Monday, 3 November 2014

Laparoscopic

Assalam

Ok aku dah selamat keluar ward. Kalini operation berdebar sikit sebab plan. Kalau dulu emergency. Jadi tak sempat fikir apa2 pun. terus kena tolak masuk dlm bilik bedah.

Selama ini,aku follow up dgn Dr. Adilah. Tahun 2012 aku buat hsg clear. tetiba tahun ni repeat,cecair tu ada sangkut sana sini. cuma dia tak sangkut dlm tiub. (kalau aku tak salah lah) 
Jadi doc syak aku ada endometriosis. Dari scan. sebab kalau operate baru kita boleh bgtahu masalah sebenar semua.

Bincang punya bincang dgn doktor plus aku takda insurans semua. company husband kalau bab peranakan tak boleh claim, jadi doc suggest aku buat dgn Prof Hata di HUKM. Aku kata aku tak kisah janji doc kata ok,aku ok. Sebab aku tahu doc lagi tahu kerja beliau.

So,27hb aku pergi HUKM. Prof scan nampak usus aku something wrong sikit. Plus ada lekat tempat lain dan cyst kecil. Tapi prof takda bgtau bahaya atau tidak. (Tapi sebenarnya aku yang tak tanya) Jd doc bg penerangan kemungkinan besar aku tak dpt buat melalui teropong saja. kena buka besar. sebab masalah usus tu melekat2. Plus history aku sebelum ni pun doc kat labuan tak dapat buat laps tersebut sebab usus aku.

31hb operate.
Prof tanya kalau tiub rosak dan tak berfungsi nak prof buang terus ke mcm mana. Aku kata Taknak. Biarlah dia rosak janji dia tak dibuang. Prof kata ok. tapi prof bukan main buang je. dia akan check sehabis2nya. Aku yg gelabah sgt.

Seperti jangkaan prof,tak lepas buat laps. Jadi kena belah besar juga. tempat yg sama aku operate dulu. Alhamdulillah. Sebab semuanya berjalan lancar. 

Lepas operate aku sedih. Sampai nyorokkan muka dalam selimut. Sebabnya sampai tahap ini dugaan aku lalui. Dan aku sendiri tak percaya aku kuat sampai macam ni sekali. nurse tanya sakit ke sebab tengok aku sedih. Aku geleng je.. Mesti nurse tu nyampah tengok aku.. heheh tapi itulah sapa yg sama2 bot dgn aku je faham perasaan masa tu kan..

Esok prof dtg jumpa. Dia kata memang usus dan bahagian sebelah kanan aku melekat banyak sgt disebabkan operation dulu. and yang terkejutnya prof kata cari ependiks tak jumpa. prof tanya doc dulu ada buang ke? aku taktahu.. sebabnya doc dulu takda bg report apapun kat aku.

Alhamdulillah prof kata bahagian tiub semua semua elok dan cantik.. Sepatutnya takda masalah apa2 utk pregnant. Tapi semua tu rezeki dari Allah. Jadi,kita usaha dan tawakal.
Ops..prof baikkk sgt2. Nak cakap apapun senang. Tapi sebab aku ni gelabah lebih. jadi banyak benda aku taktanya. Tapi takpe 2 minggu lagi jumpa semula,nak tengok keputusan operation semua. Harap2 keputusan baik2 saja. 

So cuti 42 hari termasuk operate haritu. Kat HUKM aku dpt ward baldu 5. Ward tu aku sorang2 je. Sebelum masuk nurse dah call aku tanya nak ward kongsi toilet ke tak. Jadi dah ada rezeki beza dalam rm30 saja satu malam jadi aku pilih ward tak berkongsi. Jadi bilik tu aku sorang2 je lah siap dgn tv. Lagipun mr.r teman aku tido sana,jadi dia selesa sikit. Sebab mr.r ni pemalu byk.

Kos?
Nanti aku update next entry ok.

2 comments:

  1. dik, don't be sad, at least u still have chances to get oreggy normally...that is a good news indeed. InshaAllah, lps buang endo ni, akak doakan semua berjalan lancar...amin...

    ReplyDelete
  2. Sy dah pernah masuk wad baldu.. baldu 2.. masa 36w.. then masa deliver wad songket sbb wad baldu penuh.. dua2 wad tu best..

    Semoga awak cepat sembuh dan dipermudahkan utk memiliki zuriat.. aamiin..

    ReplyDelete