Monday, 13 February 2012

Bila Suamiku Mula BerMukaBuku

Assalamualaikum

Bila suamiku mula bermuka buku... Sebelum ni Mr.R memang tak pernah ada muka buku semua ini. Tapi baru2 ini Mr.R baru buka muka buku sebab aku jugalah yang suruh dia buat muka buku. Ini semua gara-gara satu game yang kami main dalam hp Mr.R. Aku tengok markah aku tinggi dari yang pemain2 kat list tu kan tapi tak boleh nak lawan diorang sebabnya kami tak join muka buku ni. Itu yang lastly aku suruh Mr.R buka dan baru boleh join. Markah kami memang no 1 jerlah memanjang. Hahah

Sekarang ni,asik nampak muka Mr.R tersenyum sensorang. Aku selalulah perli dia amboi...sekarang dah start senyum sorang2 ni... Bahaya ni...

Yang suamiku ini pula,asyik tersenyum sorang2 memang buat aku tension juga sebenarnya. Apa taknya,tengah tengok tv berdua,aku cakap dengan dia takda respond,rupan2nya dia tengah senyum baca kat hp dia. Aku tau lah dia tengah baca muka buku dia tu. Terus aku buat muka 12 aku. Tapi taktau lah dia perasan ke tak. Hahahh

Aku pun dengan gediknya bukalah juga mukabuku. Buka sekali jer add Mr.R,sampai ke harini tak pernah buka. Kang ternampak page kawan2 yang dah ada anak 5,6 orang jeles pula. Hahah Tapi ada ke kawan aku yang dah ada 5,6 orang anak???

Tapi memang Mr.R bagi aku bacalah laman muka buku dia tu. Memang takda sorang kawan perempuan lah. Kebanyakannya kawan2 UITM dia dengan kawan2 yang sama minat mengumpul jam seperti Mr.R. Jadi selama ini dia memang berbalas komen semua tu dengan diorang je lah kan. Itu yang aku nampaklah. Hahaha Marah Mr.R baca ni... :-)

Ada yang aku kenal2 kat sini,diorang ada dua muka buku. Pertama diorang panggil "mukabuku baik". Yang ini mukabuku untuk girlfriend diorang. Maksudnya kat laman tu semua orang tahu dia dengan girlfriend tu dah kahwin atau tunang atau bercinta.  Yang kedua diorang panggil "mukabuku jahat". Yang ini untuk diorang "nakal2". Kat laman kedua inilah untuk diorang kenal2 dengan awek2 lain tanpa pengetahuan girlfriend diorang yang sebenar. Macam-macam hal....  Ada orang boleh putus cinta sebab muka buku. Ada orang boleh bercerai berai sebab muka buku. Ada orang pula boleh bertemu cinta sebab muka buku. Pokok pangkal niat hati seseorang itu kan..

Tapi sebenarnya bagi aku seronok ada mukabuku ni sebab aku sendiri pun pernah ada. Orang kata boleh menyambung silaturahimlah. Hubungan dengan kawan-kawan pun takdalah terputus macamtu je terutama lepas habis belajar dan lepas kahwin.Cuma kena pandai jaga dirilah. Yang dah berkahwin dan bertunang kenalah tahu batas2nya.

No comments:

Post a Comment