Tuesday, 12 March 2013

Bila Sang Suami Bersedih, Apa Kamu buat?

Assalamualaikum

Takda apapun aku nak cerita sebenarnya
Tapi sebab tengah bosan ni..
Malam tadi borak2 dengan Mr.R.. Mr.R tengah down sekarang.. Aku faham sebab apa dia down..
Tapi aku dah taktahu nak bagi ketenangan (ceehhh ketenangan) kat dia..
Selalu kalau husband korang down serabut korang cakap apa erh..?

Aku dah taknak cakap kat dia "abg sabar lah.. semua ini ada hikmah"
Atau.. "Abg doalah moga2 ada balasan setiap apa abg buat"
Aku taknak dah cakap "Abg..syg faham.. Tapi dah tanggungjawab abg..abg kena juga buat"

Sebab aku tahu ayat tu semua dah tak membantu dia.
Nak suruh ambil wuduk,dia baru lepas solat..

Sang suami ku ini tak reti nak lepaskan marah.
Dia marah tapi pendam.. Dia tak setuju tapi terpaksa angguk.. Dia geram tapi terpaksa senyum..
Bila dia call aku, dia diammmm saja.. Jadi aku tahu dia tengah serabut..sedih..
Jadi aku suruh dia letak phone dulu.. Then,dia mesej.. Masa mesej tulah baru dia boleh lepaskan semua marah dia kat aku.. Baru dia boleh ngadu panjang kat aku... Dan aku pun baru boleh nak tenangkan dia atau bagi idea kat dia.
Aku tahu dia kat sana tak boleh nak ngadu kat sesiapa.. Lagi2 pasal kerja.. Takkan nak cakap tak puashati kat bos..




Semoga sang suami sentiasa dimurahkan rezeki... Sentiasa diberkati...
Semoga ada berita gembira untuk sang suami lepasni yer..

Semangat!

Sekian.

6 comments:

  1. kan...kalau suami tgh sedih tak tau ayat terbaik camne yang dpaat pujuk dia.. kekdang suami sue marah/bad mood, sue biar dia redha dulu..biar dia pikir dulu, tenang2 dlu, baru pujuk
    tapi dh lumrah perempuan, nmpk suami murung ke ape ke, time tu jgak nak tanya, time tu jgak nak pujuk2... huuu..:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah sue. taktau nak kata apa. lastly diam bagi dia tenang sendiri. Nanti dia ingat kita tak ambil kisah pula kat dia. :)

      Delete
  2. amin... semoga segala permasalahan akan dpt diselesaikan

    ReplyDelete
  3. I pun slalu biar somi redakn perasaan. Once dia ok, he'll talk. Sementara tu, i just make him feel he is loved and cared. Org lelaki susah sikit kot nk cerita bab2 perasaan ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul.. Lelaki ni susah sikit nak luahkan perasaan. Sampai kenkadang tak reti nak baca rasa dorang ni.. :)

      Delete