Wednesday, 19 December 2012

Menghilangkan mood aku

Assalamualaikum

Haritu ada sorang tukang urut tu(tapi dia bukan urut aku)
"adik tak dapat anak lagi?"
aku jawab belum
terus dia jawab "kesian nya"
Aku pandanglah pelik. aku tanyalah apasal kesian. Sebelah aku ada makcik aku.
"yelah kan kak.. kesian.. mesti laki nya nak anak"
Aku  cakap "apasal pula laki saya sorang nak anak. Saya pun nak anak,tapi belum dapat. saya pun kesian kat makcik." Aku senyum je..
Tukang urut tu pula yang pandang pelik kat aku.
Terus makcik aku cakap kan belum rezeki.. dah sampai rezeki nanti berderet2 anak.

Aku tak faham langsung kenapa dia cakap macam tu..

Tadi ada lagi orang tanya aku "macam mana..dah nak masuk 2013 ni"
Aku ketawa je lah.. Dia sambung "paling koman R(Mr.R) kena ada 5 orang anak"
Aku memang malas nak jawab sebab yang cakap tu lagi berumur dari aku.

Korang perasan tak statement orang tu macam aku 100% yang punca tak dapat anak lagi.
Apasal..kalau Mr.R tak dapat 5 orang anak,kenapa? Nak suruh Mr.R kahwin lain?

Cuma tadi bila fikir balik..sure orang tu takda niat pape... Cuma syaitan ni suka sangat menghasut aku supaya fikir bukan2..supaya syak wasangka yang buruk bila orang tanya aku pasal ni..

Padahal mood aku sangat baik lepas balik dari bercuti kat Langkawi...
Tapi tadi terus rasa macam "eh eh..tetiba lak cita pasal ni."

Ramai lagi orang yang kurang bernasib baik dari aku yang perlu kau kesian.
Dari kau kesian tak tentu hala,baik kau doakan aku cakap benda baik2.

Sekian.

5 comments:

  1. huhu.. org tu yg patut kita kesian.. tah pehapa tah kan?
    Oh. Elina nati emel akak alamat. Ada menda akak lum pos ari tu kan. Nk jumpa ajak minum2 ke pun cam takde masa skang. Eh, retu masa akak buat housewarming Elina lum balik dari Labuan eh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kakreen. Entah pape ntah kesian tak tentu pasal. Ok,nanti saya email kak reen. Haah,masa kak reen buat housewarming tu saya kat labuan lagi.

      Delete
  2. klu sy mesti buat muke pelik dahh..tetibe nk tanye gituu..nk kesian2x..ckp mcm mnyindir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang tak faham tu. Kenapa lak nak kesian2 sampai macamtu. Doakan je lah benda baik2 cukup.

      Delete
    2. Btul tuu...aritu sy penah kene sindir,..sy pun cakap..akak doakan jelah saya mengandung cepat..terus senyap..ehehhe..

      Delete