Wednesday 13 June 2012

Kena Tinggal Lagi

Assalamualaikum

Start balik dari KL haritu, punyalah liat nak bangun pagi.
Apa taknya. Kat KL pukul 7 pun subuh ada lagi.
Kat Labuan pukul 6,gamaknya hujung waktu lah. Pukul 6.04 dah habis waktu.
Aku set jam pukul 5.30am, duk jap jap.. alih2 pukul 5.50. kelam kabut kejut Mr.R.
Mr.R asyik tanya kenapa bangun lambat kenapa bangun lambat. 
Bukan sengaja. Tapi mata ni berat gila nak buka. Padahal alarm bunyi aku jaga. Tapi duk meliat malas bangkit. Mr.R alarm lekat kat telinga pun sedar.
(Tapi setiap malam berusaha juga niat "esok dengar alarm terus bangun")

Lepas Subuh kalau hari kerja memang takdalah tidur balik. Lepas sembahyang semua.. Terus ke dapur masak untuk breakfast dan lunch.
Macam pagi tadi aku masak nasi goreng untuk breakfast. Tapi bawa bekal makan kat office.
Lunch sotong masak halia, sayur bayam dan ikan kembung goreng.
Untuk lunch aku sediakan bahan jer dulu. Potong hiris apa patut. Ikan kembung pun letak kunyit garam siap. Tenghari balik sreng saja. Nasi aku siap masak pagi.

Bila bangunnya lambat,masak pun jadi lambat. Pukul 7.30 am baru siap.
(Aku ni memang sangat lambat kalau memasak)
Tu aku belum siap mandi apa. Mr.R biasalah tidur balik.
Kalau 7.30 aku tak kejut lagi,makanya dia akan bangun sendiri.
Pukul 7.45 aku dah siap nak gi kerja.
Hahahha Kau mampu siap nak gi kerja dalam masa 15 minit???
Dalam 15 minit tu aku baru nak mandi semua.

Haaaa..tajuk tak kena langsung kan dengan entry atas ni.
Alkisahnya, baru seminggu balik dari KL, Mr.R dah kena balik KL lagi esok.
Ada meeting. Meeting hari Jumaat. Tapi dah tentu kena balik Khamis sebelum kan.
Yang aku tak fahamnya.. Kenapa dia beli tiket balik Labuan hari isnin pagi???
Kan boleh kau balik hari sabtu atau ahad.
Bila aku perli2..dia senyum2 lepastu tanya aku "takpe ke abg balik hari isnin ni?"
Kau dah beli dah pun kan.. =)

Tapi takpe.. Aku faham. Aku kan isteri yang memahami (Menyampahh!!)
Mr.R nak gi Amcorp Mall lah tu hari Ahad pagi.
Kan ada flea market kat situ.
Aku kata amcorp mall takpe. Jangan sampai gi Ipoh lak. Sebab kat Ipoh pun ada flea market juga hari Ahad pagi. (aku risau dia terkejar2 flea market tu bila drive sensorang)

Jadi itu untuk pagi ni. Hahahhah

No comments:

Post a Comment