Monday 27 February 2012

Nur Muhammad Mikail

Assalamualaikum


                                             *Bukalah mata tu Mikail

Yerrr....inilah my 1st nephew..... Nur Muhammad Mikail.... Alaalaaa... Tomey nya..... Putih. Tapi kenapa ada rupa mak mertua akak aku ni...??? Hihihi Putihnya.... hidung mancung nya.... Macam hidung akak aku.. Muka macam tembam2 je aku tengok. Masa akak aku pregnant,perut akak aku kecil jer.. Orang kata dah sembilan bulan macam tak caya jer... Tapi bila kuar baby,tembam pula... Geram lak aku.... Tak sabar aku nak balik nak tengok Mikail ni...

Aku dah jadi mak ngah??? Oh tidak... nampak tua sangat... Aunty??? Taknak juga..... Adik aku dulu berangan nak nephew panggil dia Uncle... Heeeee tak padan dengan umur... Tak sabar dorang nak tunggu Mikail besar nak bawa gi tengok bola. Boleh pula macam tu... Yang adik bongsu aku,aku suruh dia bawa Mikail ni gi surau dah besar nanti. Hahahhahah

Mak aku pula tengah berangan sekarang. Apa tak nya... Masa mak aku nak masuk tengok akak aku kat hospital,nurse tak bagi masuk (cuma mak dan suami sahaja dibenarkkan) sbb tak percaya mak aku tu MAK kakak aku. Dia ingat kawan2. Mak aku kembanglah sebab mesti nurse tu cakap nampak muda. Hahahahh

Bertambah sudah seorang dalam keluarga kami.... Semoga menjadi anak yang soleh bijak.

Kak....tahniah tau... Doa kan kita pula.... Mak aku kata "Insyaallah...lepas ni adik pula dapat baby"....
AMiiiiinnn...... Selalunya doa ibu sangat termakbulkan..... AMIIIIINNNNNNNNNNNNNNNNNN

Sunday 26 February 2012

Welcome to our Family

Assalamualaikum

Kakak aku Nurul Aqilah @ Manja telah selamat melahirkan baby boy pukul 1.30 petang tadi.... Syukur Alhamdulillah kakak dan baby selamat(Ini yang penting). Ini cucu pertama dalam keluarga kami.... Gembira hati tak terkata (Jantung aku berdegup laju gila) InsyaAllah....Rezeki ku akan menyusul. Doakan kami pula....

Abang ipar aku kata nak sent gambar. Tapi tak sempat lagi nak tengok sebab doktor tengah buat apa ntah... Tak sabar aku nak tengok anak saudara pertama aku ni... Ayah aku sekarang outstation di Indonesia mesti tak sabar nak balik Malaysia. Selamat menjadi atuk dan nenek yer abah dan mama.... Doakan Adik pula!!!! (Macam pelik pula aku nak panggil mak ayah aku ni atuk nenek)

Aku takda mood nak masak sebab aku terlalu Gembira.........

Thursday 23 February 2012

Atas Nama Cinta

Assalamualaikum

Best la pula tengok cerita Atas Nama Cinta tadi. Macam tak sabar pula nak tunggu isnin depan. Pelakon utama Shah Iskandar cool je berlakon. Bila dia tetiba teringat Cinta masa kecil tu macam sedih gila aku. Huuuu Rupanya dia ni kelahiran Singapore. Lahir tahun 1982. Jadi umur dia sebaya Mr.R lah(Motif?? Heee) Kenapa erh yang berlakon best2 semua dari Singapore. Aaron Aziz,Adi Putra.






Tak sabar nak tahu ending cerita ni. Lastly Cinta dengan Ghaz ker????

Tuesday 21 February 2012

Serabutnya Kepala

Assalamualaikum

Mr.R takda sampai pukul 12 malam ni sebab pergi memancing sotong kat mana entah. Dengan Jeff. Dia tanya aku nak ikut tak? Huuuuu Tak kuasa aku malam2 nak pergi memancing dengan semua lelaki. Mr.R pun berbasi2 je tu ajak aku. Kan abg,kan. 

Lepas maghrib tadi aku terus basuh pinggan 2.3 biji kat dapur,lap dapur. Lepastu vacuum rumah,mop rumah. Masukkan kain dalam mesin basuh,mesin lah yang basuh takkan aku juga. Kalau ada Mr.R aku memang sangatlah jarang mengemas rumah. Taktahu lah kenapa. Bila ada Mr.R rasa macam nak pandang muka dia berkepit je dengan dia. Buweeekkkk!!!! *Nak muntah gi jauh2.

Jadi selalunya aku tunggu dia tidur dulu baru lah aku mengemas rumah. Ataupun sebelum dia bangun nak gi kerja tu,aku dah siap mengemas. Vacuum hari2 mop lak 2 hari sekali. *Motif bagitahu??? Masa belum kahwin,tak pernah aku pegang mop!!! Serius!! Vacuum jer. Itupun bila terpaksa. Cuma aku paling tak larat kalau nak menyental bilik air. Tak larat aku nak terbongkok2 lama2 dalam bilik air. Jadi seminggu sekali sahaja aku menyental. Sebelum kahwin tak pernah aku menyental bilik air aku. Kecuali bila terpaksa!!! Serius!!! Huuu Sebaik lah ini bukan syarat utama untuk jadi isteri Mr.R

Dulu rasa macam malas je aku nak buat kerja rumah. Sekarang rasa macam sangat suka. Mungkin ini lah kot apa yang dirasa setiap ibu. Tak adalah aku rasa boring ker buat kerja yang sama setiap hari. Memasak walaupun tak pandai masak. Suka bila masak tu Mr.R cakap "sedap yang" Auuuwww...rasa terharu okay.... Rasa macam nak masak lagi lepastu. 

Semenjak kerja sebagai pa Mr.R kat office dia ni dah jarang lah aku masak. Setiap hari aku dah ready pukul 6 pagi untuk masak. Kalau aku masak untuk sarapan,maknanya lunch kami jarang makan nasi. Sebabnya selalu breakfast aku buat berat sikit. Nasi goreng ke,nasi lemak ke. Kalau pagi aku masak untuk lunch,maknanya pagi tu kami akan breakfast kat luar. Malam nanti baru aku masak nasi ke goreng mee ke. Hahahhhh Itulah rutin aku di Labuan ni. 

Kat office mesti aku dah tengok2 blog masakan ambil resepi untuk masak malam nya. Bosan ker? Taklah aku suka. Cuma selalu bila nak masak ada jer barang yang tak mencukupi. Bila dah boring sangat2 barulah Mr.R ajak makan luar. Ker masakan ku tak sedap??? Huuuuu

Aku pun taktahu apa motif aku tulis ni.  Hati aku harini sangat tak tenteram. Skema nya ayat. Tapi serius,tak tenteram. Aku tahu sebab apa. Sebab aku belum "cuti" lagi. Sepatutnya aku semalam atau hari ni aku dah start. tapi masih belum2 lagi. Takkan kau tak suka kot bila tak cuti??? Mestilah aku suka. Itu tandanya rezeki ku telah tiba. Tapi masalahnya suhu aku rendah yang amat. Selalu kalau suhu aku dah jatuh mendadak macamtu,paling2 lewat pun petang sebelum maghrib aku dah cuti dah. 

Semalam aku ingat dah start cutilah. Aku dengan confidentnya letak telekung semua dalam bakul. Balik kerja, Errrrhhh.... bersih lagi... Ambil balik telekung tu sebabnya aku bawa satu je kat Labuan ni. Kesudahnya sampai ke sekarang ni aku bersih lagi...

Aku takut tragedi tahun lepas jadi semula. Huuuuu kalau aku tak buat BBT tu mesti aku tak risau. Mesti aku dah tergedik suruh Mr.R cari stick tu. Serabut sekejap kepala aku ni. Siapa pernah macam aku ni??? Bagitahu aku cepat..... Huuuu

Semoga Allah melindungi aku dari sebarang keburukan..... Amiiiinnnnn.....

Thursday 16 February 2012

PenPal

Assalamualaikum

Korang pernah ada penpal aka teman pena tak? Tengah susun2 surat,teringat pula dengan kenangan lama. Hahah Dulu aku pun ada teman pena ni. Dua orang. Dua2 ini kawan perempuan aku yang rapat. Kira memang rapatlah.

                                             

Yang sorang kawan masa sekolah rendah kebangsaan,sorang lagi sama kelas sekolah agama. Aku memang rapat dengan kawan yang pertama ni. Walaupun kami tak sama kelas tapi kami balik sekolah sama2 walaupun rumah jauh juga. Sekolah pagi,tengahari naik bas. Masa darjah 6 dah pandai naik intrakota. (Tapi rasanya sekarang ni dah takda kot bus ni. Dah tukar kepada rapid KL.) Boleh kata tiap2 petang aku datang rumah dia,dia dia datang rumah aku lah.(Pelik pula aku,aku tak sekolah agama ke???) Sampai kami pernah coret nama kami berdua kat sebatang pokok. Last aku berutus surat dengan dia dulu,dia ada bagitau nama kami ada lagi. Huhuhuh (jangan salah faham yer dengan hubungan ini. 100% bersih).

Habis darjah 6 kami lain2 sekolah. Memang dah jaraaaang sangat jumpalah. Start tu lah kami mula menjadi "penpal". Hahah Tak ingat lah apa yang kami cita dalam surat tu. Yang aku ingat kami cita pasal kawan2 baru,cikgu,orang yang aku benci dulu dah jadi kawan baik aku,pasal kenangan dulu. Cehhh poyo2 jer. Lastly mesti ada "bestnya kalau kita sekolah samakan" Hahah

                                             
                                   


Tapi aku macam jahat sikit kot. Sampai satu masa tu,aku macam tak sempat2 nak balas surat dia. Tiap2 tahun dia bagi kad raya dan birthday untuk aku. Aku pula,beli kad untuk dia tapi tak pos2. Start tulah kami mula renggang sikit kot. Bila aku tak balas,dia pos juga kat aku. Huuuu.... Lastly dia macam kecil hati. Aku tahu,kalau dia baca ni,dia tahu ini kisah dia... Padahal aku suka berkawan dengan dia. Aku tak ramai kawan. Bila dengan dia senang aku nak borak. Tapi baru darjah 6 kan. apa yang korang expect kan. Sorry my friend...

(Yang kedua next post lah.Macamlah ada orang baca.Hahah)

Monday 13 February 2012

Bila Suamiku Mula BerMukaBuku

Assalamualaikum

Bila suamiku mula bermuka buku... Sebelum ni Mr.R memang tak pernah ada muka buku semua ini. Tapi baru2 ini Mr.R baru buka muka buku sebab aku jugalah yang suruh dia buat muka buku. Ini semua gara-gara satu game yang kami main dalam hp Mr.R. Aku tengok markah aku tinggi dari yang pemain2 kat list tu kan tapi tak boleh nak lawan diorang sebabnya kami tak join muka buku ni. Itu yang lastly aku suruh Mr.R buka dan baru boleh join. Markah kami memang no 1 jerlah memanjang. Hahah

Sekarang ni,asik nampak muka Mr.R tersenyum sensorang. Aku selalulah perli dia amboi...sekarang dah start senyum sorang2 ni... Bahaya ni...

Yang suamiku ini pula,asyik tersenyum sorang2 memang buat aku tension juga sebenarnya. Apa taknya,tengah tengok tv berdua,aku cakap dengan dia takda respond,rupan2nya dia tengah senyum baca kat hp dia. Aku tau lah dia tengah baca muka buku dia tu. Terus aku buat muka 12 aku. Tapi taktau lah dia perasan ke tak. Hahahh

Aku pun dengan gediknya bukalah juga mukabuku. Buka sekali jer add Mr.R,sampai ke harini tak pernah buka. Kang ternampak page kawan2 yang dah ada anak 5,6 orang jeles pula. Hahah Tapi ada ke kawan aku yang dah ada 5,6 orang anak???

Tapi memang Mr.R bagi aku bacalah laman muka buku dia tu. Memang takda sorang kawan perempuan lah. Kebanyakannya kawan2 UITM dia dengan kawan2 yang sama minat mengumpul jam seperti Mr.R. Jadi selama ini dia memang berbalas komen semua tu dengan diorang je lah kan. Itu yang aku nampaklah. Hahaha Marah Mr.R baca ni... :-)

Ada yang aku kenal2 kat sini,diorang ada dua muka buku. Pertama diorang panggil "mukabuku baik". Yang ini mukabuku untuk girlfriend diorang. Maksudnya kat laman tu semua orang tahu dia dengan girlfriend tu dah kahwin atau tunang atau bercinta.  Yang kedua diorang panggil "mukabuku jahat". Yang ini untuk diorang "nakal2". Kat laman kedua inilah untuk diorang kenal2 dengan awek2 lain tanpa pengetahuan girlfriend diorang yang sebenar. Macam-macam hal....  Ada orang boleh putus cinta sebab muka buku. Ada orang boleh bercerai berai sebab muka buku. Ada orang pula boleh bertemu cinta sebab muka buku. Pokok pangkal niat hati seseorang itu kan..

Tapi sebenarnya bagi aku seronok ada mukabuku ni sebab aku sendiri pun pernah ada. Orang kata boleh menyambung silaturahimlah. Hubungan dengan kawan-kawan pun takdalah terputus macamtu je terutama lepas habis belajar dan lepas kahwin.Cuma kena pandai jaga dirilah. Yang dah berkahwin dan bertunang kenalah tahu batas2nya.

Sotong Masak Halia

Assalamualaikum...

Ini menu dah basi dah ni. Tapi bolehlah nak buat jadi rujukan,andaikata tetiba aku tak ada idea nak masak kan. Menu ni aku masak untuk lunch Mr.R masa birthday aku.. Aku puasa time ni.. Hahah..Tak special langsung kan... Hahah.. Kan aku dah cakap.. Rumah aku kat Labuan ni sangat terhad peralatan nya... Kalau aku cakap mesti orang gelak... Kat sini papan menguli pun aku takda.. Inikan pula oven bagai... Bila baca2 blog orang,tengok tuan rumah buat roti,kek... adoi...best nya... Tapi apakan daya Mr.R dah cakap,selagi belum pass menguli tepung pakai botol sos,jangan mengada nak bread maker. Hahah. Mr.R taklah kejam sangat...Dia cakap nak beli,tunggu dah balik KL nanti... (Erh Mr.R yang cakap ke aku yang cakap) Hihih


Takpelah... Nanti dah ada gadget semua..tak terbuat pula nya kan.. Aku ni semangat jer tinggi... Bila nak buat,ada je alasan.. Malas lah tu... Hihi. Bak kata orang... Kalau dah rajin tu... Dengan dapur kayu pun boleh mencuba macam2 masakan kan... Tetiba aku nak tergelak ingat Mr.R perli aku.. Aku tanya dia..malam ni nak makan ketam lagi ker.. Dia jawab apa aku tak pasti,sebab tak berapa clear.. Aku cakap kalau nak makan ketam lagi nak keluarkan dari peti ais.. Jadi,balik kerja boleh aku masak terus.. Selepas itu,aku sembahyang..langsung lah terlupa pasal Ketam ni...

Bila nak turun tangga (Rumah aku tingkat 3),aku tetiba terfikir pasal McD yang boleh beli banyak2 tu.. Ada prosperity 2,McChicken 2.. Aku terus je lah cakap kat Mr.R, sedapnya kalau ada McD yang banyak2 tu.. Dan2 lah aku teringat ketam aku... Alamak terlupa pula nak keluarkan ketam.. Terus Mr.R balas... "Ellehh...I faham maksud you.. bukan i tak kenal you pun... Kalau you taknak masak,memang itulah alasan you. nak masak ketam pun tak boleh,beku lagi.." Dia mengajuk aku cakap.. Sabar jer lah... Aku dah gelak gila plus malu sikit. Mesti dia ingat wife dia ni malas..

Okay dah.. Ni resepi untuk Sotong masak halia..

Bahan-Bahan:
1) Bawang Holland 1/2 biji - Hiris
2) Bawang Putih 1 biji - Pecahkan/Hiris
3) Halia - Mr.R suka banyak halia. So aku letak lebih hirisan
4) Cili Api 2 biji - Hiris bagi ada pedas
5) Sos Tiram
6) Kunyit Hidup - Hiris

Cara-Cara:
1) Tumis bahan hirisan. Bagi sampai naik bau dan kekuningan sikit.
2) Kering sangat masukkan air sikit. Masukkan sos tiram. (letak agak2 dah sedap rasa kuah tu)
3) Masukkan sotong yang di potong dan garam. Rasakan.
4) Sotong dah masak angkat untuk hidang.


Aku lawankan dengan sayur buncis campur carrot dan suun..

BACK TO NORMAL

Assalamualaikum...

Yer...aku dah sampai Labuan semula. Selalu kalau sampai jer airport Labuan mesti aku dengan Mr.R cakap "Back To Normal". Yer lah...Lepasni kembalilah kami keboringan duduk di sini. Erh,Kami? Bukan Mr.R sorang jer yang boring duduk kat sini. Aku okay jer...

Aku sampai KL 4hb,sampai terus pergi rumah makayah aku di Sri Gombak. Rindu gila aku nak bermanja2 dengan bilik dan katil aku. Rasa nikmat sangat dapat balik rumah. Kebetulan masa tu atuk family pakcik aku pun datang rumah aku sebab esok ada majlis tunang sepupu aku. Tapi aku tak dapatlah datang sebab esok aku nak pergi Kelantan kenduri kahwin sepupu Mr.R. Takpe,nanti kahwin bulan 6 ni,aku datang.


                                
                                       Inilah tempat kami berteduh sepanjang di Kelantan. Rumah Kak Mah. Sedara mak Mr.R.

5hb kami bertolak pagi,sampai sana terus check in hotel kat Tanah Merah. Aku ajak tidur rumah sedara je,Mr.R taknak. Mr.R cakap boleh meronda ronda malam ni. Jadi malam tu kami pergi ke Wakaf Che Yeh. Best jugalah kat sini. At least boring2 adalah tempat nak membuang masa kan. Kalau kat Labuan,boring2 taktahu nak pergi mana.


                                


                                
                                                  Sepanjang jalan nak ke Tanah Merah.



                                 
                                                       Masa ni kat Wakaf Che Yeh


                                  
                             Aku tak rasa pun tudung tu cantik,tapi Mr.R beria-ia kata tudung tu cantik.


Banyak gila tudung murah,tshirt2 murah,toto,kain pasang... Orang kata banyak pilihan lah. Rambang juga mata aku. Tapi aku cuma membeli 4 helai tudung dan sehelai tshirt. Mr.R beli perfume.

Masa kami pergi ni kedai belum buka semua. Tapi yang dah buka lagi banyak la. Che Yeh ni biasa buka penuh pukul 11,12 tak silap. Tutup lebih kurang pukul 2 pg. Macam uptown Danau Kota semua. Ramai yang teramatlah orang malam tu. Mungkin sebab cuti Maulidur Rasul kan. Kebetulan esok tu pula Cuti Thaipusam. Jadi ramai lah orang luar malam tu kat situ.


Ada satu kes tu,aku tengah belek2 tudung kat satu kedai. Terang2 lah aku try tudung tu. Tetiba datang satu perempuan ni,suka2 hati je cakap "Ketepi sikit boleh"(dengan nada sangat sombong bagi aku). Padahal sebelah kiri kanan aku semuanya kosong. Banyak lagi ruang untuk dia pilih tudung. Nak borong semua pun boleh. Aku buatlah muka pelik. Aku tak beranjak pun. Biar dia. Lepas tu dia boleh macam tolak aku sikit cakap lagi "Tepi sikit" dengan bahasa bagi aku sangatlah kasar dan muka sangatlah sombong untuk orang yang tak kenal dia. Aku letak tudung tu,aku lalu sebelah dia,aku cakap "Haa,pilihlah puas2". Lepastu aku gi kedai lain yang jauh lebih murah dari kedai akak tadi.

Lepas gi Wakaf Che Yeh,kami terus balik hotel sebabnya Mr.R dah flat sangat. Mahu tak flat. Semalam sampai KL dia terus buat kerja sampai pukul 9 lebih. Sampai rumah aku,takkan dia nak terus tidur pula kan lepas makan. Mestilah kena beramah mesra dulu. Pukul 1 lebih baru tidur. Pagi2 dah bertolak gi Kelantan. Dia drive seorang. Haa...Itulah padahnya bila tak yakin dengan si isteri... Hahah

                                      
                                                                                                                 Senang berniaga macam ini.