Tuesday, 10 January 2012

1ST DAY

Waaahh.... Harini first day aku menulis blog. Harapnya blog ni akan berterusan lah. Aku tulis blog harini sebab harini genap umur aku 26 tahun, waaahhh...dah tua gitu. Dulu masa zaman muda-mudi,dah berangan nak tamatkan zaman bujang sebelum umur 25.. alhamdulillah dimakbulkan. Umur 24 tahun aku dah kahwin dengan Mr.R. Dulu berangan nak ada cahayamata kalau boleh sebelum 26. Tapi yang ini masih belum dimakbulkan lagi. Insyaallah... Akan dimakbulkan..

Malam tadi Mr.R dah wish awal awal lagi. Tepat pukul 12,dia dah nyanyi kat aku. Sebelum nak pukul 12 tu,Dia asik cakap takda hadiah lah..takpe ker.. Aku cakap lah takpe,sebab birthday dia pun aku tak bagi hadiah.. (Actually ada hadiah,tapi "hadiah" tu tak menjadi..) Tup Tup pukul 12 dia bagi hadiah kat aku. (sebenarnya aku pun tak caya dia tak bagi hadiah) Hihi Ini Hadiahnya...


Terima Kasih abang.. Isinya,biarlah rahsia...Hahah Tapi Mr.R silap percaturan.. Dulu sebelum kahwin,pandai lak mengagak. Ok2 jer... Dah kahwin,tersalah bujet pula. Tapi pape pun. Thanks tau. Second wisher,kakak aku yang kat Pahang sekarang. Ceh..ni sorang jelah kakak aku pun. Thanks darlin. Biasa lah,bila dah masuk zaman-zaman tua ni,dah kurang sikit orang yang wish. Hahah

Semoga HariJadi kali ini Allah akan murahkan rezeki aku,Mr.R dan keluarga aku. Semoga hidup lebih diberkati ALLAH dan menjadi hambaNYA yang lebih solehah. AMiinnnn....

1 comment:

  1. Hepi beday dear...owhhh...da ada blog...tak g tau akak pun...majuk ah cemni. huhu :D

    ReplyDelete