Wednesday 27 June 2012

CD13 atau CD14

Assalamualaikum

Harini aku cd15.
Masa cd13 hari isnin lepas.. Aku gi jumpa gyne.
Cek folicle aku ni membesar ke tidak. <<< sampai macam ni sekali orang yang TTC kena buat kan..
Alhamdulillah.. Membesar dengan normal.. Aku tengok kat screen memang nampak besarlah.
Tapi aku tak ingat dah berapa saiz. Kat kad ada tulis.
Ada dua folicle yang besar.
Sebenarnya aku tak makan clomid cycle ni.
Mr.R pun taktahu aku tak makan clomid. Dia ingat aku makan.
Gyne aku kat Labuan tak bagi makan. Sebab dia tengok ujian darah aku tinggi sangat.
Dia kata tak perlu sebab dia takut terlalu banyak sangat folicle.
Dan yang paling bersyukur folicle tuh kat ovary kiri aku.
That means kalau ada rezeki, tiub aku yang terselamat dari ectopic.
(sebelum ni asal check je belah kanan)

Masa tvs tuh..aku rasa ngilu sangat.
Doc cakap , dia rasa macam harini pecah. Tapi dia pun taktahukan..
Balik tuh memang aku rasa sengal2 sikit belah kiri.
Tapi sampai lepas tengahari tuh terus hilang sengal2 tuh.
Esok paginya bila ambil suhu.. Melonjak tinggi suhu aku.
(Aku sangat berdisiplin ber BBT ni.)
Tapi masa ambil suhu pagi tuh,aku rasa badan aku panas macam demam. Padahal ada air-cond.
Jadi aku dah confius jap samada valid ke tak suhu tuh.
Kalau valid maksudnya aku ovulated cd13.. Huuuu sebelum ni semuanya cd14 atau cd15..
Cepatnya..Aku harap sangat ovulated cd14 dan ke atas.

Ingat nak tcompare suhu pagi tadi.
Tapi semalam aku tidur lewat dari selalu. Pukul 12 lebih aku tak tidur lagi.
Selalu aku tidur pukul 10-10.30. Jadi cukup lebih 3 jam kan.
Aku ambil suhu pukul 3.30 pagi. Pagi tadi aku ambil suhu merundum jatuh.
Aku rasa sebab tidur aku terganggu sebab tuh suhu merundum.
So lagi sekali aku confius.

Tapi....
"Apa sekalipun...Folicle besar atau tidak. Matang atau tidak. Belah kiri atau kanan. Dah timing betul ber BD.. Kalau Allah kata bukan lagi rezeki untuk aku.. Memang takda lah. Kalau Allah kata dah sampai rezeki aku, folicle tu duk tang mana sekalipun biaqpun kecil memang adalah untuk aku. Tapi apa yang aku boleh buat sekarang, aku dah usaha jadi sekarang masa untuk berdoa dan tawakal. Kenkadang doa dah.. Tapi lupa untuk bertawakal. Lupa nak redha."

Itu yang Mr.R selalu pesan kat aku.
Jadi doakan yang baik2 untuk aku.
Caiiiyyyoookkk!!!




1 comment: