Friday, 5 April 2013

Alkisah Pembantu KakJah

Assalamualaikum

Pembantu KakJah merajuk. Boleh tak? Tak faham kan.. Hahah Nasiblah..
PakMail ambil pembantu bukan untuk apapun. Sebab kitorang tengahari semua ada komitmen masing2.. Jadi kalau basuh baju tu,adalah yang tolong sidai dan amgkat. Kot ku sangka panas rupanya hujan di tenghari.. Takdalah basah baju tu.. Pembantu ni siap iron kan teruslah baju tu.

Dorang datang pagi pukul 8, Pukul 4 petang baliklah.. Sambil2 tu seminggu 3x kemas rumah. Itu je.. Kenkadang kalau ada pinggan tolong basuhkan sekali. Itupun jarang sangatlah ada pinggan. Kata lepas makan basuh terus kan.. Buang sampah bersihkan halaman.

Yang acik ni kerja memula tu sampai kristal2 KakJah pun dilap sampai kilat.. Cukup seminggu dua tu bawah kerusi pun tak disapunya.. Memanglah kitorang boleh buat.. Memang boleh buat. Semua orang boleh buat.. Tapi kalau PakMail dah bayar gaji,kita mestilah nak memaximumkan.. Tapi taklah sampai menyusahkan. Adatlah tu aku rasa.

Tetiba pembantu lama KakJah yang dah keluar dulu datang. Dia kata PakMail panggil dia balik. Padahal takda makna pun.. Teruslah si acik ni merajuk berhenti kerja. Dia suruh cari orang yang lagi bagus dari dia. Bunyi mesej tu nak suruh Kakjah pujuk lah teewww. Memang takkan lah kakjah pujuk.

Tapi patah tumbuh hilang berganti. Ada orang ganti tempat dia dah. Cuma yang ni muda sikit. Bila muda ni banyak yang dia tak reti sangat. Jadi,Kakjah pun malas dah nak cakap2. Dia dapat angkat baju lipat iron pun dah ok.

Sekian

4 comments:

  1. ermmm leh tanya tak

    kalau amik pembantu dari pagi ke ptang ni mahal x? bayaran dia bulanan ke camne...
    planning nak amik pembantu untuk mak.. tapi xde idea.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun xsure mahal ke tak. Tapi pembantu yg lama tu sehari rm30. bayar hjg mggu. Kira klo cuti xda gajilah. :)

      Delete
  2. adeh.sensitip la pulak... nak minta pujuk tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmpp..biasalah tu eka. Tp xkuasa nk memujuk. :)

      Delete