Saturday, 16 March 2013

Urban Transformation Centre (UTC)

Assalamualaikum




Yiaaarrhh.. KakJah minta tukar kat sinilah.
Katanya saja tukar angin.
Aku pun taktau pasal UTC ni kalau KakJah tak minta tukar.

UTC ni semu jabatan kerajaan dihimpunkan kat sini.
KakJah cakap semua mini jabatan kerajaan ni akan dibuka dari pukul 8 pagi sampai 10 malam.
Jadi kalau tetiba korang nak jalan jauh,baru perasan yang roadtax mati ke,lesen dah nak mati ker..korang bolehlah pergi di UTC Sentul ni.

Erh tapi bukan kat Sentul je ada. Sentul ni baru dirasmikan 16hb3.
UTC Pudu dah beroperasi dah pun.
Nanti dengarnya kat Keramat pun nak buka kan.. Kat pasar Gombak pun dengar nak buat UTC.

Kira kat UTC ni semua adalah.
Pejabat pos,JPJ,JPN,Kementerian Kesihatan..lagi apa erh.. Tak ingat dah..
Cumanya KakJah kata pergi kerja macam tak pergi kerja.. Sebabnya kat bawah tu ada pasar pagi semua..
Depan office KakJah padang futsal. Riuhlah juga kalau kena kerja malam.
Ada orang jual tudung, foodcourt dah tentu laku lah..

So kalau korang tak sempat nak pergi waktu kerja,takyah dah lah nak ambil half day ke apa.. sebab dorang buka sampai malam.
Takyah dah lah nak pergi JPJ WangsaMaju yang ramai orang tu..
Tapi kat sini yang simple2 je lah.. Kalau yang hal complicated kena gak pergi WangsaMaju tak silap aku.

1st time tengok UTC Sentul ni macam pekan Rabu kat Alor Setar pula.




2 comments:

  1. Nati nak buat IC kat sini lah. Hihi. Nak tukar alamat. Tp nyer, kena tggu after mengundi lah dulu. Kakjah tu mak elina kan??dia keja apa? JPJ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dekat sgt dengan rumah KakReen kan.. Haah mak saya keja situ.. =)

      Delete