Monday 22 October 2012

Sepanjang 2 Tahun BerTTC

Assalamualaikum

Lama gila tak menaip.. Tapi harini terasa nak menaip walaupun takda cerita apa pun..
Aku ada kawan.. Dia TTC baru setahun berapa bulan.. Kira aku lagi lama lah dari dia.. Aku kenal dia pun dari alam maya.. Dari satu wordpress tentang pregnant2 ni juga lah. Apa aku tulis ni pandangan aku sahaja..

Aku simpati juga kat kawan aku,Ed(bukan nama sebenar) ni.. Dia baru setahun lebih kahwin..tapi dah kena macam2 dengan family,kawan2 dan orang keliling yang takda kena mengena pun dengan dia.. Mujur husband dia supportive..

Dia kahwin dulu dari adik dia.. Tapi rezeki adik dia.. Sebulan kahwin terus lekat.. Yang menyedihkan.. Adik dia dah berapa bulan pregnant..baru dia tahu sebab keluarga dia taknak bagitahu dia.. Okay... Bab ni... Dia sangat sedih sebab rasa tersisih.. Apa aku cakap kat dia.. Ayat biasa untuk tenangkan hati dia.. Fikir positif.. Sebenarnya family dia buat macamtu sebab nak jaga hati dia.. Bukan nak sakitkan hati dia.. Bagi aku..Kalau family dia nak sakitkan hati dia dah tentu family dia akan bagitahu dia untuk jeleskan dia..

Keadaan dia sama dengan aku.. Aku kahwin dulu sebelum kakak aku.. Tapi kakak aku 3 bulan kahwin terus lekat.. Masa kakak aku cek upt positif tu..aku disahkan ectopic pregnancy.. Perlu operate immediately.. Masatu aku dah setahun kahwin.. Kalau korang apa korang rasa? Mesti sedih gila kan.. Rasa macam nak mengamuk semua ada kan.. Tapi masatu aku taktahu apa kekuatan yang aku ada.. satu titik airmata pun takda.. Rasa nak nangis pun takda.. Aku redha sangat2.. (Aku tahu ramai lagi yang lagi sedih dari aku contohnya dah berapa bulan pregnant..gugur..)

Lagi hilang sedih aku bila mak aku kakak aku semua sedih dan risau pasal aku.. Diorang takda sebut langsung pasal kandungan kakak aku.. Tu sebab aku cakap kat Ed.. Dorang rahsiakan sebab dorang takut kalau dorang bagitahu dia..dia akan salah faham niat sebenar dorang.

Ed sekarang nak jumpa kawan pun takut.. Last dia jumpa kawan masa gathering kawan U dia.. Masatu kawan2 yang dah ada anak masing2 bawa anak. Kalau aku pun akan jeles.. Bohong wey kalau tak cemburu.. Tapi banyak cara kita boleh control cemburu kita tu. Ed kena perli dengan kawan baik dia sendiri. Depan kawan2 lain.. Dan yang paling dia sedih depan suami dia..

Aku kata kat Ed... sebenarnya kita ni yang terlalu sensitif.. sebab kita cemburu tengok dorang.. Jadi bila dorang cakap sikit pun kita dah terasa hati. Walhal niat dorang baik.. Mungkin memang ada sesetengah orang tu yang memang niat jahat nak perli.. Tapi takpe.. Dorang perli..ko jawab je balik apa dorang perli tu.. Nak senang jawab je Insyaallah..

Piah: ko bila lagi ni nak ada anak?
Peah: Insyaallah..tak lama lagi
Piah: Tak lama lagi tak lama lagi.. Setiap kali jumpa berdua juga
Peah: Insyaallah.. Tak lama lagi.. (jawab dengan senyum.. Takyah lah ko nak jawab marah2 ke apa)
Kalau dia cakap lagi.. Ulang je balik Insyaallah..tak lama lagi..
Lama2 senyaplah dia.. Kalau orang lain semua pandang kau.. kau pandang lah balik dorang tu.. Senyum jer..

Lepastu dalam kereta ke sampai rumah ker.. Tak payah dah sebut lagi benda tu pada husband.. Sebab bila ko cerita pada husband..dari nak2 lupa..terus ingat balik.. Dari laki ko takda fikir benda tu.. terus dia pun terfikir. Memang ko akan ingat apa yang orang tu perli ko.. Tapi lama2 pun ko akan lupa kalau ko tak layan perasaan tu.. Ko janganlah nak nangis ke apa pasal dorang cakap tu.. Abaikan je.. Sampai bila asyik nak nangis bila kena perli macamtu..

Aku sendiri pernah kena masa kenduri kawan aku. Sedap je dia ngata aku depan orang kan.. Tapi aku senyum je lah.. Lastly dia sendiri malu sebab orang lain tegur dia tak baik cakap macamtu.

Aku selalu nasihatkan Ed.. Kalau balik kg..jangan asyik duk terperap dalam bilik sebab nak mengelak jumpa orang.. Orang akan lagi berpanjangan cakap pasal kita sepanjang kita takda tu.. Jumpa je orang.. Dorang tanya.. jawab jer.. Dorang yang mulut jahat ni.. Lagi suka nak sibuk2 pasal kita bila tengok kita asyik sedih.. Bila ada orang..jumpa jer.. Tunjuk je yang kita happy.. Sebab memang kita happy dengan husband kita kan.. Cuma kita belum ada anak jer lagi.. So bila dorang tanya..jawab je dengan happy "haah lah makcik belum ada apa2 lagi.. Insyaallah..tak lama lagi ni" Lepastu buat muka biasa.. Jangan nak buat muka sedih kat situ..air mata bertakung semua. Jangan terus masuk bilik sebab nak nangis. Control perasaan tu..

Takpayah... Tak payah nak fikir pasal tu semua.. Bak kata Mr.R..Banyak lagi benda kita nak fikir selain benda2 ni.. Jangan bila kena perli terus je kita nak ambil hati.. Terus rasa nak nangis.. Kuatkan je hati tu.. Aku pun dah 2 tahun ni..macam2 juga aku hadap. Tapi entah.. Hati dah kering kot.. Sampai bila lah kita asyik nak takut jumpa orang lain semata2 sebab belum dikurniakan anak.. Kalau kita dah ada anak..memang kita akan yakin ke jumpa orang? Tak rasa kekurangan dah? Padahal banyak lagi benda yang kita kurang..

Apa aku tulis ni takda niat pun nak cakap besar ke apa.. Aku pun belum ada anak lagi.. Ni semua pandangan aku saja.. Pandangan jujur aku kat Ed.. Ed pun okay bila aku email kat dia.. Bilalah dapat jumpa Ed betul2.. Tapi rasanya bercakap melalui alam maya ni kadangkala lagi seronok dah telus kot.. Heheheh Takpe Ed.. Ko berhoneymoon puas2 dulu tau dengan husband.. kot bulan depan rezeki ko sampai.. Haa... =)

Sekian.

5 comments:

  1. saya sepanjang 4 tahun lebey berTTC,mmg ada time2 tu kita rasa giveup,menangis & macam2 perasaan lagi..part takut jumpa sedara-mara ke,kawan ke mmg betui..rasa takut je kena tnya ngan soklan tu..dlm hati,duk berdoa je jgn le kena tanya soklan tu..x larat nak jawab..tpi betui gak klu time jumpa org,kita tunjuk yg kita happy..jgn buat muka sedey ke hapa.. thanx for the advice..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu awak.. saya sendiri pun ada masa sedih giveup macam Malas dah nak jumpa org. Kita diam pun org sibuk tanya,kita tak diam pun org sibuk juga. Jadi nak bagi adil pada diri sendiri,bila org sibuk tanya2 kita,kita jawab je. Hati kita puas,org tu pun mesti geram jer.

      Delete
  2. Kadang.. tak seme hati TTCian 'sekeras' hati kita El (eh..bes lak panggil Elina - El - sbb atas tu Ed kan. hihi). Akak pun sama cam El. Lantak pi kan lah orang nak kata apa pasal anak ni.
    Tp tu lah. TTCians ni kena gak 'keras'. kalo kita napak sedih..org yg sebok sgt pasal kita tu lagi la suka.. dia macam dah 'menang'. Padahal apa yg menang pun tatau lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak reen. Saya ni pun asalnya jenis pantang ditegur,terus je meleleh air Mata ni. Tapi 2 tahun ni buat saya keras sikit. Dorang sedap mulut perli2 kita depan org.. tu yang kita kena balas sikit. Baru dorang tak berani nak perli2 kita dah. Cuma kalau yang perli tu makcik2 kena juga lah diam kadang2 tu.

      Delete
  3. Saya pon kadang2 rase malas jek nak kelua pintu.. saya dah ber ttc selama setahun setengah.. pernak gugur lah.. n sekarang xberhenti mencube...

    ReplyDelete