Wednesday, 18 January 2012

Memancing

Ini cerita Sabtu Ahad yang lepas... Baru nak update,sebabnya tak sempat... Padahal takda lah buat kerja apa pun... Sabtu tu,keja... Lepas keja tetiba Mr.R ajak gi memancing. Dia memang suka sangatlah memancing ni.. Aku takda lah minat sangat pun. Tapi nak mengisi masa lapang boleh juga. Dapat juga mengeratkan hubungan wife&husband... Heheh...

Kami tengok dulu air pasang ke surut.. Bila tengok surut,Mr.R ajak gi lepas Zohor. Selepas Zohor,dalam pukul 1 macam tu kami pergi memancing bawah jambatan. Suka pancing bawah jambatan sebabnya tenang jer...walaupun pemandangan kurang cantik... Ramai orang juga haritu.. Yang pergi satu family pun ada.. Tapi kebanyakan bersama kawan-kawan.. Tempat selalu kami dah ada orang,jadi terpaksa lah memancing kat tempat yang Mr.R kata kurang ikan.


Tengok macam redup je cuaca kan... Tapi sebenarnya,panas terik sangat... Mr.R yang pasang semua pancing. Aku duduk tepi pegang payung saja. Pernah Mr.R ajar aku cara nak baling pancing tu. Tapi malangnya aku sangat tak pandai. Siap tersangkut2 lagi kat wayar elektrik. Start tu sampai sekarang aku tak pernah pegang pancing.

 Tenang je aku duduk kat sini.


 Cantiknya nikmat Allah...


Memancing ni kena bersabar.. Kalau orang jenis macam aku ni,memang tak boleh tahan lah... Mr.R sangat penyabar orang nya.. Aku asik tanya bila nak dapat ikan ni... Dia lak asik kata sabar lah... Memancing ni saja2 je.. Bukan nya nak sangat dapat ikan...

Mr.R punya penyabar,lastly dapat lah juga seekor ikan. Taktau pula ikan apa.. Mr.R pula jenis dapat ikan,campak balik kat laut. Aku suh simpan dulu,nanti dah last nak ambil gambar berapa ekor dah dapat. Dia cakap kesian... ho alah...abe ni...



Petang awal juga Mr.R ajak balik. Sebabnya dia kata tak ada feel pancing kat sini.. Dah dekat 2 jam baru perasan tak ada feel?? Hmmmpp... Sebelum balik tu singgah kedai pancing kat Bandar Labuan. Mr.R nak beli pancing untuk anak ikan. Aku tunggu je lah kat kerusi yang disediakan.. Bayangkan aku tunggu Mr.R dari pukul 3.50 petang sampai pukul 5.30 dia tak siap2 memilih lagi... aku taktau lah apa yang dibeleknya husband aku ni... Dah pegang pancing tu,pegang punya pegang... Dia rasa tak best kot, dia letak balik... Entah berapa kali dia pegang letak agaknya...

Kesudahnya nak dekat pukul 6 juga lah dia duduk kat dalam kedai tu.. Aku pun siap boleh tamatkan satu game action... hmmmpp.... Dah dekat pukul 6,nak balik rumah sembahyang memang tak sempat lah. Jadi singgah kat Surau kat bandar... Mr.R panggil surau Pakistan. Sebabnya ramai orang ala2 pakistan kat situ...  Sebelum balik,kami makan KFC dulu pakai kupon yang Mr.R dapat dari petronas..






No comments:

Post a Comment