Thursday 28 June 2012

Kenangan Lama # 2

Assalamualaikum

Masa tahun 1999 di sekolah menengah, di dalam kelas tingkatan 1 Ceria.
Waktu kelas pertama masatu Bahasa Inggeris Cikgu Bedah<bukan nama sebenar.
Sunyi. Yang dengar masatu cuma bunyi selakan helaian buku jer.
Sebabnya cikgu nak bincang jawapan kerja semalam.
Lagipun cikgu tuh garang gila ok.
Tapiii... sunyi tuh sekejap jer...

Tiba-tiba................................

Paaaaannngggggg!!!!!

Bunyi pipi kena penampar..

Pastu dengar pula orang menjerit.

"Aku kata LEWAT.. Bukan LIWAT!!!"
Jerit sorang pelajar lelaki kelas tu.

Rupanya cikgu Bedah salah dengar.
Dia ingat budak laki tuh cakap "kenapa kau liwat?"
Budak tuh sebenarnya tengah tanya kat kawan sebelah "kenapa kau lewat?"
Adoooiiii....
Yang cikgu ni tak tanya apa terus melulu je menampar anak murid.
Budak laki tuh menjerit lah kat cikgu tuh lepas kena penampar.
Mahu tak bengang kan.
Dah lah memang dah lama bengang2 dengan cikgu ni.

Lepastu dengar cikgu tuh cakap "yelah saya minta maaf lah"
Aku masatuh suka jer ada benda2 macam tu cepat sikit habis waktu kelas.kahkah

Lepastu masa nak dekat2 dengan exam..
Biasalah kan pelajar2 minta maaf dengan cikgu2.
Ada sorang ni minta maaflah dengan Cikgu Bedah ni.
"cikgu saya nak minta maaf semua salah saya pada cikgu. Halal se......
Belum sempat nak habis kan ayat cikgu Bedah terus mencelah...
"Haaaa...minta maaf kat Tuhan"
Siap dengan tangan suruh tadah ke atas.
Kesian gila budak tuh.
Dah lah cikgu tuh cakap kuat gila.
Aku rasa macam nak ketawa gila dengar ayat cikgu tuh.
Dalam hati aku "ada juga orang macam cikgu bedah bukan nama sebenar ni.."

Kesian.. Erh salah Sekian,

No comments:

Post a Comment