Friday 5 April 2013

Borak Kosong Tentang Diet

Assalamualaikum

Aku start diet awal bulan 2. Kiranya dah dua bulan lah aku jaga makan. Last aku timbang guna penimbang aku yang tak berapa nak betul sangat tu 55-56 kg.

Masatu sebenarnya aku dah tak sabar nak laki aku gi labuan. Bila takda dia,dapatlah aku diet sikit. Start je 1 Feb tu aku jaga makan.. Setiap pagi aku jogging dalam 3km. Ala..jogging kat Taman layang2.. Boleh kata bulan feb tu aku takda tinggal sehari pun jogging. See...betapa sawan aku datang.. Pulun habis aku. Aku puasa isnin khamis. Sambil diet tambah pahala boleh juga kan.. Aku tak makan nasi. Tapi makan benda lain. Gilanya punya diet kan.

Hasilnya 3 hari lepas 50kg. Patutlah semua seluar aku muat. Seluar yang skinny2 semua boleh muat. Aku ni jenis pinggang kecik,tapi bawah dari pinggang besar. Kalau nak cari seluar susah betul nak dapat size. Itu yang kena diet sikit baru senang nak cari size.

TAPI.... Itu 3 hari lepas. 3 hari lepas tu.. Laki ku balik jer.. mulalah rutin harian aku.. Malam mesti makan... Makan nasi pula tu.. Kalau gi rumah mentua,aku dah tentu kena tambah nasi.. Jaga hati wey... Eceh.. Padahal aku ni memang jenis perut tong. Perut tak gheti kenyang. Dahlah makan pukul 9 malam. Pukul 12 aku dah nguap2 nak tidur.

Hasilnya semalam timbang lagi naik 53kg. Mak aaiiihhh.. biar betul. Takkanlah makan sehari naik sekilo... Wwwaaa... Ku dah tak larat nak diet...

Petang ni aku kena juga ajak lakiku yang syg perut tuh jogging.. Dia takpelah setiap hari kerja mengeluarkan peluh. Aku duk kat umah peluh mana nak keluar.

Itu saja.
Sekian.

4 comments:

  1. Oh... I pun nk kena start balik diet... Huhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. Nak kena tegar betul bila nak diet ni.. :)

      Delete
  2. hikhihik. makan malam memang cepat buat kite naik kan.. ida pun taknak makan malam dahhhhhhhh.. tp kesian hubby duk makan sorang2.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun ieda.. Lepastu kita pula yang makan lebih dari hsbnd..kan.. :)

      Delete