Tuesday 21 February 2012

Serabutnya Kepala

Assalamualaikum

Mr.R takda sampai pukul 12 malam ni sebab pergi memancing sotong kat mana entah. Dengan Jeff. Dia tanya aku nak ikut tak? Huuuuu Tak kuasa aku malam2 nak pergi memancing dengan semua lelaki. Mr.R pun berbasi2 je tu ajak aku. Kan abg,kan. 

Lepas maghrib tadi aku terus basuh pinggan 2.3 biji kat dapur,lap dapur. Lepastu vacuum rumah,mop rumah. Masukkan kain dalam mesin basuh,mesin lah yang basuh takkan aku juga. Kalau ada Mr.R aku memang sangatlah jarang mengemas rumah. Taktahu lah kenapa. Bila ada Mr.R rasa macam nak pandang muka dia berkepit je dengan dia. Buweeekkkk!!!! *Nak muntah gi jauh2.

Jadi selalunya aku tunggu dia tidur dulu baru lah aku mengemas rumah. Ataupun sebelum dia bangun nak gi kerja tu,aku dah siap mengemas. Vacuum hari2 mop lak 2 hari sekali. *Motif bagitahu??? Masa belum kahwin,tak pernah aku pegang mop!!! Serius!! Vacuum jer. Itupun bila terpaksa. Cuma aku paling tak larat kalau nak menyental bilik air. Tak larat aku nak terbongkok2 lama2 dalam bilik air. Jadi seminggu sekali sahaja aku menyental. Sebelum kahwin tak pernah aku menyental bilik air aku. Kecuali bila terpaksa!!! Serius!!! Huuu Sebaik lah ini bukan syarat utama untuk jadi isteri Mr.R

Dulu rasa macam malas je aku nak buat kerja rumah. Sekarang rasa macam sangat suka. Mungkin ini lah kot apa yang dirasa setiap ibu. Tak adalah aku rasa boring ker buat kerja yang sama setiap hari. Memasak walaupun tak pandai masak. Suka bila masak tu Mr.R cakap "sedap yang" Auuuwww...rasa terharu okay.... Rasa macam nak masak lagi lepastu. 

Semenjak kerja sebagai pa Mr.R kat office dia ni dah jarang lah aku masak. Setiap hari aku dah ready pukul 6 pagi untuk masak. Kalau aku masak untuk sarapan,maknanya lunch kami jarang makan nasi. Sebabnya selalu breakfast aku buat berat sikit. Nasi goreng ke,nasi lemak ke. Kalau pagi aku masak untuk lunch,maknanya pagi tu kami akan breakfast kat luar. Malam nanti baru aku masak nasi ke goreng mee ke. Hahahhhh Itulah rutin aku di Labuan ni. 

Kat office mesti aku dah tengok2 blog masakan ambil resepi untuk masak malam nya. Bosan ker? Taklah aku suka. Cuma selalu bila nak masak ada jer barang yang tak mencukupi. Bila dah boring sangat2 barulah Mr.R ajak makan luar. Ker masakan ku tak sedap??? Huuuuu

Aku pun taktahu apa motif aku tulis ni.  Hati aku harini sangat tak tenteram. Skema nya ayat. Tapi serius,tak tenteram. Aku tahu sebab apa. Sebab aku belum "cuti" lagi. Sepatutnya aku semalam atau hari ni aku dah start. tapi masih belum2 lagi. Takkan kau tak suka kot bila tak cuti??? Mestilah aku suka. Itu tandanya rezeki ku telah tiba. Tapi masalahnya suhu aku rendah yang amat. Selalu kalau suhu aku dah jatuh mendadak macamtu,paling2 lewat pun petang sebelum maghrib aku dah cuti dah. 

Semalam aku ingat dah start cutilah. Aku dengan confidentnya letak telekung semua dalam bakul. Balik kerja, Errrrhhh.... bersih lagi... Ambil balik telekung tu sebabnya aku bawa satu je kat Labuan ni. Kesudahnya sampai ke sekarang ni aku bersih lagi...

Aku takut tragedi tahun lepas jadi semula. Huuuuu kalau aku tak buat BBT tu mesti aku tak risau. Mesti aku dah tergedik suruh Mr.R cari stick tu. Serabut sekejap kepala aku ni. Siapa pernah macam aku ni??? Bagitahu aku cepat..... Huuuu

Semoga Allah melindungi aku dari sebarang keburukan..... Amiiiinnnnn.....

No comments:

Post a Comment