelam kabut pokcik tu
Aku biasa dah bangun last2 minit ni
Bangun lewat macam mana pun
So far belum punch card lewat lagi lah.

Tapi dah asyik kena perli jer dengan pokcik ni
Malu aiii
Esok nekad dah
Bunyi alarm terus bangun ok...
OKKKKKOOOOO

Ok sekian

*Ohhh mesti ada yang baca kat paper kan pasal kapal MISC terbakar tu
Semua mangsa dah dijumpai. Semua mati. Sedih sebab 4 orang melayu.
Umur pun muda2 je. 20 tahun,26 tahun. Jauh betul mangsa dihanyutkan dari tempat
kejadian. Tapi sorang mangsa yang berumur 20 tahun dijumpai dalam perut kapal
yang hangus terbakar tu. Semoga roh mereka semua dirahmati ALLAH..

Monday 30 July 2012

Rezeki Semalam

Assalamualaikum

Semalam ada orang belanja aku berbuka di Hotel Grand Dorsett