Monday, 18 June 2012

Nasi Beriani + Kari Ayam

Assalamualaikum

Harini kan Mr.R balik ke pangkal lengan ku.. 
Jadi untuk menyambut kepulangannyalah konon..
Aku masaklah special sikit.
Taklah special sangat pun.
Nasi Beriani dengan Kari Ayam dan Acar Rampai.
Nasi beriani tu aku ikut jer arahan belakang paket tuh.
Yang Adabi punya tuh..
Lepastu buat kari ayam. Macam selalu mak aku masak.
Acar rampai aku buat macam selalu aku tengok maksu aku buat kat kedai dulu.
Makan bertambah lah tadi. Nak kata sedap gilaaa...Tu taklah..
Tapi hilanglah teringin nak makan kat kenduri kahwin.. Hahah

Meh tengok gambar 1st nasi beriani yang aku buat..


Aku ni memang lah.. Padahal sebelum aku ambil gambar tuh,aku dah lap habis dah tepi2 pinggan semua.
Tengok macam dah cantik.. Tapi bila nak pilih2 masuk dalam blog,takda satu pun yang cantik..
Ni lah yang paling okay... =)
Aku tak dan nak bubuh pewarna..
Bila buka penutup rice cooker tengok warna nasi macamtuh.
Pasrah.. (aku rasa memang perencah tuh warna nasi jadi macamni)

Mr.R macam perli aku jer..
Dia balik bawa balik nih..
 

Padahal stok yang haritu beli pun ada lagi. Dia kata saja nak try mana satu sedap..
Nampak tak rempah ikan bakar kat bawah tuh...??
Mr.R kata dia tengok macam sedap.
Aku sengeh kambing jer..

Yaaaa.... malam ni aku dah tak boleh conquer astro lagi..

Sekian.

2 comments:

  1. akak pun ada beli rencah ikan bakar tu.tp tak penah guna lagi.

    ReplyDelete
  2. Wow dah terer la buat biryani!! Bagus bagus :D

    ReplyDelete