Sunday, 29 July 2012

Hari ke-9 Berpuasa

Assalamualaikum

Harini dah hari ke 9 puasa.
Sekejapnya.
Sepanjang puasa di Labuan ni
Ada sehari aku gi bazaar
Yang lain aku masak.

Alkisah 1st time gi bazaar Mr.R rambang mata yang amat
Tapi sampai masa berbuka Aku yang kena perabihkan
Sampai nak terawikh
Perut aku ni dah berat sangat Mata sepet dah
Yang laki aku sedap je perli Kata tulah makan banyak lagi
padahal dia yang membeli

Dulu puasa kat rumah
Berbuka mesti dengan bihun ker mee ke
Lepastu dah takda makan2 tunggulah sahur nanti
Kami jenis tak reti nak sambung makan lepas terawikh
Sahur baru makan nasi

Oohhh rindunya masa2 dulu
Terawikh depan rumah saja
Itu kalau kami ponteng juga taktahulah
Malam2 dengar budak2 tadarus Al-quran
Aku mak aku dengan kakak aku semangat tunggu kat bawah sebab nak tunggu turn adik aku baca
Sebab nanti balik mesti dia tanya dengar tak dia baca
Mak aku sukalah sambut dia balik kononnya
Buka je pintu, mak aku cakap "eee sayang anak soleh ni" (baca nada poyo ok)
Sambil berpeluk2kan macam dah lama tak jumpa (dengan aksi poyo ok)

Dulu sebelum ada surau kat depan rumah,
Adalah sekali sekala ayah aku bawak buka puasa kat luar
Tapi dah ada surau tak pernah dah buka puasa kat luar
Sayang terawikh
Kalau tak dulu banyak pula alasan aku dengan kakak aku nak skip terawikh kan.
Kenangan tu kenangan..

Okay sekian.

No comments:

Post a Comment