Tuesday, 26 March 2013

Bagaimana Nak Dapatkan Semula Slip PMR/SPM/Ijazah

Assalamualaikum



Rabu haritu pergi UPM. Ooowwhh...rindu gila ingat zaman belajar dulu.
Terbayang-bayang zaman gedik2 dulu.
Kena marah dengan pak guard.. Lari kelam kabut sebab terlambat.. Lari berebut-rebut naik bus..
Tayar kereta kena clamp sebab parking kat tempat pensyarah.
Buat2 tak dengar wisel pak guard panggil..

Okay.. Itu kisah dulu.. Tak larat nak ingat sebenarnya.. Sebab tahu..seronok macam mana pun tak boleh pusing dah masa..

Aku gi UPM sebab sijil aku hilang. Aku pun tak sure aku tak ingat mana aku letak atau masa aku apply kerja dulu,aku terhantar yang ori punya..

Jadi kalau korang hilang sijil (aku rasa aku sorang je kot) korang pergi terus ke U tempat korang belajar.. Minta di bahagian akademik. Aku dah call dulu seminggu sebelum tu.. Jadi dia suruh datang Rabu tu. Tapi korang takkan dapatlah sijil macam dulu. Cuma dapat pengesahan yang kita ni bekas student situ dan boleh diguna pakai untuk urusan rasmi.

Slip SPM dan PMR aku pun hilang sekali. Kalau PMR dan SPM sila pergi ke Lembaga Peperiksaan Malaysia di Putrajaya. Kompleks E,blok E11. Masuk je blok E11 tu kat bawah tu je pergi kaunter cakap nak minta salinan PMR/SPM. Satu salinan RM10. Yang UPM tadi free saja. Dia kata 1jam suruh tunggu. Tapi tak sampai 15 minit 20 minit macamtu dapat dah salinan semua. Kat borang kena isi tu ada tanya no giliran. Sebaik juga aku simpan setiap sijil dalam pendrive. So kira aku ada soft copy lah.

UPSR kalau hilang susah nak dapat balik. Kena mohon kat sekolah rendah masing2..

Mula2 aku ingat kena minta kat Majlis Peperiksaan Malaysia kat Selayang tu. Rupanya kat situ kalau korang hilang salinan MUET macamtu.

Sekian.

10 comments:

  1. salam ukhwah, tahun bila grad UPM..akak tahun 1991..lama tak gi UPM mesti dah byk berubah kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam kak. Saya tahun 2008. Lepas 5 tahun grad tengok macam takdalah berubah sangat kak. Ada lah dalam 2,3 bangunan baru.. Tapi suasana tetap sama macam sebelim grad :)

      Delete
  2. Salam.. Slip spm hilang tu pergi kat lembaga peperiksaan diorang tnya x knp hilang??

    ReplyDelete
  3. I HILANG SIJIL SPM...YANG DIA BG TU YG ORI KE...KERTAS BIASE JE? AND KALAU XDE ANGKA GILIRAN?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bg ic jer. Kertas biasa? hmmp..macam kertas formal la..

      Delete
  4. salam, saya hilang result pmr. and saya pula stay jauh dari putrajaya. so saya download je borang utk dapatkan balik slip tu. saya dah baca detail yg kalau dia pos akan mengambil masa 2 minggu. dan yg tu takda masalah bagi saya. tetapi masalah besar sekarang borang tu nak no angka giliran dannnn no gilirang tu saya dah lupa sebap result, slip exam hilang tah mana saya campak. so sekarang kalau saya pergi balik dekat sekolah yang saya amek exam pmr tu diorang dapat ditect lagi ke no angka gilirang exam pmr saya yg dah tahun 2011 tu? mohon jawab pls :) :(

    ReplyDelete
  5. saya taktahu lak sekolah dpt bgi ke tak. try lah tanya.

    ReplyDelete
  6. Assalam, masa dapat surat pengesahan dari UPM tu, diorang bagi sekali tak transcription result?

    ReplyDelete