Monday 13 February 2012

BACK TO NORMAL

Assalamualaikum...

Yer...aku dah sampai Labuan semula. Selalu kalau sampai jer airport Labuan mesti aku dengan Mr.R cakap "Back To Normal". Yer lah...Lepasni kembalilah kami keboringan duduk di sini. Erh,Kami? Bukan Mr.R sorang jer yang boring duduk kat sini. Aku okay jer...

Aku sampai KL 4hb,sampai terus pergi rumah makayah aku di Sri Gombak. Rindu gila aku nak bermanja2 dengan bilik dan katil aku. Rasa nikmat sangat dapat balik rumah. Kebetulan masa tu atuk family pakcik aku pun datang rumah aku sebab esok ada majlis tunang sepupu aku. Tapi aku tak dapatlah datang sebab esok aku nak pergi Kelantan kenduri kahwin sepupu Mr.R. Takpe,nanti kahwin bulan 6 ni,aku datang.


                                
                                       Inilah tempat kami berteduh sepanjang di Kelantan. Rumah Kak Mah. Sedara mak Mr.R.

5hb kami bertolak pagi,sampai sana terus check in hotel kat Tanah Merah. Aku ajak tidur rumah sedara je,Mr.R taknak. Mr.R cakap boleh meronda ronda malam ni. Jadi malam tu kami pergi ke Wakaf Che Yeh. Best jugalah kat sini. At least boring2 adalah tempat nak membuang masa kan. Kalau kat Labuan,boring2 taktahu nak pergi mana.


                                


                                
                                                  Sepanjang jalan nak ke Tanah Merah.



                                 
                                                       Masa ni kat Wakaf Che Yeh


                                  
                             Aku tak rasa pun tudung tu cantik,tapi Mr.R beria-ia kata tudung tu cantik.


Banyak gila tudung murah,tshirt2 murah,toto,kain pasang... Orang kata banyak pilihan lah. Rambang juga mata aku. Tapi aku cuma membeli 4 helai tudung dan sehelai tshirt. Mr.R beli perfume.

Masa kami pergi ni kedai belum buka semua. Tapi yang dah buka lagi banyak la. Che Yeh ni biasa buka penuh pukul 11,12 tak silap. Tutup lebih kurang pukul 2 pg. Macam uptown Danau Kota semua. Ramai yang teramatlah orang malam tu. Mungkin sebab cuti Maulidur Rasul kan. Kebetulan esok tu pula Cuti Thaipusam. Jadi ramai lah orang luar malam tu kat situ.


Ada satu kes tu,aku tengah belek2 tudung kat satu kedai. Terang2 lah aku try tudung tu. Tetiba datang satu perempuan ni,suka2 hati je cakap "Ketepi sikit boleh"(dengan nada sangat sombong bagi aku). Padahal sebelah kiri kanan aku semuanya kosong. Banyak lagi ruang untuk dia pilih tudung. Nak borong semua pun boleh. Aku buatlah muka pelik. Aku tak beranjak pun. Biar dia. Lepas tu dia boleh macam tolak aku sikit cakap lagi "Tepi sikit" dengan bahasa bagi aku sangatlah kasar dan muka sangatlah sombong untuk orang yang tak kenal dia. Aku letak tudung tu,aku lalu sebelah dia,aku cakap "Haa,pilihlah puas2". Lepastu aku gi kedai lain yang jauh lebih murah dari kedai akak tadi.

Lepas gi Wakaf Che Yeh,kami terus balik hotel sebabnya Mr.R dah flat sangat. Mahu tak flat. Semalam sampai KL dia terus buat kerja sampai pukul 9 lebih. Sampai rumah aku,takkan dia nak terus tidur pula kan lepas makan. Mestilah kena beramah mesra dulu. Pukul 1 lebih baru tidur. Pagi2 dah bertolak gi Kelantan. Dia drive seorang. Haa...Itulah padahnya bila tak yakin dengan si isteri... Hahah

                                      
                                                                                                                 Senang berniaga macam ini.



                                    

No comments:

Post a Comment