Saturday 22 November 2014

Keputusan dari Operation

Assalam

Jumpa prof tadi. Follow up lepas operation haritu. 

Alhamdulillah.
Result ok. Doc kata masa buat teropong tu,sikiiitt lagi nak kena usus. Sebaik doc kata doc buat pelan2. Aku pun tak pasti kenapa usus aku dekat sgt dengan tempat jahitan dulu. Jadi kat situlah yang melekat banyak.

Review dari operation haritu, takda endometriosis dan tiada cyst. Alhamdulillah.
Yang banyak melekat bekas operation masa ectopic dulu. tapi bahagian tiub semua doc kata ok. Dulukan aku kena bedah kat perut sejengkal juga. Haa..bawah sejengkal tu lah banyak melekat dan lekatan tu dekat dgn usus..

Main point masa jumpa doc haritu, doc minta sang kumbang untuk buat test sperm. Ya,aku dah sejauh ini tapi sang kumbang masih belum check. sebabnya doc kata utk pihak aku ok. Kalau di pihak kumbang tiada apa2 masalah doc suggest buat iui selepas 3 bulan percubaan sendiri. Tapi kalau ada masalah ada ubatnya. Yang penting buat dulu test baru boleh bincang apa seterusnya. Sebab kalau terus buat iui pun kalau time nak ambil sperm ada masalah,doc cantik kata buat rugi je..

Si kumbang ku taknak buat test. Aku pula takut untuk memaksa. Prof kata buat dlm masa 3 bulan ni, jadi segala masalah kita dpt perbetulkan. kalau test semua positif,doc bg pilihan utk tunggu boleh tapi buat iui lagi bagus. sebab doc dah buang semua lekat2 kat usus aku ni. jadi,kalau terus buat iui mungkin result tu positif sikit. (tapi..semua pun bergantung kepada kehendak Allah. Doc bg pandangan dari sudut perubatan)

cuma sekarang aku dlm delima.. itu je.. Nak dipaksa takut dikata aku menunding jari.. Tak dipaksa,aku dah tak mampu nak menempuh lagi..
Tak mampu rasa nak bertegas sebab aku kalah dengan kebaikan yang ada pada kumbangku itu.. 

Doc macam cakap,kalau test tak buat,macam mana nak buat iui semua.

Sabarlah hati
(tuhan,ampunkan aku atas luahan ini)

1 comment:

  1. terus doa dik...masa di tido, baca ayat 1-4 surah taha kat ubun2 dia...smg Allah lembutkn hati dia...

    ReplyDelete