Friday, 8 June 2012

Wedding Yasmin

Assalamualaikum

Masa balik KL haritu,gi kenduri kawan baik aku kat Seremban. Nama dia Yasmin Fadzil. Kitorang satu matrik dan U dulu. Tapi rapat masa kat U. Kat matrik tak kenal pun.. =)
Tengok gambar lah erh..

Haruslah gambar aku dulu kan.. Aku rasa macam orang tengok aku. Hahah Perasan!

Baru gambar pengantin. Tahniah Min!! Ko cantik okay haritu!

Nikah kat rumah. Min dengan Hanif berkawan dari sekolah rendah. Huuu

Min ni mak dia orang Kanada.. 1st time aku kawan dengan anak orang putih. Memacam lah aku tanya Min. Contohnya 'mak dia makan pakai sudu ke tangan, Kalau masak mak dia masak apa, Kat rumah kau dengan mak kau speaking ke apa'. Hahah Min jawab 'weh,mestilah mak aku pakai tangan, Kenkadang mak aku masak kari, Takda maknanya weh aku nak speaking' Hahahah Mak dia sangat fasih bercakap melayu.

Sanding kat Dewan SDAR. Pagi2 lagi Min dah sms aku cakap pelamin dia buruk gila. Dia kata stage besar,tap pelaminnya kecil. Aku nak lah tengok,buruk macam mana kan. Bila aku gi dewan, 'Ni yang dia kata buruk? Nak kena belasah Si Min ni' Pelamin dia sangat cantik.

Haruslah gambar aku lagi.

Mr.R yang ambil gambar2 ni. Aku pun tak tengok apa lauk pengantin.

Yang tengah tu Rahimah. Kawan baik Min.(yang kiri adik Rahimah) Sebelum ni aku selalu dengar nama dia dari Min. Sebab kenkadang kalau Min jumpa Rahimah,dia cita lah kat aku. Jadi aku biasalah dengar nama Rahimah ni. Bila 1st time jumpa dia,terus kitorang mesra. Si Min dan dan terus cakap 'Haa,tengok..kan korang dah jadi kawan baik' Min ni memang. Hujung tahun ni dia pun nak kahwin juga.

Min..kau cantik sangat masa ni.. Malam tu dorang terus gi honeymoon kat Langkawi. Tak menyempat2. Hahah
Dulu masa belajar, tiap kali aku kena present, Aku siapkan text aku dalam melayu.. Lepastu aku minta tolong Min translate kan semua dalam english. Huuu..rindu lak aku time study..


2 comments: