Friday 8 February 2019

1st Frozen Embryo Transfer

Assalamualaikum

Selepas gagal FET, dengan period tingtong.. Aku dah terfikir nak transfer embryos aku ke Hospital Pantai. Aku nak buat dengan Doktor Adilah. Tapi bila aku tanya Mr. R, dia kata kita cuba lagi sekali dengan Prof. Masani again aku tak buat istikharah.. Rasa rugi sangat.. Jadi aku tunggu sampai cycle yang betul baru untuk jumpa Prof semula. Prof cadang guna natural cycle. Aku cam ok juga.

8 Julai : 1st day period. tak ada buat apa-apa pun. Sebab Prof dah bagitahu jumpa masa hari ke 10
17 Julai : Day 10, Doktor A scan. Check bilangan telur. Dia check dari sebesar-besar telur sampai sekecil-kecil telur yang ada dalam ovari aku.. Aku balik mengadu dengan Mr. R. mr. R kata dia doktor lagi tahu.
19 Julai : Jumpa lagi dan check lagi bilangan telur aku, nak tengok saiz yang paling besar. Masa ini Doktor A kata lapisan endometrium aku nipis lagi. Macam tak sesuai nak buat embryo transfer. Tapi dia akan bincang dengan Prof. Selepas bincang, Prof kata boleh transfer.

21 Julai : Inject pregnyl untuk trigger telur. Sepanjang nak ke 21 Julai ni, aku pelik, kenapa takda yang suruh aku check bila aku akan ovulate. sebab aku natural cycle, takda guna ubat. Setahu aku tak boleh berpandukan pada saiz telur semata sebab kita taktau bila telur tu akan ovulate. Dan nak transfer embryo tu kena timing yang betul.. selepas telur tu ovulate. Aku taktau lah betul ke tak, tapi rasanya dia ada timing dia.. kena dalam masa 3 jam macamtu kot..

Aku inject pregnyl, sebab buat pun dengan keyakinan dah hilang, masa aku nak patahkan botol pregnyl tu pecah pula.. Siap berdarah-darah lagi jari aku. Aku call nurse masatu pukul 10 malam.. sebaik nurse tu kata takpe, sedut je ubat tu inject macam biasa. Jadi, aku pun inject lah mcm biasa..

26 Julai : Embryos transfer. Aku tawakkal tanpa istikharah.. Prof masukkan 2 embryos.. Dua-dua embryos gred 1 tak silap..

15 Aug : Aku period mcm biasa..

Failed utk 1st frozen embryos transfer...

Tapi aku yakin.. Ini semua ketentuan Allah.. Mungkin belum rezeki kami lagi. Doktor dan nurse semua telah buat yang terbaik..

Sekian

No comments:

Post a Comment