Saturday 16 June 2012

Selepas Ditarbiyah...

Assalamualaikum

Dah 3 malam aku tinggal sorang2 nih.
Hari isnin ni baru Mr.R balik..
Bila duduk rumah sorang2 ingat nak cuti masaklah.
Tetapi.....
Mak aku call. Terus mentarbiyah aku.
"Eee..mama masa umur2 korang dulu..time2 laki takdalah mama cuba masak macam2"
Yelah ma.. Nak masak lah ni..
Bila tengok  peti ais dengan gobok memang banyak pula bahan mentah.
Tengok ada ikan kembung 3 ekor.
Nak goreng2 masak nasi macam malas.
Lastly terbuat laksa penang.

1st time nih, 1st time..
Bangga gila.
Sebelum ni selalu tolong2 mak aku buat je lah.
Dulu bila mak aku masak..mestilah aku dengan kakak aku tolong2 kan..
Aku suka ambil part nak sediakan bahan2 tumis atau bahan nak blend.
Aku mesti tengok betul2 bahan apa mak aku guna pastu cara mak aku masak.
Lepastu bila siap jer,aku lari cepat2 naik bilik salin semuanya.
Aku ada satu buku nota khas untuk masak2 ni.
Aku catat2 semua tu sejak bila pun aku dah tak ingat dah.
Tapi takda siapa pun tahu buku tu. Ini mak aku pun taktahu.
Mr.R pun taktahu rasanya..
Sekarang aku masak untuk Mr.R kebanyakannya aku guna buku nota aku ni lah.
Kiranya semuanya resepi mak aku lah.
Ada juga resepi maksu aku masa aku jaga kedai makan PakMail dulu.

Meh aku tayang laksa aku yang tiada telur.
 

Boleh pula aku lupa beli telur. Makanya takda telurlah laksa aku tadi.
Aku kalau makan laksa yang wajib timun dengan bawang. Telur pun wajib tapi tadi dah malas nak turun2 beli. Nenas semua tu aku tak berapa suka. (padahal malas nak mengupas)
Pedas. Jadi tak payahlah potong cili api lagi. (dasaaaarrr)


Ni pula kek pisang. Nak bangga lagi sekali lah.. Kek ni aku buat juga.. Aku tengok tadi ada pisang masak kat makcik tuh,jadi aku belilah.

"Mama dulu bukan setakat kek pisang.. pavlova(betul ke eja ni?) semua mama buat"
Ok..den pasrah..

Aku buat satu talang. Banyak gak lah dapat. Tapi taktahu siapa nak makan. Hihih
Takpe boleh simpan, kot elok sampai hari isnin boleh bagi Mr.R rasa. Tapi boleh tahan ke erh..
Kek ni aku ikut resepi Kak Ros JintanManis . Memandangkan aku takda oven, jadi aku kukus jelah. Nak buat macam mana Mr.R kata "takyahlah nak beroven2 nanti guna sekali jer". Hiiiii tak support langsung bini nak mengasah bakat kan..

Hmmpp.. Itu je lah kot.. Padahal aku rasa macam nak berceloteh je.. Tapi tetiba rasa nak mengemop rumah pula.
"yelah tu. Tengok tilam macam best jer" Hahah

Sekian.


No comments:

Post a Comment