Tuesday, 12 June 2012

Entry Sebelum Tidur

Assalamualaikum

Aku baru siap menguli kuih cek mek molek. Aku ni tak berapa pandai menguli. Aku rasa macam dah lama lah sangat berdiri menenyeh doh tu. Tapi kenapalah melekat2 lagi kan. Keluar Mr.R dari bilik dia menjeling doh aku.. "tak cukup tepung tu" terus dia tuang tepung satu cawan. Baru senang aku menggetel. Dah lenguh tangan aku baru dia keluar tunjuk ilmu kan..


                              

Esok nak menggoreng untuk breakfast. Asyik breakfast berat jer.. Esok nak lah ringan sikit. Harap2 sedaplah kan.. Aku tak reti nak letak gula dalam tu berapa banyak.. 

Bawah ni aku masak Udang Galah Goreng Bercili. Aku masak Sabtu ke Ahad..
Resepi dari Kak Wana Potret Kasih. Boleh tengok resepi kat situ yer..


Lama tak letak gambar makanan. Boleh kata hari2 aku masak.. Tapi mesti lupa nak snap gambar. Kalau ingat, tetiba malas nak ambil camera.. Kenkadang dah ingat camera pun ada dah.. Suruh Mr.R snap kan.. Ada jer yang tak mampu aku nak tayang kat blog. Kesudahnya simpan jelah dalam memory card ni.. Macam gambar kuih kat atas tu.. Padahal nak menempek dalam blog ni segan.. Tapi kang ada kata aku tipu menguli kuih lak.. hihih

Okaylah.. Selamat Malam..
Semoga esok lebih baik daripada hari ini...

No comments:

Post a Comment