Monday 30 January 2012

Sotong Masak Hitam


 Assalamualaikum

Adoiii...harini aku dan Mr.R kesakitan perut. Makan kuewteow aku kah?? Tapi sakit sampai pagi ni... Perut macam panas saja...

Siapa tengok Juara Lagu yang ke-26 malam tadi??? Adakah pemenang menepati ramalan anda??? Aku dengan Mr.R kena jawab YA!!!! Heheh Sebabnya kami memang minat sangat dengan lagu Awan Nano tu. Tapi dalam minat2 baru ku tahu itu lagu Dato' M.Nasir... Jadi memang tidak hairan lah lirik lagu itu best... Dan semalam jugalah baruku tahu makna sebenar tajuk lagu itu -AWAN NANO-

                                                           Gambar ehsan dari Harian Metro

Bila diumumkan pemenangnya Hafiz... Aku dengan Mr.R terus Yayyyy... Hahahh Inilah first time kami tengok acara di televisyen sampai habis bersama.. Selalunya kalau ada tv show, baru start pun aku boleh terlena.

Yang kelakarnya semalam, aku kata nanti tengok Juara Lagu bolehlah sambil makan sosej dan daging burger... Pukul 8.45 aku pun pergilah menggrill sosej daging burger dan nugget yang tak sedap tu.. Pukul 9.05 minit macamtu dah siap.. Masatu Dato Sheila Majid tengah menyanyi... Lepas iklan jer...Mr.R gelak.. Rupanya belum sempat satu lagu pun,sosej semua dah habis aku makan... Hahah

                                     

Dinner semalam aku masak lauk yang Mr.R suka sangat. Sotong masak hitam. Sebelum kahwin,aku belum pernah dan tak pernah terfikir makan dakwat sotong tu. Selalu kat rumah aku,kalau siang sotong sekali kulit2 dia kami bersihkan. Dan dakwat sotong tu memang wajib kami buanglah. Memang tak pernahlah ada menu dakwat sotong mak aku hidangkan. Selepas kahwin,kakak ipar aku bagitahu Mr.R suka makan sotong masak hitam. Aku ingatkan masak kicap ke,rupanya masak pakai dakwat sotong tu.

                                   

Dan sekarang aku pula yang suka sebabnya macam sedap dan berselera dan yang paling penting sangat senang. Sepatutnya warna kuah sotong tu hitam legam lagi. Tapi sebab sotong 2 ekor sahaja yang aku guna,kuranglah warna hitamnya itu. Menu ni tak perlu pakai minyak, itu yang aku suka. Aku lawankan dengan sayur baby sawi with garlic.

                                


Bahan-Bahan:
1) Sotong (Kalau yang kecil2 lagi bagus sebabnya banyak dakwat)
2) Bawang merah 2 biji Hiris
3) Bawang putih 2 biji Hiris
4) Serai satu Tumbuk
5) Daun Limau Purut 4 Helai
6) Asam Keping 1

Cara-cara:
1) Sediakan air dan masukkan semua bahan kecuali sotong,asam keping dan garam. Biar didih
2) Bila hampir didih,masukkan sotong,asam keping dan garam sikit.
3) Agak2 sotong dah masak (jangan lama sangat) sambil itu perasakan dan tutup api.

Baby Sawi dengan Garlic
1) Tumbuk bawang putih (orang kata lagi banyak lagi sedap. Tapi jgn lah banyak sangatkan).
2) Tumis bawang putih sampai naik bau,tambah air sikit dan garam biar didih sekejap dan masukkan sayur.
3) Dah perasakan angkat,jangan lama sangat takut layu lah pula.

No comments:

Post a Comment