Monday 13 February 2012

Sotong Masak Halia

Assalamualaikum...

Ini menu dah basi dah ni. Tapi bolehlah nak buat jadi rujukan,andaikata tetiba aku tak ada idea nak masak kan. Menu ni aku masak untuk lunch Mr.R masa birthday aku.. Aku puasa time ni.. Hahah..Tak special langsung kan... Hahah.. Kan aku dah cakap.. Rumah aku kat Labuan ni sangat terhad peralatan nya... Kalau aku cakap mesti orang gelak... Kat sini papan menguli pun aku takda.. Inikan pula oven bagai... Bila baca2 blog orang,tengok tuan rumah buat roti,kek... adoi...best nya... Tapi apakan daya Mr.R dah cakap,selagi belum pass menguli tepung pakai botol sos,jangan mengada nak bread maker. Hahah. Mr.R taklah kejam sangat...Dia cakap nak beli,tunggu dah balik KL nanti... (Erh Mr.R yang cakap ke aku yang cakap) Hihih


Takpelah... Nanti dah ada gadget semua..tak terbuat pula nya kan.. Aku ni semangat jer tinggi... Bila nak buat,ada je alasan.. Malas lah tu... Hihi. Bak kata orang... Kalau dah rajin tu... Dengan dapur kayu pun boleh mencuba macam2 masakan kan... Tetiba aku nak tergelak ingat Mr.R perli aku.. Aku tanya dia..malam ni nak makan ketam lagi ker.. Dia jawab apa aku tak pasti,sebab tak berapa clear.. Aku cakap kalau nak makan ketam lagi nak keluarkan dari peti ais.. Jadi,balik kerja boleh aku masak terus.. Selepas itu,aku sembahyang..langsung lah terlupa pasal Ketam ni...

Bila nak turun tangga (Rumah aku tingkat 3),aku tetiba terfikir pasal McD yang boleh beli banyak2 tu.. Ada prosperity 2,McChicken 2.. Aku terus je lah cakap kat Mr.R, sedapnya kalau ada McD yang banyak2 tu.. Dan2 lah aku teringat ketam aku... Alamak terlupa pula nak keluarkan ketam.. Terus Mr.R balas... "Ellehh...I faham maksud you.. bukan i tak kenal you pun... Kalau you taknak masak,memang itulah alasan you. nak masak ketam pun tak boleh,beku lagi.." Dia mengajuk aku cakap.. Sabar jer lah... Aku dah gelak gila plus malu sikit. Mesti dia ingat wife dia ni malas..

Okay dah.. Ni resepi untuk Sotong masak halia..

Bahan-Bahan:
1) Bawang Holland 1/2 biji - Hiris
2) Bawang Putih 1 biji - Pecahkan/Hiris
3) Halia - Mr.R suka banyak halia. So aku letak lebih hirisan
4) Cili Api 2 biji - Hiris bagi ada pedas
5) Sos Tiram
6) Kunyit Hidup - Hiris

Cara-Cara:
1) Tumis bahan hirisan. Bagi sampai naik bau dan kekuningan sikit.
2) Kering sangat masukkan air sikit. Masukkan sos tiram. (letak agak2 dah sedap rasa kuah tu)
3) Masukkan sotong yang di potong dan garam. Rasakan.
4) Sotong dah masak angkat untuk hidang.


Aku lawankan dengan sayur buncis campur carrot dan suun..

No comments:

Post a Comment