Friday 29 June 2012

Grilled Lamb & Potato Salad


Assalamualaikum


Selamat Hari Jumaat.
Penghulu segala hari.

Harini lunch makan kambing bakar.
Mr.R lah duk teringin sangat nak makan kambing.
Lari aku punya diet okay...
Mengikut permintaan sang suami, malam tadi aku marinated lah kambing.



Kambing ni aku marinated dengan:
1 Biji bawang putih (tumbuk bagi pecah2)
1 sudu kecil lada hitam biji (tumbuk bagi pecah2)
1 sudu kecil 5-spices
1 sudu besar mixed herb
1 sudu besar kicap(aku tak ingatlah nama kicap tuh. Kicap ke sos erh) Kicap ni selalu orang pakai untuk marinated.
Sikit garam.

Jadi balik tengahari tadi,aku bakar dalam oven. suhu 200 selama 15 minit.
Tapi tadi macam tak rajin nak buat sos dia,jadi makan dengan kuah yang keluar masa bakar tu.
Sedappp!!!!

Nak menyeimbangkan diet (sangat....) Aku buat potato salad ni.
Aku suka banyak bawang. Tapi tadi takda stok bawang holland pakai je lah bawang besar tu.

Potato salad tuh senang jer. Untuk orang tak pandai masak macam aku ni,pejam mata pun boleh.
Rebus kentang yang dipotong sampai lembut.
Rebus pula carrot,sawi (aku suka ada hijau2 sikit. Sebab stok daun salad takda,tu yang letak sawi)
Gaul kentang dan sawi dengan thousand island,mayonnaise,serbuk lada hitam.
Lepastu aku sejuk kan dalam peti ais.
Mr.R balik sembahyang Jumaat baru keluarkan makan sama2.
Sedappp!!!

Untuk aku yang on diet ni..
Nasi 2x suap.
Kambing suku pun tak sampai.
Salad aku ratah banyak.

Mr.R yang diet kecundang.
Nasi.......
2x tambah
Kambing lebih separuh.
Salad sama banyak.

Ok. Sekian.

No comments:

Post a Comment