Wednesday 11 January 2012

Keria Ungu

Assalamualaikum...

Semalam aku puasa lagi. Harini pun aku puasa lagi.. Bila puasa ni,teringin la nak makan nya macam2. Takda lah macam2 sangat pun. Haritu buat mee bandung. Guna ubi keledek. Beli 2 biji,pakainya setengah biji jer. (Aku dah cari satu Labuan,tapi tak jumpa2 pula keledek oren. Jadi dengan berat hatilah aku beli keledek ungu ni). Sebabnya keledek tu warna ungu,jadi letak sikit jer lah dalam kuah mee bandung tu sebab takut kuah jadi warna ungu lak. Hahah. Ada sebiji lagi ni,tanya Mr.R suka tak keria. Dia kata memang kegemaran dia lah. Jadi aku pun buat lah keria.

Sepanjang umur aku 26 tahun ni,inilah pertama kali aku buat kuih!!! Hahahh. Selalu memang mak aku je lah yang buat. Aku tengok jer lah.. Boleh lah ingat sikit2. Tapi sebab keledek ungu,hasilnya pun pelik sikit. Tapi untuk percubaan pertama,kira okaylah juga. Lepas ni boleh lah try kuih lain lak..

Meh tengok resepinya..





Bahan-Bahan:
Keledek (Warna oren lagi bagus)
Tepung Gandum
Garam

Untuk Sira Keria:
Air
Gula

Cara-Cara:
1. Rebus keledek sampai empuk. Kemudian lenyek2 kan sampai hancur.
2. Campur tepung dan secubit garam. Tepung saya campur sikit2 sampai doh tak melekat di jari dan boleh di buat bulat2. Tu taktau nak bagitahu sukatannya.
3. Bila dah buat bulat2,penyet sikit dan buat lubang tengah2.
4. Panas minyak dan goreng sampai nampak ada kuning sikit. Takda lah lama sangat goreng ni.
5. Ketepikan dan biar sejuk
6. Untuk sira,masuk kan gula dalam kuali dan sedikit sahaja air(dalam 2,3 sudu makan) dalam kuali.
7. Kacau sampai larut dan masukkan keria tadi. Tutup api terus kacau sebab gula tu mengeras. Gaul sampai salut sepenuhnya pada keria.

No comments:

Post a Comment