Tuesday, 10 January 2012

Jenahak Sweet Sour

Aku pelik lah. Harini 10 January. Tapi asal date kat page aku ni 9 January lak. Adoi... belum pandai nak godek2 lagi blog ni. Nanti aku suh Mr.R betul kan. Malam tadi punya dinner (9January) merangkap menu buka puasa aku ialah Jenahak Sweet Sour. Aku ikut resepi turun menurun mak aku. Masa masak tu aku doa2 je lah..harap2nya sedap lah. Mengagak2 je aku nak bubuh sos semua. Bila makan...Mr.R buat thumbs up. Maksudnya sedaplah tu.. Mr.R ni kalau bab makan cerewet sikit. Kalau aku masak rasa pelik sikit memang jujurlah dia kritik. So bila dia puji sedap,memang sedap lah tu. Aku rasa pun boleh tahan sedap juga lah. Kalau mak aku rasa ni,mesti mak aku kata aku beli kedai. Hahahh

Ikan yang aku beli ni besar gila yang amat. Nak perhabiskan semalam jenuh juga lah. Tapi murah lah sangat. Baru RM14. Labuan biasalah kan. Seafood memang murah. Tapi kalau makan kedai,aduiii... pokai duit. Hahah
Meh tengok resepi ikan ni... (Hiasan tak cantik sebab ambil apa yang ada jer)


Bahan-Bahan:
Seekor Ikan Jenahak (Ikan ni besar gila)
Cili Kering 15 batang (Rebus dulu) *
Bawang Besar 3 Biji *
Bawang Putih 2 Biji *
Halia (Besar Ibu Jari) *
Lengkuas (Sikit Jer. Dan Yang Penting,Mesti Sikit Dari Halia) *
*Blend Sekali
Serai 1 Batang Hiris Serong
Sos Tomato (Dalam 3 Sudu Makan)
Sos Cili (Dalam 3 Sudu Makan)
Air Asam Jawa (Sikit)
Garam Gula(Sikit Je)
Bawang Holland Hiris Bulat2
Karot Potong Panjang2

Cara Masak:
1. Lumurkan kunyit serbuk dan garam pada ikan dan goreng sampai garing. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang diblend beserta serai sampai naik bau.
3. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau-kacau sikit.
4. Masukkan air asam jawa sikit.
5. Masukkan garam,gula dan perasakan. Masukkan karot dan bawang holland
6. Siram pada ikan tadi.

No comments:

Post a Comment