Tuesday, 24 July 2012

Mimpi Pelik # 1

Assalamualaikum

Pagi tadi aku mimpi entah apa2 jer
Subuh pukul 4.50 amDalam 5.30 tu aku tidur semula

Aku mimpi mak aku datang rumah aku.
(aku taktahu rumah aku tu kat mana sebab baru pindah)
Rumah kondo
Kakak aku pun ada
Mr.R ondaway nak balik rumah

Pagi tu mak aku kejutkan aku lambat
Aku ada kuliah pukul 8 pagi
(Kuliah amendalah kan)
Aku menggelabah bersiap.
Dalam hati aku dah alang2 lambat biar je lah lambat
Takyah nak tergesa2
Aku tak risau sangat sebab selalu kawan aku si Sharip tu mesti datang lambat
Adalah aku geng

Memang mimpi entah apa2
Aku tengok dari tingkap rumah aku boleh nampak Sharip dah sampai kuliah
Aku nampak jelas gila dari rumah aku Sharip tengah borak2 dengan kawan2 yang lain
Memanglah o on kan
Kuliah aku tu kat UPM.
Bila nampak Sharip dah sampai aku jadi kalut

Dah siap nak keluar rumah
Mak aku macam risau duduk rumah seorang
Aku suruh kunci
Kunci mangga rumah aku pelik gila
(sampai sekarang aku terbayang lagi bentuk dan cara nak kunci mangga tu)
Memang siapa ada anak mangga macamtu Insyaallah rumah kau selamat
Tapi dalam hati aku cakap "apa mak aku nak risau,Labuan ni selamat"
Masatu aku tengah pening2 nak masak apa untuk berbuka nanti
Sebab Mr.R balik dari KL
Tengah nak turun tangga baru aku terfikir
"kan mak aku ada,mestilah mak aku masak special"
Hahah terus hilang pening
Aku menggelabah turun tangga sebab dah lambat
*******************************************************
Aku tersedar tengok jam 7.30
Menggelabah aku nak siap gi kerja
Dahlah kain tak sidai lagi.
*******************************************************
Apa yang aku fikir dari semalam sampai sebelum tidur pagi tadi:

1) aku taktahu rumah aku tu kat mana sebab baru pindah > malamtu aku call Mr.R. Kalau projek dia lama lagi, kalau boleh nak pindah rumah. Taknak tingkat 3. Tak larat nak naik turun.

2) Aku mimpi mak aku datang rumah aku > Sebelum balik semalam mak aku kata tengoklah nanti boleh ajak abah datang Labuan. Aku kata takyahlah biar kami yang balik KL lagi syok.

3) Kunci mangga rumah aku pelik gila > Sebelum aku tidur,aku terfikir macam mana cara nak bagi pintu rumah selamat dari dipecah masuk. Sebab aku memang takut bila duduk rumah seorang ni.

4) Masatu aku tengah pening2 nak masak apa untuk berbuka nanti > Dari semalam aku terfikir nak masak apa esok untuk berbuka sebab esokkan 1st day aku berbuka berdua dengan Mr.R

Betul2 boleh pengaruh tidur kita bila kitabanyak sangat fikir sebelum tidur.



No comments:

Post a Comment