Friday, 1 June 2012

HSG

Assalamualaikum

Harini curi2 guna laptop Mr.R jap. Sekarang kat rumah mak mentua. Mr.R tengah sibuk mengilatkan jam-jam dia yang akan dibawa untuk H4U ahad ni.. 

Saja nak tulis pasal hsg haritu.. Perlu ke? Entah..saja je nak tulis.. 

Sampai LCCT pukul 12.50 tengahari.. Ambil beg semua dalam pukul 1.15 camtu dapat naik bus.. Abah aku nak ambil tapi macam leceh pula.. Sampai KL Central pukul 2.10 macamtu. Bus tu bawa laju. Kat situ aku naik taxi gi Tawakkal.. Mr.R naik taxi balik rumah nak ambil kereta dan terus gi HQ kat Shah Alam.. 

Makanya aku sensorang sajalah.. Jantung aku memang laju yang amat.. Asik mesej mak aku suruh doakan aku.. Asik mesej mak aku bagotahu aku takut yang amat.. Menggelabah gila!

Sampai kat Tawakkal pukul 2.45 jam aku.. Tapi jam kat situ dah pukul 3.. Sepatutnya appointment aku 2.30. Lantaklah.. Tunggu dalam 10 minit,dia panggil masuk. Tukar baju dia semua (time ni aku rasa macam o on ok) Duk kat kerusi sebelah bilik Xray tu.. Dalam 5 minit amcamtu dia panggil masuk suruh baring. Dia terangkan procedure semua.. Dan kesan2nya.. Aku kata tangan aku dah sejuk yang amat ni.. Sebab takut tiub aku yang tinggal ni problem.. Dia pegang tangan aku memang sejuklahhh..

Bila doc masuk,(Doc tu baik gila) doc tcakap2 sikit pastu mulalah step2nya.. Dia masukkan(takdalah masuk sampai dalam pun..Kat luar je rasa) macam besi ke macam clamp macam tu(ni yang aku perasan lah). Pastu dia ada kepitkan sesuatu pula kat tepi baru dia inject dye tu.. Masatu nak kata senak pun tak juga. Tapi aku dapat rasalah sesuatu masuk.\

Doc suruh tengok kat monitor,dan terangkan.. Aku nampaklah rahim aku tiub aku yang haritu ectopic..Tiub aku yang sihat(Alhamdulillah)... Doc cakap tiub aku semua normal.. Should be no prob;lem.. Tapi kena tunggu pula gambar xray tu.. 30 minit aku baring kat katil tu... Sampai nurse tu cakap siap semua..

Doc tu cakap bleeding sikit sangat.. Aku dah standby pakai siap2.. Memang aku tengok pun sikit sangat.. Macam penghujung period selalu.. Alhamdulillah takda sakit apa..Senak pun takda.. Doc kat Labuan dah siap bekalkan ubat tahan sakit. Dia suruh makan sebelum aku buat hsg tu.. Tapi aku nekad taknak makan.. Tawakal jer... Bak kata Kak Reen, dah buat kat Tawakkal,tawakal ajelah.. =)

Alhamdulillah Allah permudahkan urusan aku haritu..

Tapi bulan ni mungkin belum lagilah kot...sebabnya aku dengan Mr.R kan sibuk bercuti...  

Senoga Allah akan permudahkan jalan kami... Amiinnn...

4 comments:

  1. Kan..tak sakit sgt pun. kalo baca kat porem tu mmg rasa seremm... tp oke je lah.. akak balik tu siap makan eskrem lagik. hikss

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak Reen.. Kalau baca2 macam takuut je rasa.. Tapi haritu Alhamdulillah takda sakit apa lah.. Tapi saya takda lah terus makan aiskrim.. Hihihi

      Delete
  2. assalammualaikum,
    saya masuk dari blog pnstoberi.
    saya pun baru buat hsg jumaat lepas.
    awal2 mmg rasa seram sejuk, lama2 ok dah.
    semoga berita baik untuk kita ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..
      Mya buat kat mana? Insyaallah Allah yang maha baik hati akan perkenan doa kita.. =)

      Delete