Thursday, 21 June 2012

Adakah Satu Konfrantasi?

Assalamualaikum

Bos aku tengah cek folder petty cash.
Entah bila2 suka2 dia je nak cek.
Kot yer pun bagilah tahu aku dulu.
Bolehlah aku cek2 apa yang patut.
Aku dari jauh menjeling jer..
Sebabnya tiap kali bos aku cek mesti adaaaaa je yang aku salah key in.
Padahal lepas je aku edit apa apa mesti aku akan cek semula.
Kenkadang sampai 2 3 kali aku cek.
Tapi apasal tiap kali bos aku cek akaun je mesti ada je yang aku salah.
Baki tak sama lah..
Sepatutnya jumlah yang tu utk yang ini tapi aku tulis kat tempat yang lain lah..
Aku syak bos aku cuba sabotaj aku dalam diam2 ni.
Haa tengok..dia dah pegang kepala geleng2..
Jap lagi adalah yang menjerit panggil aku tuh.

------------------------------------------------------------

Semalam aku teman bos aku makan ayam goreng MC'D
Tapi aku ambil apple pie saja.
Sebelah meja kami ada dua beradik (aku syak dua beradik lah)
Sorang abang dia mungkin dalam tingkatan 3. Adik dia tuh dalam darjah 3 4 macam tuh.
Pakaian dorang macam lusuh2 sikit.
Air coke dorang share yang medium. Fries pun dorang share.
Dalam hati aku....
Agaknya teringin makan mcd,tapi takda duit..
Abang dia pun macam ngalah je bagi adik dia makan.
Adik dia makan macam kelaparan lah.

Bila air dan fries dorang habis,serius aku rasa macam nak bagi apple pie aku ni kat dorang.
Tetiba.............................................................................................................................................................

Budak dua orang ni keluarkan laptop apple dorang sorang satu atas meja.
Terus aku macam terjegil mata tahu tak.
Heeeiiiii!!! Anak orang kaya rupanya. Yo Yo oo je aku kan..
Tapi takpe kesian kat budak dapat pahala free apa..

1 comment:

  1. Kikikii... nak tergelak pun ada... tu arr.. bebudak skang mewah ja.. :P

    ReplyDelete