Tuesday, 24 July 2012

Alkisah Kek Coklat

Assalamualaikum

Ahad lepas kakak aku gi kamdar
Jadi aku suruh dia tinggalkan anak dia.
Duk teman dia baring2 kat toto
Aku sampai tertidur.
Borak2 dengan mak
Mak aku kata buat kek pun sedap ni
Dari duk duduk2 macam asyik nak tidur

Makanya kami gi Giant kat Taman Samudera tu.
Usung sekali Mikail
Adik aku, Aliff drive dan tukang tolak Mikail
Mikail ni asal keluar je senyap.
Sebaik tak banyak kerenah.
Seronok lah bawa.

Balik tuh teruslah gi dapur.
Kena cepat sebabnya kakak aku nak balik pukul 4
Masatu pukul 2.15
Aku tukang pukul mentega dengan gula.
Mak aku ayak tepung semua.
Bila dah elok tu suruh adik aku transfer kan campuran tepung yang diayak tadi
Mak aku ayak atas paper saja
Elok adik aku menuju kat aku
Paper bahagian adik aku pegang tu koyak.
Memang sedaplah bertaburankan atas lantai
Masalah besar sebab stok tepung habis

Terus aku dengan Aliff gi kedai kek beli tepung
Sebaik kedai tu buka
Hoooo
Pukul 4.30 kakak aku dah siap, keknya tengah dalam oven lagi.
Bila cucuk je melekat2 lagi
Mak aku suruh tunggu juga.
Dari pukul 4.30, pukul 5.20 baru siap.
Sebabnya mak aku buat 3 adunan.
Ayah aku balik gelakkan je bila nampak tepung penuh atas lantai
Nak buat sebiji kek sampai dapur macam tongkang pecah
Tugas ayah aku dengan adik aku,boy vacuum.
Hihih

So,pukul 5.30 baru kakak aku bertolak.
Aku gi rumah mak mertua pukul 5.45
Malamtu "back to normal" mak aku semua berbuka berempat kembali

No comments:

Post a Comment