Thursday, 16 February 2012

PenPal

Assalamualaikum

Korang pernah ada penpal aka teman pena tak? Tengah susun2 surat,teringat pula dengan kenangan lama. Hahah Dulu aku pun ada teman pena ni. Dua orang. Dua2 ini kawan perempuan aku yang rapat. Kira memang rapatlah.

                                             

Yang sorang kawan masa sekolah rendah kebangsaan,sorang lagi sama kelas sekolah agama. Aku memang rapat dengan kawan yang pertama ni. Walaupun kami tak sama kelas tapi kami balik sekolah sama2 walaupun rumah jauh juga. Sekolah pagi,tengahari naik bas. Masa darjah 6 dah pandai naik intrakota. (Tapi rasanya sekarang ni dah takda kot bus ni. Dah tukar kepada rapid KL.) Boleh kata tiap2 petang aku datang rumah dia,dia dia datang rumah aku lah.(Pelik pula aku,aku tak sekolah agama ke???) Sampai kami pernah coret nama kami berdua kat sebatang pokok. Last aku berutus surat dengan dia dulu,dia ada bagitau nama kami ada lagi. Huhuhuh (jangan salah faham yer dengan hubungan ini. 100% bersih).

Habis darjah 6 kami lain2 sekolah. Memang dah jaraaaang sangat jumpalah. Start tu lah kami mula menjadi "penpal". Hahah Tak ingat lah apa yang kami cita dalam surat tu. Yang aku ingat kami cita pasal kawan2 baru,cikgu,orang yang aku benci dulu dah jadi kawan baik aku,pasal kenangan dulu. Cehhh poyo2 jer. Lastly mesti ada "bestnya kalau kita sekolah samakan" Hahah

                                             
                                   


Tapi aku macam jahat sikit kot. Sampai satu masa tu,aku macam tak sempat2 nak balas surat dia. Tiap2 tahun dia bagi kad raya dan birthday untuk aku. Aku pula,beli kad untuk dia tapi tak pos2. Start tulah kami mula renggang sikit kot. Bila aku tak balas,dia pos juga kat aku. Huuuu.... Lastly dia macam kecil hati. Aku tahu,kalau dia baca ni,dia tahu ini kisah dia... Padahal aku suka berkawan dengan dia. Aku tak ramai kawan. Bila dengan dia senang aku nak borak. Tapi baru darjah 6 kan. apa yang korang expect kan. Sorry my friend...

(Yang kedua next post lah.Macamlah ada orang baca.Hahah)

No comments:

Post a Comment