Thursday, 14 June 2012

Kenangan Lama # 1

Assalamualaikum

Tengah duduk2 tetiba teringat cerita lama. Pasal aku dengan adik beradik aku lah.
Kakak aku ni entah mana2 jer dia boleh pengsan.

Satu hari tu kami pakat gi Sunway Pyramid.
Main ice skating.
Masa sampai sana memang excited, teruja sangatlah kononnya.
Kakak aku yang paling penakut. Adik aku yang bongsu,Boy paling berani.
Bila kakak aku takut2 tambah tak berapa reti,aku pun kenalah teman2 dia kan.
Aku boleh sikit2lah sebab rasa macam main rollerblade jer.
Adik2 aku main berdua.

Bila dah pusing2, kakak aku pun dah berani.
Boleh dah lah lepas tangan.
Main pun dah boleh laju2. Pusing dah boleh ber style2.
Elok habis pusing style, Kakak aku cakap "kita dah terror,kita dah terror"
Sekali Boy dari belakang "Haaarrgghhh!!"
Macam sergah tu. Kononnya nak terkejutkan lah.

Tak semena-mena kakak aku memang tertanjat gegirl, tapi tak terjatuh pun.
Sebab sempat pegang aku. Oklah kan. Kitorang gelak2.
Tetiba kakak aku cakap dia pening kepala.
Aku sandar kat tiang tepi. Kepala dia kat bahu aku.
Adik aku sambung main sebab tengok kakak aku macam takda pape.
Tetiba kakak aku kata dia rasa gelap.
Aku dah kenapa pula ni. Panggil adik2 aku.
Nampak je muka Boy, terus kakak aku "Boy lah ni.." dan terus pengsan terjelepuk kat aku.

Aku panggil2 lah "kak..kak..Bangunlah" Aku kan penyair airmata.
Laju je lah ayak mata ni nak keluar. (dahlah masatu kakak aku berat dia melebihi aku)
Pastu ada guard(guard erh kita panggil) datang. Tanya2 kenapa.
Kakak aku memang tak sedar tak buka mata apa langsung.
Jadi kami angkatlah ramai2 kakak aku ke luar ice tu.
Sampai kat tempat duduk tuh kakak aku tak sedar juga.
Guard tuh terus "ambil kerusi roda cepat" sebab nak bawa gi bilik rawatan.
Dan dan kakak aku dengar "kerusi roda" terus mata dia terbuka.
Dia cakap taknaklah saya naik kerusi roda. Semua org gelak masa tu
O On betul. Memang dia pengsan. Cuma dia dengar tapi tak larat nak buka mata.
Tapi bila dengar guard tu nak usung naik wheelchair dia seganlah.

Lepastu kitorang duduk bagi kakak aku relax jap. Masatu ramai gila orang kerumun kitorang.
Semua orang ingat kakak aku jatuh. Jadi diorang tanya terhentak kepala ker.
Ada yang cakap "haa tu tengok kakak tuh jatuh. Dah jangan main"
Serius O On aku rasa.
Bila kakak aku dah ok, dia terus ajak makan lapaaarrr.
kitorang keluar sambil ketawa2 terus gi makan Manhattan.
Serius kakak aku ni buat lawak mengong!!

No comments:

Post a Comment