Tuesday, 14 August 2012

Raya Kami Di Labuan

Assalamualaikum

Inilah first time raya tanpa family
Aku tak bagi Mr.R pasang lagu raya
Kalau nak dengar juga
Dengar guna earphone
Berani dia ngomel2
Kang aku melalak nak balik KL jenuh dia kan
Tiket dah sold out okay.
Jadi..layankan jelah bini dia ni..

Mr.R kena standby tahun ni
Dia kata kalau aku nak balik.. dia benarkan
Tapi tergamak pulak kan aku biar dia raya seorang diri
Mestilah aku pun tak balik

Rumah aku berserabut gila sekarang
Nak mengemas sabtu ahad tak sempat
(padahal malas sebenarnya)
Sebabnya sabtu ahad kerja
Sempat tapi bila dah balik kerja tu
Masak semua jadi letih pula
Lepas sahur bohong sangatlah kan kalau aku nak mengemop semua
Terkejut laki aku tengok aku pegang batang mop pagi2
Bila bangun siap2 terus pergi kerja.
Pukul 2,3 petang balik.. sembahyang bagai terus siap2 ke dapur
Huuu... Memang ke laut lah mode mengemas aku

Dengan baju tak berlipat bertimbun
Bagai rumah dihuni oleh 10 orang anak kecil
Padahal 2 orang makhluk saja
Nak mengagihkan kerja melipat pada rakyat jelata aku sorang tu...
Macam tak patut pula
Makanya...untuk menghilangkan sakit mata aku memandang bilik laundry aku tu...
Aku kunci tak bagi rakyat jelata aku nampak
Kalau dia nampak nanti seminggu dia perli aku

Kuih raya??? Memang semangat aku nak buat
Hahah raya tinggal berapa hari lagi baru kau nak kalut buatkan
Ala...dapat 2,3 jenis pun dah okay
Nak makan pun kami saja
Pintu rumah aku memang akan tertutup raya ni
Kalau terbuka pun takda siapa pun nak datang

Rendang? Lodeh? Ketupat?
Takda makna raya tanpa ketupat
Makanya aku dengan Mr.R dah plan nak masak rendang ayam
Kuah lodeh dan ketupat segera.
Lemang jangan dilupakan yer bang... Hahaha

Solat raya?
Insyaallah kami akan solat raya di surau selalu ni

Lepas solat??
Lepas solat apalagi...
No no bukan membongkang yer
Menyerbu rumah2 yang tak balik beraya juga
Lagipun awal2 lagi diorang dah ajak datang rumah diorang raya ni
Diorang ni pun semua orang semenanjung yang senasib aku

Okaylah
Apapun....
Semoga kita dapat dipertemukan lagi Ramadhan akan datang
Semoga Ramadhan kalini memberi banyak berkah pada aku dan keluarga
Semoga Ramadhan kalini memberi berita gembira buat aku dan suami.


Sekian






2 comments:

  1. Oh. Raya di Labuan. Takpe.. pengalaman tu. Dan bagus sbb amik keputusan utk teman suami. Sememangnya tpt isteri di sisi suami. Jgn sedih2 ya..tak lama lagi dah nak balik semenanjung for good kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Kak Reen.. Terpaksalah beraya kat labuan. Harap2 dapat baliklah hujung bulan 10 nih.. :)

      Delete