Monday, 25 March 2013

Mentaliti Orang Sekarang

Assalamualaikum

Hai mentaliti orang ni...kenkadang aku tak faham.
Mesti sedaya upaya nak menutup kelemahan sendiri. Apalah salahnya sekali sekala merendah diri.. Mengaku kelemahan sendiri.

Sabtu lepas ada orang datang rumah pakMail. Dorang tidur rumah.
KakJah shift petang Jumaat tu. Jadi aku lah kena layan tetamu. Oklah.
Dah kata tetamu kan. Memang adatlah aku layan. Takda masalah.
Sebab aku sorang,jadi nampak aku sibuk sikitlah. Bila tetamu nak tolong mestilah aku kata takpayah. Lagipun cuma hidang saja. Lauk PakMail order kedai.

Settle..

Sabtu pagi KakJah shift pagi. Jadi aku kenalah layan lagi. Aku willing gila nak layan.. Kalau ada KakJah dah tentu KakJah buat semua. Aku mesti tolong belakang tadbir saja.

Aku sibuklah angkat pinggan lauk semua.
Alih2 ada yang tegur kata untung laki aku dapat aku sebab aku rajin. Mestilah aku jawab... Elleh...untung apanya bukan masak pun..semua beli.
Takda angin takda ribut tetiba mak dia cakap "dia takda anak bolehlah. Nanti dah ada anak baru tahu. Takdalah boleh buat2 rajin dah."

Aku dah apahal pula dah ni.. Aku senyum je.. Sebab malas nak bercakap sangat sebab ketiak semua dah basah peluh kan.

Hujung2 tu aku dengar dia boleh cakap lagi "dia takda anak kan..bolehlah.."

Puuiiii!!
Itu mak dia yang cakap..Bukan anak dia.. Aku pun tak faham dia bela anak dia atau dia meluat tengok aku kalut sangat menghidang..

Lepastu aku dengar "benda ni ada anak ke takda anak ker kalau dah rajin...semua boleh buat. Tapi kalau dah malas,takda anak pun satu kerja tak siap. Takda anak pun malas,ada anak lagilah malas."

Aku senyap jelah. Tahu siapa cakap tu??
Siapa lagi kalau bukan PakMail.

Angkat pinggan lauk je wey.. Takkan korang dah ada anak korang tak boleh buat? Habistu mak korang dah ada anak..Boleh je masak untuk 10 orang makan.. Bolehlah pula gendong anak sambil masak..

Hmmppp... Aku tak faham... Tapi aku takdalah kecil hati ke apa.. Cuma pelik dan terasa nak bercerita...
Itu je.. Masa depa nak balik aku salam elok je..

Entahlah.. Aku dulu tak pernah lagi nak cakap2 macamtu kat orang yang ttc ni..

Tak faham aku..

Sekian.

4 comments:

  1. Mak cik tu jeles sbb anak dia pemalas kot... N suka guna alasan sibuk jaga anak bila suruh tolong... Huhuhuhu.... Ckp mcm org x bleh pikir lak mak cik tu pun... Syabas carmello sbb u buat dono je :-) tahniah gak untuk pak mail sbb berjaya bg sedas dua kt mak cik tu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...pelik... Sikit2 nak kaitkan pasal takda anak. Macam dah takda benda lain kot.. Haritu ikut hati nak juga balas balik,tapi tahan je.. Sebaik PakMail memahami anak dia.. :)

      Delete
  2. haih, sakit hati plak baca.. knapa msti nak kaitkan ade anak dgn takde anak.. dia cakap camtu sbb malu kot anak dia malas.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah.. Pagi tu rasa naaakk je balas... Tapi tetamu.. Sabar je lah.. Itulah...rajin sikit sebab takda anak.. Tak faham kan...

      Delete